Category Archives: Tips
TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 9
Hye,saya teramat letih hari ni.Biasala hari jumaat hari untuk kita mendera fizikal & mental.Tapi anggap positif je sebab minggu ni maybe ada dua berita gempar yang menggembirakan untuk saya.Apa dia berita tuh tunggu sampai ia disahkan doktor2 pergigian dulu eyh.Harap2 news ni membawa seribu erti bagi saya yang amat memerlukannya.
Amacam,syok tak korang baca entry pasal metafizik tuh.Kenapa saya tak nak sambung?Relax la,tak lari ilmu tuh.Korang kene fahamkan dulu apa yang saya tulis kat entri tu baru boleh ke bab seterusnya kala tak confirm JAM!!!Serius saya cakap.Tak caya boleh tanya Puan Capa.Mulai dari entri tadi saya akan boldkan apa sahaja keyword yang penting.So sila ambil serius ye.Sebab ia berkait dari satu entri ke satu entri(wah dah macam puzzle).Ya hidup ini ibarat menyelesaikan puzzle.
Ok,kembali kita untuk merungkai misteri dalam ber“blogging”.Undang2 yang ke 9 “Always Bring Your Notebook,Always Bring Your Pen”.Untuk menterjemahkan law yang ni tolong jangan terlalu lurus ye.Kalau terlalu lurus nanti senang kene tipu.Maksud dia bukannlah kita kena sentiasa bawak pen & notebook.Takkanlah kita pergi toilet pun nak kene bawak dua alatan perang ni.Ia satu perumpamaan yang bermaksud sebagai seorang penulis kita kena aware atau peka dan bersedia.Simple je.Nak jadi seorang blogger tolong lah peka apa yang berada disekeliling korang.
KENAPA perlu peka?Senang je untuk menulis la takkan untuk tido plak.Bila kita peka kita akan dapat banyak idea.Untuk mendapatkan hits yang tinggi korang kena peka dengan isu.Kalau korang perasan or pernah masuk Kak Jie punya blog korang dapat tau betapa pekanya dia dengan isu2.Tak caya pergi baca entri dia.So kalau korang nak berjaya blogging macam dia pastikan korang aware macam dia.Kenapa dia boleh tulis entri sehari sampai 3 or 4…Sebab dia peka.
Untuk dapatkan keyword yang best2 dalam penulisan, korang boleh guna GoogleTrend.Kat situ korang boleh check apa topik yang best2 kat malaysia & luar negara.Barula blog korang boleh dapat hits bila korang letak keyword.Mesti korang akan tanya saya “Bape Byk Hits Ko sampai nak Ajar Kitorang Plak”.Hak2 hits saya tak byk pun tapi tak salahkan nak kongsi.Sebab tu saya tak publish traffik saya minggu lepas dan minggu ni sebab saya tengah tengok perkembangan dia dan tgh nak maintain.Amacam best tak alasan.Yang penting saya bersyukur dengan peningkatan traffik blog ni & saya sentiasa berterima kasih pada sifu2 saya yang turunkan ilmu.Sekarang faham tak?Kalau faham tolong amalkan eyh.Sebab penat saya tulis ni…hak2…
p/s :
- Kalau nak tau kisah selanjutnya pasal metafizik sila tunggu entri akan datang.Ala bersabar tu separuh dari iman(bukan eyriqazz ye…alamak terpecah lubang!!!)
- Doakan kejayaan saya hujung minggu ni.Kalau berjaya saya akan open table…Ni janji saya…
- Kontest akan menyusul tak lama lagai…Bersedia atau tidak bolos saja dinding kita!!!
TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 8
Undang2 yang ke -8 ialah “There doesn’t always have to be a moral to the story”.Takde kene mengena dengan Pendidikan Moral ye…Apakah maksudnya.Maksudnya ialah dalam kita menulis(blogging) tak semestinya kita kena tulis something yang berinformasi.Tak pun senang macam nilah.Korang tak perlulah tulis satu isu yang mana boleh menyebabkan reader berfikir secara total.Entri tak boleh terlalu berat sebab nanti reader bosan.Pastu just baca p/s korang je.
Dalam penulisan kita kena sesuaikan entri kita dengan reader.Jangan terlalu lurus je..Ia akan membosankan.Korang pernah tengok movies tak?Kalau tak pernah saya tak boleh nak tolonglah.Korang tgk movie adakah semua movie tu memberikan pengajaran yang bagus kat kita.Tak kan…Contohnya kalau korang tgk “American Pie” ada ke moral of the story.Yang membuatkan cerita tu top adalah BOOBS perempuan je then SEX.hah!!itu jela contoh yang saya boleh kasi contoh.Amacam best tak contoh saya.
So melalui contoh tu dalam penulisan kita kene serong2 skit bro.Tak boleh nak straight nanti tak best.Korang selitkan la lawaking skit supaya reader rasa best baca entri tuh.Saya tak pandai berlawak sebab tu entri saya mendatar je.Kalau Hattan komen mesti dia cakap entri ko ni Sri Sabah la…hak2.
p/s :
- Sorry eyh kalau entri ni agak membosankan sebab saya dalam keadaan yang kurang stabil.hak2
TIPS : SEORANG BLOGGER PERLU ADA – PART 1
Wah…Selamat pagi semua!!!Mood hari agak hepi sebab ado la…Sedikit lambat untuk upadate sebab perlu menjadi khadam di kolej.Perut plak boleh bikin hal pepagi ni.Tapi thanx to reader yang masuk blog ni even saya tak update pun lagi.Datangla untuk support k.Seperti mana yang kita tau ari ni ada event.Mereka dah kol saya tadi tanya datang ke tak..Tapi seperti biasa ini Bean Moreno la…Kalau cakap datang saya pasti datang cuma bezanya lambat atau cepat je.hak2.Harap2 tidak terlepas untuk berjumpa blogger2 lain di tempat paintball.Tunggu ye untuk melihat rambut saya yang di“set” khas untuk event ni.hak2
Oklah tak nak memalut dengan lebih serius.Saya teringat masa saya masih di gelanggang silat dulu(ni cite dulu la),Guru saya ada berpesan satu benda yang memang saya apply sampai sekarang dan memberi kesan yang best dalam kehidupan saya.Nak tau apa pesan mahaguru saya dulu.
“Pis walaupun ko terkeluar dari gelanggang ni tolong igt satu benda…Apa2 yang ko buat tolong taat,sabar,sungguh,& Yakin”
Benda ni dah lama saya apply dalam hidup.Memang berkesan beb.Dalam bloggingpun sama cuba korang applykan 4 perkara tu.Bila korang dah dapat buat 4 yang pertama maka akan dapat satu lagi extra iaitu IKHLAS.IKHLAS memang susah nak dapat & kalau korang dapat IKHLAS setan pun akan takut ngan korang.Macam mana korang nak apply 4 perkara ni dalam blogging.Meh sini abang ajar eyh :
1) TAAT
Korang buat blog,ada rules dia.So korang just follow the rules.Dan salah satu dari rules untuk maju ialah update entri.So taat la dengan update entri selalu.Bila korang tulis entri yang berguna kompem reader akan datang.Tak kisah la tulis riwayat hidup ke tutor ke apa2 jelah janji update.Jangan la korang asyik2 tulis entri yang kondem orang lain.kutuk blogger2 lain,maki hamun…memangla orang pun menyampah nak baca.
2) SABAR
Dalam blogging kita kene sabar.Kita jangan fikir dengan satu bulan berblogging kita dah boleh femes or eran nuffnang banyak.Owh kalau macam tu dah ramai kakitangan kerajaan berhenti kerja jadi blogger.hak2..Terus terang saya cakap saya boleh cash out setelah 6 bulan jalankan suterablogger.Tapi sekarang dah stable skit.Ingat berblogging bukan macam Hai-o.Even Hai-O pun kene kerja keras cari rezeki.Ingat yang kita blogging ni untuk share thought dan pendapat.Sekarang dah banyak dah yang nak amik jalan singkat.Contohya macam budaya “I Follow You,You Follow Me Back”.Bukan tak boleh,tapi tak elok sebab kita nak orang follow kita bukannya semudah yang disangkakan.Kalau kita tulis merapu then nak orang follow untuk apa?Tak guna orang follow tapi tak baca entri kita.Korang nak benda macam ni terjadi?So fikirkan lah ye
3) SUNGGUH
Ok dalam apa2 pun kita kene bersungguh2.Dalam blogging kalau kita tak sungguh2 tak oayah mimpila kita boleh dapat earn macam KakRed or Kenny Sia.Memang la korang takkan jadi macam Kenny Sia tapi SIA-SIA je.Contohnya korang kene update konsisten.Jangan minggu ni update ari2 next week satu apapun tak buat.Tak boleh la macam tuh.Jangan terlalu ikut otai yang berkata tak payah update pun boleh dapat visitor BANYAK.Karut itu semua.Cuba bayangkan korang adalah penulis akhbar.Kalau korang publish surat khabar berita tak update sama je.Asyik2 berita muka depan UMNO menag pilhan raya selama sebulan.Korang rasa laku tak surat khabar korang.hak2 bungkus la.Macam tu jugak dengan blogger.
4) YAKIN
Bila korang dah buat semua di atas korang just perlu yakin dengan apa yang korang buat.Kalau korang enjoy baca entri korang tak mustahil orang lainpun akan suka.Just ignore apa kata orang yang penting korang dah buat apa yang patut.Diorang nak kata korang newbie macam sampah ke,korang budak baru tapi entri cikai ke itu PERSETANKAN.Sebab belum tentu diorang hebat.Confident & be Yourself ok!!!
p/s :
- Sayapun blogger newbie je & masih lagi cari2 apa yang patut itu pasal saya blogwalk k.
- Kalau korang rasa apa yang saya cakap ni salah sila kemukakan hujah anda ok…
- Sapa2 yang terasa dengan teguran saya ni.Saya mintak maaf banyak2 sebab saya just berkongsi je eyh.Takde niat nak menyinggung sape2.
- Selepas saya post entri ni mungkin saya akan pergi bersuka ria bersama blogger2 lain.
BEAN MORENO TERIMA PADAH
Hari yang memenatkan kepada seorang IT support apabila dikerah seperti mat bangla yang tugasnya memindahkan barang2.Huh!Terasa macam diploma yang saya ada sekarang tak mencukupi untuk bergelar seorang boss.hak2…Selepas siap membaiki sebuah komputer kat lab yang dijangkiti H1N1 saya disuruh memindahkan barang2 dari blok sebelah ke blok yang sekarang ni.pergh…Mana perginya title IT support aku ni???hak2 tapi takpela benda dah settle.
Hari ini penulis blog Bean Moreno(sapo pulak ni) menerima padah apabila terlampau sibuk dengan tugasnya.Ini adalah musibah yang melanda apabila dia mengabaikan tanggungjawab ke atas blognya.Mesti korang tak baca kan muka depan SinChew Jit Poh.Kalau korang bacapun tak faham kan.hak2 samala kita…Korang tgk apa dah jadi dengan blog saya ni :
Saya tunjuk benda ni nak kasi korang sedar.Kalau korang nak serius blogging tolongla jangan abaikan tanggungjawab.Dah kasi ngandung tolongla bertanggungjawab ye.Jangan nak buang tepi jalan.Dosa…hak2..Hari ni saya terpaksa tolak berfikir sgt pasal blog sampaikan traffic jadi teruk sebegini.Tanpa membuang masa saya post satu entri pada pukul 12.Sebab kalau ikut schedule pukul 10.Tapi selepas saya post satu entry killer traffik mulai sesak di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Bayan Lepas(betul ke arah ni).Pastu saya tambah skit ngan acara blogwalking skit so bertambah lagi traffik ke blog yang tak popular ni.
Jadi kesimpulannya post entri dan blogwalking itu amat penting dalam blogging.Ini adalah hasil analisis saya ke atas blog saya.Kalau ada otai cakap tak payah update blogpun boleh buat traffik naik itu adalah disebabkan blog diorang tu dah gile popular dikalangan reader2.So kita yang tak otai ni buat jela cara tak otai.Betul tak??Tapi kan saya tgk blog redmummy & beautifulnara hari2 update.Kadang2 sampai sehari tiga empat entri.Korang nampakkan blog yang gile popular macam tuh pun update tiap2 hari ni kan blog cap ayam cam kita.Jadi kepimpinan melalui tauladan bukan kepimpinan melalui percakapan je yang takde bukti ok…
p/s :
- Entri ni takde tuju kat sapa2pun just peringatan je
Sapa2 yang terasa saya mintak maaf sebab takde niat tersembunyi.Just sharing…
- Mungkin ada blogger yang dapat traffik banyak tanpa update tapi teknik SEO kene GEMPAKla beb.Terpulang pada individu.Entri ni just nak bagitau kalau kita nak serius or tak je OK!!!
BANYAK KE SIKIT LAGI BAGUS???
Huh takde apa yang saya boleh buat sekiranya kelajuan internet adalah equal dengan kelajuan pergerakan kerak bumi yang yang hanya memakan masa 100 tahun untuk berubah.Ditambah plak dengan YM yang hanya boleh digunakan ikut webpage.Tapi dengan hati yang cekal(bukan syeqal..itu penyanyi zaman saya umur 7 tahun dan sekarang dah jadi ustaz dah pun) nak jugak post entri untuk korang.
Oklah tajuk yang korang baca kat atas tu sebenarnya isu kecil je kalau nak dibandingkan dengan isu krisis kewangan Manchestor United(wah i hate this team…haha).Ok kita selalu tertanya-tanya satu hari bape post yang patut kite tulis or post kan untuk blog.???Bagi saya benda ni depends kat blogger tu sendiri.Kalau la blog kite tu sememangnya femes macam blog Redmummy ke,Beautifulnara ke,tak pun macam Melromeo mungkin satu hari satu pospun cukup kot.Tapi kalau blog kita macam suterablogger(uiks blog sape nih???) susah jugak la.Bagi saya la kan kadar menge”post” entry untuk blog saya adalah bergantung pada visitor.Saya seorang yang amat perihatin terhadap masalah visitor untuk blog saya.saya akan check setiap dua jam.Then lagi satu saya akan cuba membaca pergerakan platlet(uiks betul ke istilah ni) untuk blog saya.Contohnya macam ni :
source dari google analytic
Cara saya baca bende ni senang je.Visitor blog saya terbahagi kepada 3 iaitu Referring sites(datang dari page lain),Direct traffic(taip di URL browser), dan Search engine(datang dari serach yang dilakukan di internet).Kebanyakan visitor suterablogger(yang kurang popular ni) datang dari referring site iaitu blog kengkawan atau mungkin dari website lain.Jadi bermaksud mereka menantikan entri bersih dari saya hak2.Mintak maaf ye saya tak pernah tulis bahan lucah di dalam ini blog tetapi entri bersih bermakna entri baru yang belum dikomen oleh mereka(walaupun diorang tak komen pun).Jadi bagi saya saya akan buat entri lebih dari satu untuk satu hari untuk tarik visitor baru dan tarik visitor yang pernah datang.
Dari gambarajah di atas(pergh macam mak gua seyh) saya buat kesimpulan sendiri bahwasanya saya belum hebat dalam bermain SEO.Sebab kadar dari SEO memang kurang.So janganla ikut saya sangat ye sebab saya bukannya bagus sangatpun cuma share ikut experience je.Kalau ada yang cuba tapi tak jadi saya mintak maaf sangat-sangat ye sebab saya takde niat nak menipu pun.
p/s:
- Jadi kesimpulannya terpulang pada korang nak update macam mana.Got any Idea???
- Terima kasih kat Aus yang tekah menerjah saya malam semalam.Nak baca ni entri die.
- Actually saya dan melromeo adalah berbeza sebab dia memang hebat saya baru je belajar nak jadi cam die.
- mak saya merupakan guru kepada saya semasa darjah 5 dan 6.Tu je nak kasi tau…
Dari gambarajah di atas(pergh macam mak gua seyh) saya buat kesimpulan sendiri bahwasanya saya belum hebat dalam bermain SEO.Sebab kadar dari SEO memang kurang.So janganla ikut saya sangat ye sebab saya bukannya bagus sangatpun cuma share ikut experience je.Kalau ada yang cuba tapi tak jadi saya mintak maaf sangat-sangat ye sebab saya takde niat nak menipu pun.
p/s:
- Jadi kesimpulannya terpulang pada korang nak update macam mana.Got any Idea???
- Terima kasih kat Aus yang tekah menerjah saya malam semalam.Nak baca ni entri die.
- Actually saya dan melromeo adalah berbeza sebab dia memang hebat saya baru je belajar nak jadi cam die.
- mak saya merupakan guru kepada saya semasa darjah 5 dan 6.Tu je nak kasi tau…


























