Earn Cash by using your Blog
Browsing articles in "Tips Blogging"
Jan 26, 2011

TIPS | LINK DALAM POST


TIPS : LINK DALAM POST

Salam guys,

link building TIPS | LINK DALAM POST


Apa yang korang fikir pasal link dalam post?Ok link dalam post ni sebenarnya penting tapi kita je tak sengaja.Sebelum saya teruskan saya nak mintak maaf kalaulah ada kesalahan or pendapat yang berbeza dalam entri kali ni sebab ni apa yang saya nampak ikut pemerhatian mata kasar saya yang tak berapa nak terang sebab tak pakai cermin mata mahupun contact lens.

Dulu saya pernah tulis pasal jangan kedekut link betul tak?Tu salah satu elemen jugak sebenarnya.Sebab bila kita linkkan orang lain dalam post kita akan bagi satu penghargaan untuk blogger tu sebenarnya.Bagi saya kan link dalam post ada dua jenis iaitu :

1) LINK KE BLOG/WEBSITE LAIN

Untuk yang ni biasanya digunakan oleh blogger-blogger yang selalu berangan nak jadi reporter tak berbayar.hak3…Jangan terasa saya just bergurau je eyh dan sayapun sebanarnya salah seorang reporter free.Biasanya kita akan tulis pasal apa yang ada kat surat khabar lepas tu linkkan balik kat surat khabar tu.Yelah gila ke apa kalau tak link balik pastu kena saman sape nak bayar beb.Contoh lain ialah link ke blog lain.Yang ni memang biasa kita buat terutama sekali bila nak bagi credit (ada juga yang tak buat).Kepada yang tak biasa buat sila buat sebab korang akan nampak perbezaan kepada blog korang dan korang akan belajar cara beradab dalam blogging.hoho..

2) LINK KE POST YANG LEPAS

Ok yang ni mesti mengundang pertanyaan ramai.Mesti ada yang cakap buat apa nak link lagi sedangkan kita dah pakai Linkwithin?Jawapan saya senang je.Ye memang Linkwithin sama je macam link kepada post-post yang lama tapi bezanya ialah dengan link dalam post ia lebih tepat sebab Linkwithin akan muncul secara rawak mengikut Tag.Bila kita linkkan post lepas readers lebih senang,diorang click je terus pergi ke post yang related.Mudah kan dengan ICT.hak3…Sekarang korang nampak tak apa yang Bean Moreno nak tunjuk.Dengan linkkan ke post yang lepas kita akan dapat impression ataupun pageview lebih sikit.Tak caye cuba buat sebab kalau jut nak kondem je sampai kiamatpun kita tak maju beb.

Hm, amacam cukup info tak?Tak cukup tunggu saya keluar tips blogging lain sebab saya dah lama tak menulis benda-benda serius dan juga tips blogging.Ni baru nak start balik sebab terllu bosan.hak3..

p/s :

* Berpeluh kepala nak keluarkan tips.
* Korang jangan buat-buat tak nampak.Blog ni dah ada share button.So tolong share-share ye.
Jan 26, 2011

APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG

APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG

alexa logo APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG



Salam guys,

Hari nak share sikit pasal Alexa Rank.Apa yang korang faham pasal alexa?Penerangan yang simple mengikut kepala otak saya ialah statistik web/blog dalam dunia maya di mana korang kena compete dengan berjuta-juta web/blog dalam internet.Rangking bermula dari nombor besar ke nombor kecil.Sila jangan sakit jantungkalau first time korang check Alexa Ranking tetiba keluar angka juta-juta dan jangan berangan itu angka duit dalam Maybank2u sebab itu just ranking maya.Ini bermakna lagi kecil nomber lagi bagus blog korang.

Dulu saya bermula dengan angka 3,256,412 .Amacam banyak tak?Memang disappointed beb tengok ranking tapi lepas saya start aktif maka nombor tu makin kurang dan sekarang lihatlah hasilnya …

alexa APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG

Dengan usaha keras saya selama 2 tahun maka dapatlah rank serendah ini.Actually belum cukup bagus tapi apa kan daya saya tak punya banyak masa untuk berblog macam dulu.Kalau nak ikutkan dulu saya pernah dapat dalam 300K tapi yang ni pun oklah.Tunggu masa saya nak buat semula blog ni.

Macam mana nak rendahkan ranking Alexa :

1. Tulis Secara Consistent
2. Maintainkan Traffik
3. Exchange Link
4. Belajar SEO 

Kalau korang nak check ranking boleh pi http://www.alexa.com/
Jan 22, 2011

CARA UNTUK DAPAT 200 UV | TIPS BLOGGING

CARA UNTUK DAPAT 200 UV | TIPS BLOGGING

2 thumbs up CARA UNTUK DAPAT 200 UV | TIPS BLOGGING


Selamat petang.Bean Moreno baru balik dari kerja.Actually nak kongsi benda ni dah lama tapi asyik terbantut je.So sementara menunggu Megi saya kembang saya nak share sikit pasal traffik tapi saya tak mungkin akan reveal traffik blog ni sebab belum cukup bagus untuk di’reveal’.Tunggu UV saya dah maintain 13K sehari baru saya reveal (apahal tamak sangat ko ni Bean).

Ramai orang merungut pasal UV rendah.Apa itu UV?Uv ialah unique visitor yang singgah kat blog kesayangan korang tu.Actually dah ramai yang turunkan tips termasuk saya tapi ramai juga yang just baca then ignore.Sebelum korang masuk pada yang lebih detail baik buat yang ni dulu sebab yang ni basic je.Teknik ni saya panggil ‘Aku Tolong Ko,Ko Tolong Aku’.Teknik ni ada berkaitan dengan blogwalking.

shoutmix CARA UNTUK DAPAT 200 UV | TIPS BLOGGING

Sebenarnya tak susahpun nak dapat 200 UV setiap hari dengan blogwalking.Kita just guna Logaritma Blogwalking.Selalunya korang blogwalking ikut shoutbox.Betul tak?Macam mana dari Blogwalking korang boleh dapat 200 UV.Apa yang saya nampak ramai yang blogwalk just tinggalkan jejak dia je.Contohnya :

Si A Blogwalk ke Blog Si B Lepas tu tinggalkan link kat shoutbox B.Lepas tu Si B membalas kunjungan kepada Blog A – Maka 1 sahaja UV untuk setiap blog.

Apa kata lepas ni korang tukar cara blogwalking korang jadi macam ni :

Korang masuk satu blog then tinggalkan link lepas tu ambil 2 link dalam shoutbox dia untuk di jadikan kunjungan seterusnya.Buat benda yang sama pada setiap blog yang korang ambil linknya sebanyak 8 kali.Maka korang akan dapat at least 200UV sebab ...

2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2  = 256

Amacam senang kan.Tak perlu banyak sangat sebab nanti korang kena pergi England Optical pulak beli cermin mata.Biar slow asalkan nampak hasil.Kalau rajin korang buatlah lebih.Ni untuk blogger beginner macam saya lah yang traffik dah juta-juta sila ignore teknik ni sebab korang sememangnya dah terlalu hebat di mata blogger.hak3…

p/s :

* Kalau benda simple macam ni pun korang tak dapat buat sila jangan berangan nak main SEO sebab itu lagi susah.
Jan 18, 2011

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?


Hari ni takde tips untu lajukan traffik or income nuffnang ye.Tengah mengkaji teknik ni.Kalau saya berjaya saya akan kongsikan dengan korang.Sekarang setiap hari kita akan jumpa blog baru.Paling sikitpun sepuluh blogger ataupun blog baru akan muncul.Tapi adakah kita sedar kita perlu ada attitude atau sikap2 seorang blogger untuk jadikan kita bagus dalam berblogging.Takkan la nak main tulis je kan.Itulah kesilapan saya dulu.


ATTITUDE+FOR+BLOGGING TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?
 (Simple Artwork from Bean Moreno)

Saya nak kongsi sikit apa attitude yang perlu ada pada seorang blogger untuk membolehkan dia survive dalam dunia blogging ni :

1) Mencari Kesalahan Sendiri Bukan Kesalahan Oran Lain

Maksudnya ialah kita sentiasa cari salah sendiri.Sebelum kita nak komen penulisan orang lain kita kena baca apa salah kita.Sepanjang saya menulis saya akan tulis ikut kesalahan saya.Apa yang membuatkan saya tak boleh pergi jauh.Dan segala entri yang saya tulis adalah berkisar pasal pengalaman saya.Contohnya macam entri autoplay ataupun gaya penulisan yang saya tulis dulu.Itu bukan untuk kondem orang lain tapi adalah untuk memperbetulkan diri sendri sebab itu adalah kesalahan lampau saya.Kira macam bertaubat dalam blogginglah…Boleh eyh macam tuh.Kalau kita niat nak kondem orang lain maka kita takkan dapat betulkan kesalahan kita.

2) Berkongsi Pengalaman Dengan Orang Lain

Untuk bagi orang lain kenal kita,kita kena tunjuk contoh yang baik baru orang akan ingat kita.Jangan tulis entri yang nampak macam nak “up”kan diri sendiri. Kita patutnya tulis entri untuk perkongsian.Bila niat kita untuk berkongsi orang akan lebih menghargai apa yang kita tulis.Kita jangan fikir sesuatu untuk diri kita je.Tolong orang lain yang memerlukan sebab tak rugi kalau kita up sama2.

3) Jangan Berlagak “Diva”

Maksud saya dengan DIVA adalah bukan gaya tapi perbuatan.Dalam blogging kita tak boleh nak anggap diri kita terlalu bagus sebab last2 orang akan benci.Sebagai contohnya saya tunjukkan,korang nak traffik tapi korang tak nak masuk blog orang lain atau bahasa senangnya blogwalking.Korang asyik berharap orang lain je yang kena masuk blog korang.Mana boleh…Memang itu adalah berfikiran positif tapi tak bertempat.Korang nak dapat komen berjuta2 tapi korang masuk blog orang lain tak drop komen.Boleh ke macam tu?Apa kata start hari ni kita drop komen kat blog yang kita masuk.Baru Nampak menghargaai blogger lain kan.

4) Bercampur Dengan Orang Yang Berpengalaman (Bukan Orang Tua Kedai Kopi)

Sekiranya kita baru.So kita kenalah cari alternative untuk belajar dari orang yang ada pengalaman.Kalau tak memang sampai kiamatpun korang takkan maju.Saya kasi contoh.Kalau saya tak invite Melz & Eyriqazz pergi gath kat Mines hari tu,mungkin sampai sekarang saya akan duduk kat level yang sama.Kalau saya tak tebalkan muka belajar dengan Nara mungkin sampai sekarang visitor saya tetap 50 unique je takkan berubah.Setiap orang ada kelebihan dia.So jangan malu2 untuk bertanya diorang tak gigit korang punya.

5) Jangan Taksub Kejar Earning

Benda confirm ada bagi seorang blogger.Sayapun ada tapi dah kurang sebab dah faham konsep blogging.Banyak la saya tengok kat blog lain pasang iklan berlambak2.Apa motif?Ok kalau korang blogging dengan niat kejar earning memang satu hari nanti blog korang akan mati macam tu je.Saya pernah alami benda tu.At last blog saya hancus dan Suterablogger ni hampir hancus.Tapi bila saya dah faham yang blogging itu adalah menulis untuk kepuasan then saya put aside niat tuh.Akhirnya saya ber “dot com”.Memangla sapa yang tak nak duit.Tapi korang kena ingat bila korang set target earning then tak dapat perasaan give up akan menghantui.So biarkan Law of Attraction berjalan.

Jadi tepuk dada tanya iman ye (wah dah macam ustad dah…).Kalau korang nak maju buat sesuatu untuk diri korang dan bukan sebab terpaksa buat.


Jan 13, 2011

APA YANG MEMBUATKAN ENTRI ITU ‘KURENG CHA’

TIPS : APA YANG MEMBUATKAN ENTRI ITU ‘KURENG CHA’

Salam dan selamat pagi ye.Dah breakfast?Bean Moreno masih menunggu kawan untuk pergi kerja.Sorry semalam saya tak post apa-apa sebab terlalu sibuk dengan kerja.Tambah pulak badan sakit2 then memang tak larat nak berfikir sangat.Bila tak update & langsung tak blogwalking maka saya memang kena berharap pada traffik-trafik sesat dari google jelah.

Ok hari ni saya nak share pasal kenapa sesebuah entri itu tak dapat hitz (bukan stesen radio ye) yang tinggi.Atau senang katalah kenapa entri kita kurang pembaca.Benda ni saya banyak perhatikan apa yang berlaku pada saya dan blog ni.Antara sebab2 kenapa entri kita tak best ialah :

1) KITA PAKSA OTAK

Faham tak?Memang sengaja saya bagi ayat pening sikit kalau tak korang tak berfikir.Entri korang akan jadi tak best bila korang terlampau paksa otak korang untuk menulis.Memang bila kita takde idea untuk tulis entri kita boleh usha Youtube, Google dan macam2.Tapi kalau dah usha semua benda dalam net termasuk website Astropun kita takde idea nak menulis silalah jangan paksa.Kalau kita paksa jugak memang akan jadi satu entri yang bersepah dan tak menarik.Jangan bagi otak korang berada dalam situasi ‘Engkau Memaksa Aku Terpaksa’.Bila takda idea dok diam2.

2) BUAT LAIN TULIS LAIN

Yang ni memang susah sikit.Ramai di antara kita tulis ikut dan je.Kadang-kadang kita tak buatpun kita tulis.Contohnya kita tulis pasal pergi event Nuffnang.Padahal kita tak dapatpun invitation tu.Korang rasa cerita korang akan jadi best tak?Takpun Korang cerita pasal korang masak nasi lemak tapi padahal korang tak taupun masak nasi lemak.Kan susah kan kita nak relatekan dengan diri kita.Bila keadaan macam ni jadi maka korang akan mengalami sindrom ‘copy paste’.

3) PENULISAN TERLALU LURUS

Ni bukan bermaksud jujur ataupun mudah kena tipu.Maksud dia ialah penulisan korang terlalu menuju ke dalam arkib negara.hak3.Dalam penulisan kita kena bagi pembaca kita selesa.Kalau kita tulis entri terlalu mendatar macam menulis sejarah Parameswara baik diorang beli novel.So kalau nak tulis entri sila bengkok2 sikit.cuba jadi badut dalam entri takpun entertainer.Contohnya cerita Mr Bean.Korang bayangkan kalau dia tak buat lawak bodoh dia tu.Dalah dengan tak banyak dialog.Rasa-rasa penonton amik remote tukar channel tak?Yang penting jangan jadi PONDAN!huhu…

4) ORANG TULIS TIPS/TUTORIAL KORANGPUN IKUT

Sekarang ramai yang tulis pasal tips & tutorial.Salah ke?Saya tak kata salah sebab saya salah seorang daripada blogger yang tulis tips.Dan artikel yang korang baca ni pun menjurus pada tips.Yang menjadi masalahnya ada jugak yang just ikut-ikut.Share tips tapi sebab nak dapat hits je padahal diorangpun tak faham apa yang diorang tulis.Sama lah macam tutorial,ramai yang buat sebab nak hits yang tinggi padahal diapun tak buat tutorial tu.Bila macam tu memang lah orang akan epergi blog korang sekali je seumur hidup sebab tak dapat feel tips or tutorial tu.

5) MELAWAN PERASAAN

Yang ni memang bahaya.Tolonglah jangan berpura-pura atau cuba jadi pelakon.Kalau korang tengah sedih korang takkan dapat tulis satu entri yang menggembirakan orang lain.Kalau korang berpura-pura dalam entri readers tetap akan dapat rasa bila diorang baca entri tu(itupun kalau baca).So tolonglah jujur sikit dalam entri dan perasaan korang ye.

p/s :
* Kalau Jiwa kacau jangan tulis entri sila baca Quran OK!

pixel APA YANG MEMBUATKAN ENTRI ITU KURENG CHA

Sedang Membaca

Users: %GUESTS_SEPERATOR%7 Guests%BOTS_SEPERATOR%5 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction