make money with your web site

Tag Archives: Ariffshah

Parti Liar Abang Ensem, First Time Mengeteh Bersama

Assalamualaikum,

Semalam seperti yang semua orang tau dan seperti yang saya dah war-warkan kat FB (biasalah blogger mesti kena kecoh) yang saya telah dijemput oleh blogger jutawan AbangEnsem untuk satu parti liar yang telah diadakan di NZ Garden berdepan dengan KLCC.

 

IMG03226 20120912 2044 Parti Liar Abang Ensem, First Time Mengeteh Bersama

Bagi yang belum kenal mana satu Abang Ensem, sebelah awek yang pakai baju hijau tapi tidak berkaca mata icon wink Parti Liar Abang Ensem, First Time Mengeteh Bersama . Ok ni first time saya jumpa AE sebelum ni takat dia sound suruh saya review blog dia je.

Kenapa Trafik 4 Angka Tapi Earning 2 Angka

BuatDuitDenganBlog Kenapa Trafik 4 Angka Tapi Earning 2 Angka

Assalamualaikum,

Wah lama dah tak menaip entri dlaam blog ni.  Hari genaplah 2 minggu saya bercuti dari menulis dalam blog ni.  Ada sesiapa yang rindu?  Takde…  No hal sebab tu tak penting.  Mesti ramai yang nak tau apasal tetiba saya hilang…  Apa tak nak tau?  Takpe saya cita gak.  Ada dua sebab iaitu pertama saya sibuk anta design and artwork untuk beberapa company.  Kedua sebab Sindrom ‘M’ dah melanda so layankan je kalau lawan memang jahanam terus blog ni.  Apap-apapun thanks to readers dan kawan-kawan yang still mempercayai bahawa saya akan tetap update.

Straight to the point.  Persoalan ni dah banyak kali saya jawab.  Dah ramai tanya kenapa jadi gitu kenapa jadi gini.  Persoalan yang paling best tapi ngeri nak jawab kenapa trafik gua riban-riban tapi income ciput sampai nak beli choki-choki dengan keropok tam-tam pun tak cukup.  Dalam berblog ni untuk generate duit salah satu cara dia ialah dengan bernaung dengan syarikat pengiklanan.  Dalam Malaysia ni ada banyak syarikat ‘ghope itu’ (mentang-mentang nak gi Perak esok) dan yang paling popular ialah Nuffnang (i like1!) , Innity dan juga Advertlet.

Ketiga-tiga ads company ni ada cara depa sendiri.  Yang saya betul-betul faham ialah Nuffnang sebab saya selesa dengan diorang walaupun kadang-kadang depa lupakan saya haha.  Sekarang ni meh saya share apa yang saya tau dan mungkin boleh jawap persoalan kenapa trafik 4 angka tapi earning 2 angka.  Bagi saya ada 3 benda penting yang mana blogger kena tau sebelum depa fikir nak buat duit dengan ads company.

HARI GURU | TANPA GURU KITA BUKAN SIAPA-SIAPA

SELAMAT HARI GURU | TANPA GURU KITA BUKAN SIAPA-SIAPA

logo hari guru 2011 HARI GURU | TANPA GURU KITA BUKAN SIAPA SIAPA

Pic credit to Syisa.com

Salam guys,

Sementara Aus datang ambil saya untuk projek terbaru kami so saya rasa saya nak buat wishes dalam blog ni.  Nak buat vlog rasanya macam tak sesuai sebab saya tak berapa sihat.  Nak design satu artwork Hari Guru pun tak lepas sebab pc ni slow gila.

Dalam entry ni saya just nak wish Selamat Hari Guru 2011 kepada semua guru dalam Malaysia yang telah bertungkus lumus dalam mendidik anak bangsa supaya boleh jadi insan berguna.  Kalau dulu Guru ni dah macam Ibubapa kedua bagi seseorang murid tapi kalau kita tengok sekarang Guru dah jadi rakan sparing budak-budak.  Tak kisahlah murid serang guru ataupun guru serang murid.  Dunia dah berbeza…

35331 135360819830819 100000707044172 216288 2444648 n HARI GURU | TANPA GURU KITA BUKAN SIAPA SIAPA

Ni gambar mama saya.  Untuk pengetahuan korang mama saya adalah guru besar.  Dari seorang guru kecil sekarang dah jadi guru besar saya tetap takut dengan dia (melawan tu adalah masa zaman jahiliah dulu).  Kitorang anak-anak dia cukup takut kalau dia besarkan mata dia fuh memang gerun seyh! Bagi saya saya lebih rela kena pukul kat tepi jalan raya dengan samseng dari tengok mata dia besar.  Mama saya adalah guru yang ajar kelas saya dari darjah 4 sampai darjah 6.  Bayangkan 3 tahun mengahadap muka mak sendiri dalam kelas dan yang bestnya layanan tetap sama dengan murid lain even saya ni anak dia yang paling manja.

Yang paling tak boleh blah ialah bila mama suruh saya masuk maktab perguruan untuk jadi cikgu.  Bukan tak nak, jadi cikgu ni bagus sebab confirm masuk syurga beb.  Yelah bila dah matipun ilmu-ilmu yang diturunkan tulah penyelamat.  Tapi masalahnya saya belum ada satu sifat SABAR yang membolehkan saya qualify untuk dipanggil guru.  Dengan budak darjah 1-6 mungkin saya ok tapi takut saya terlalu baik dengan diorang.  Kalau dengan budak sekolah menengah pulak saya takut tetiba pendidikan jasmani jadi kelas silat ataupun sumo haha.

Oklah sekali lagi Selamat Hari Guru 2011 kepada mama saya.  Sebelum saya lupa thanks to sifoo-sifoo blog macam Eyriqazz, Melromeo, Ariffshah, Anakperak,Redmummy, Beautifulnara dan juga Yanmie yang dah banyak ajar saya apa itu blog.  Dari sekecil-kecil Suterablogger sehingga jadi bahan kutukan (kira kalau kene kutuk tu baguslah haha).  Thanks for being sifoo, tailo and friends.

 

p/s :

Siapa nak berguru blog ataupun ilmu komputer dengan saya boleh tapi sila bawak pengeras. haha

Mat Tiger ejek saya dia kata kereta saya semput tolong bagi saya pinjam Subaru untuk saya berlumba.

 

SOCIAL NETWORK LEBIH BERMAKNA DENGAN EMPIRE AVENUE

SOCIAL NETWORK LEBIH BERMAKNA DENGAN EMPIRE AVENUE

empireavenue SOCIAL NETWORK LEBIH BERMAKNA DENGAN EMPIRE AVENUE

Sala guys,

Pernah try tak guna benda ni?  Atau soalan paling betul pernah tak korang try main game ni.  Ni adalah satu patern game online yang lain daripada yang lain.  Nama dia Empire Avenue.  Satu perkataan yang palinf tepat untuk game ni ialah ia menarik.

Biasanya kita just buang masa je kan share status kat Facebook, letak gambar pakai seluar pendek kat album facebook dan guna twitter.  Yang ada churp2 itu adalah satu kelebihan.  Apa kata kita try main game ni.  Setiap perbuatan or activiti kita di laman sosial (halamak putis seyh) akan diberi point.

Ooops sebelum tu saya nak share pasal game ni dulu.  Game ni berkonsepkan jual beli saham yang mana pemegang saham tu adalah owner akuan laman sosial.  Point akan diberi mengikut keaktifan kita kat facebook, Twitter, youtube, blog, dan macam-macam lagi.  Dan dengan point yang dipanggil Eaves ni kita boleh beli saham orang ataupun company yang ada.  Saya tadi baru je beli saham Katy Perry. Harap-harap dia tak menghampakan saya even dia dah buat hati saya retak sebab dia kahwin dengan Russel Brand.  Kalau nak lagi faham korang boleh masuk blog ariffshah sebab saya dah suruh dia buat cara-cara main Empire Avenue.

So meriahkan permainan ni dan mungkin kepada blogger anda boleh gunakan benda ni untuk kebaikan blog juga disamping balajar selok-belok perniagaan di Wallstreet.  Mari jadikan diri kita kaya di maya supaya dapat motivate diri kita dia realiti.  Nak register mudah je mai sini.

p/s :

Gua takut addicted je haha… Kepada yang nak pegi Party HyppTV selamat bersuka ria…

Mat Tiger ejek saya dia kata kereta saya semput tolong bagi saya pinjam Subaru untuk saya berlumba.

pixel SOCIAL NETWORK LEBIH BERMAKNA DENGAN EMPIRE AVENUE