Category Archives: Uncategorized
SUTERABLOGGER WORDLESS WEDNESDAY #1
SUTERABLOGGER WORDLESS WEDNESDAY #1
p/s :
Lawak bila ingat moment ni…
To Hazman Fadzil, Jangan putus kawan disebabkan gambar ni ye…haha
KAWAN ITU MUDAH DAPAT TAPI SAHABAT ITU SUSAH DICARI
KAWAN ITU MUDAH DAPAT TAPI SAHABAT ITU SUSAH DICARI

Salam guys,
Selamat malam Sabtu. Hari ni simple entry dari saya. Just nak tanya apa perbezaan antara satu ikatan yang dipanggil KAWAN dan lagi satu yang dipanggil SAHABAT. DUlu mama saya selalu cakap ‘KAWAN ni datang time kita senang je time kita susah memang takkan datang’ tapi saya selalu sangkal benda tu sebab bagi saya kawan akan datang tolong kita tak kira masa.
Bila dah lama hidup dan dah nampak telatah manusia so saya dapat satu kesimpulan mudah iaitu tak semua kawan akan berada tepi kita bila kita susah melainkan dia upgrade diri dia naik ke satu level yang dipanggil SAHABAT. Nampak macam upgrade account photobucket dari FREE ke PRO kan tapi yang lagi mudah hanya perlukan hati yang ikhlas tak perlu keluar wallet untuk check no kad kredit.

Gambar ni boleh saya katakan sebagai gambar purba sebab dah lama. Time ni aiensepet pun belum pandai beli tudung haha. Gambar ni diambil tahun 2006 dan masa tu sayapun belum lagi bertunang. Gambar hanya tinggal gambar mana mereka? Masing-masing dengan haluan masing-masing dan masing-masing dengan kepentingan masing-masing dan pengaruh yang berbeza. Pertalian hilang hanya disebabkan fahaman komunis!
Oklah malas nak bebel panjang. Saya just nak dedicate satu lagu untuk semua KAWAN-KAWAN yang masih berKUASA di lorong-lorong gelap. Entri ni wujud selepas Zarien minta lagu underground untuk dia dengar.
Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.
teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.
kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.
aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudah
c/o:
kemananya
teman setia
perjuangan…
ku ingin kau semua…
bersama semula…
(ulang c/o)
p/s :
Kawan mudah dicari tapi nak suruh depa upgrade jadi SAHABAT suatu yang sukar.
Mat Tiger ejek saya dia kata kereta saya semput tolong bagi saya pinjam Subaru untuk saya berlumba.
MAHARAJALAWAK MUNGGU 7 | SILENT COMEDY ADALAH LAWAK YANG SUKAR
MAHARAJALAWAK MUNGGU 7 | SILENT COMEDY ADALAH LAWAK YANG SUKAR
Salam guys,
Siapa tengok Maharaja Lawak semalam? Yang ada Pakej Mustika confirm tengok sebab ada yang upgarde memang semata-mata untuk layan Maharaja Lawak. Ada satu berita baik dalam Maharaja Lawak iaitu Amir dah terkeluar! Yeay! Bukan nak merendahkan kebolehan dia tapi saya pun tak faham kenapa dia boleh masuk Raja Lawak sedangkan lawak dia dia tak siapapun faham. Semalam kalau kita tengok audience pun dah memperbodohkan lawak bodoh dia tu. So dari dia kasi orang dapat dosa better dia blah je.
Minggu ni adalah bertemakan Silent Comedy iaitu lawak tanpa suara atau bahasa kasar lawak bisu. Bagi saya ni adalah sukar beb. Pelawak yang pandai dalam mimik muka dan body language memang akan dapat kuasai silent comedy. Target saya macam biasa Jozan, Jambu dan Man. Tapi lepas tengok performance diorang saya dapat tengok persembahan yang best adalah …
1. Kumpulan Jambu – Lawak Renang
SELAMAT HARI PEKERJA | ADAKAH KITA SEBAGAI GOLONGAN WORKINGCLASS DIHARGAI?
SELAMAT HARI PEKERJA | ADAKAH KITA SEBAGAI GOLONGAN WORKINGCLASS DIHARGAI?
Salam guys,
Saya tau most of readers blog ni adalah student dan still belum faham apakah yang dimaksdukan dengan golongan tahap pekerja ataupun kalau ikut bahasa skinhead ‘working class hero’. Soalan pertama ialah siapakah sebenarnya nadi penggerak sesebuah negara? Adakah ahli politik, perdana menteri, ataupun rakyat yang mengeluarkan keringat siang dan malam untuk menyara hidup?
Fulamak gua bercerita dah macam ahli parti pekerja USA pulak. haha. Sebenarnya ramai yang ingat orang penting dalam satu negara ialah pemimpin atau ahli politik. Itu silap golongan pekerja bawahan ataupun working class level macam kita ni lah golongan penting. Kenapa? Itu korang kena fikir sendiri sebab working class is about yourself not others.
Dengar cerita tadi ada satu protes untuk gaji minima pekerja awan (kerajaan). Bagi saya gaji minima itu memang perlu sebab barang harga dah naik. Tapi kalau fikir balik layakkah kita mintak gaji naik mahupun kadar minima dengan cara kita kerja. Mengular 5 jam sehari, masuk kerja pun ikut suka hati tapi nak naik gaji. Ni kebanyakkan pekerja yang bekerja dalam government buat. Tapi sibuk nak naik gaji sibuk nak mintak macam-macam. Sekali lagi fikirlah berbaloikah apa yang kita nak mintak?
Oklah bukan nak backup kerajaan ataupun siapa-siapa sebab saya bebas dan itu perkara yang betul. Anyway kalau kita adalah workingclass hero silalah bertindak seperti hero yang berakal. Selamat Hari Buruh 1 Mei 2011. Jom layan lagu ni :
PRODUCT REVIEW | LG OPTIMUS 2X
Function lain tak perlu saya sebut sebab lebih kurang sama je macam phone android yang lain yelah dari segi nak dapatkan apps semua korang boleh dapat FREE dari getjar. Sayapun ada try download dari sana dan semuanya full version.
Nampak tak kenapa saya cakap Plan Celcom ni berbaloi. Dengan contact hanya 18 bulan dan commitment RM88/month korang boleh dapat phone LG Optimus ni dengan harga RM978 satu perlaburan yang bijak. So korang bukan dapat 1 tapi 2 kelebihan bila sign up dengan Celcom Data Plan. So siapa yang ada smartphone tapi still mengharap guna wifi kedai silalah bawak-bawak bertaubat ye sebab korang tak boleh ber’facebook‘ mahupun ber’twitter‘ sewaktu menaiki bas ekspress.hak3…
Ada sebab lain kenapa korang perlu sign up Celcom Exec 50 :
* Dapat FREE call ke nombor CELCOM pada hujung minggu. So bergayutlah di hujung minggu.
* Cakap lebih jimat lebih sebab ada diskaun 30% secara automatik ikut kegunaan.
* Kadar panggilan hanya 10.5sen/minit selepas korang entitle 30% discount.
* COntract yang minima berbanding telco lain iaitu 18 bulan sahaja.
Apa lagi cepat pergi ke Celcom center berhampiran untuk tawaran yang memang best ni.
MAHARAJA LAWAK | MINGGU KETIGA – NI APA KES PLAK?
1. Nabil – Lawak Kuli
2. Persembahan Juri – Kami terror, terrrorist



















