Earn Cash by using your Blog
Browsing articles in "Personal"
Jan 21, 2011

FIRST TIME ORANG TERHARU BACA ENTRY BLOG NI

FIRST TIME ORANG TERHARU BACA ENTRY BLOG NI

Salam guys,

Ok first of all thanks kat korang yang selalu masuk blog ni dan tanpa segan silu baca entry-entry dalam blog ni.Korang buat saya selalu happy dengan kemasukan traffik yang agak deras.hoho.Kalau nak tanya saya adakah saya puas blogging.Jawapannya ialah ya sebab saya dah dapat apa yang saya nak dalam blogging.Dari CPC hingga ke advertorial semua saya dah rasa (tiada niat nak poyo lebih sikit tu adalah..hak3).Yang paling penting ialah PERSAHABATAN.Saya rasa best blogging sebab dari blogging saya kenal ramai orang yang cool.

friendship2 FIRST TIME ORANG TERHARU BACA ENTRY BLOG NI




Sekarang ni takde benda lain yang best daripada FRIENDSHIP.Untuk pengetahuan korang dari saya sekolah menengah sampai lah dewasa saya jenis susah nak dapat kawan.Ini cerita serius bukan cobaan.Kalau adapun mungkin atas dasar-dasar tertentu.Tapi bila blogging saya daoat jumpa ramai orang yang ikhlas.Persoalan seterusnya benarkah blogger ikhlas?Bagi saya tak semua tapi kebanyakkan blogger yang saya kenal kebanyakkannya ikhlas terutama sekali Puan Capa (sila jangan kembang lebih ok).

Hari ni saya dikejutkan dengan satu komen dari Sendra.Bagi yang tak kenal dia memang suka kalau komen memang oleh bikin satu entry yang boleh meraih hits yang tinggi.hak3…Mau baca.Jom saya share …

sendra FIRST TIME ORANG TERHARU BACA ENTRY BLOG NI


Korang tengok sendiri komen dia.Memang boleh buat satu entri.Saya buat entri ni untuk dia hanya disebabkan dia kawan saya dan saya silent reader yang tak berapa ni silent kat blog dia.Terus terang saya buat entri tu ikhlas dan tiada hidden charge macam sesetengah telco.hoho…Kalau korang tak nak anggap itu ikhlas korang boleh jugak anggap sebagai entry ketika tiada idea.hak3…


Oklah anyway Sendra thanks for the comment.Aku hargai itu dan anggaplah apa yang aku buat itu just sebagai satu pembakar semangat untuk ko yang sememangnya dah lemau.haha…


p/s :


* Saya suka tengok orang happy dengan kehidupan sebab ia akan membuatkan saya happy dengan kehidupan saya.
Jan 19, 2011

HARI INI AGAK TAK BEST.ADAKAH INI PENAMAT?

HARI INI AGAK TAK BEST.ADAKAH INI PENAMAT?

Salam guys,

Apa cerita hari ni?Dah lama saya tak share pasal personal saya agak-agak kalau saya share ada tak orang nak baca?First of all thanks to Jejai yang ada mention nama saya dalam entri dia.Korang dah baca ke blom?Tajuk dia bila Jejai Menulis,Fasha Sandha Boleh menangis.Saya takdelah sehebat yang dia cakap tu dan kalau saya hebat dah tentu saya dah benti kerja dan menulis kat New Straits Times atau Harian Metro (Dem saya cukup benci Harian Metro sebab berita dia banyak lucah!).hoho.Actually bro saya nak cakap sikitlah ang memang satu blogger yang best sebab ang hebat dalam SEO.Mintak tunjuk arar boleh?haha.

Semalam saya ada pi interview untuk programmer.Wah memang excited weh gila dia offer tinggi.Walaupun saya dah lama tinggalkan bidang programing ni tapi disebabkan gaji dia besar saya gagahkan gak interview tu (nampak sangat kerja sebab duit).Yang tak bestnya dia suruh saya buat satu system online (actually mudah je) beserta database (pun mudah) tapi masa dia bagi 1 jam sahaja.Saya dengan terkial-kial taip coding PHP dan buat database MySQL tapi tak sempat siap.Sebenarnya saya ada main tipu sikit.Saya ada copy paste coding contoh form then ubah ikut hati dan naluri saya yang sememangnya excited.Apa yang tak siap ialah report untuk system tu.Harap-harap saya dapat kerja tu even saya tau peratusan dia hanya 40% je haha.

Hari ni pulak first time dalam sejarah saya kerja The Store saya terasa bosan.Selama beberapa bulan saya dah kerja kat sini saya tak pernah rasa bosan.Tak tau apasal perasaan tu datang secara tiba-tiba.Mungkinkah sebab interview semalam ataupun sebab tekanan dah overload.Saya suka kerja kat sini dan saya tak pernah bagi alasan setiap apa kerja yang saya dapat tapi hari ni terasa lain macam.Hopefully saya dapat recover balik kerajinan saya dengan pantas sebab tak mungkin saya dapat siapkan kerja dengan perasaan ni.

Oklah masa untuk bekerja dah sampai.Harap-harap saya berjaya harungi hari ni dengan perngakhiran yang sempurna sebab saya tak mau bawak balik feeling ni kat rumah.

p/s :

* Saya sendiri terasa tak best dengan entri ni.Saya tak tau kenapa saya tulis entri yang memang tak best macam ni.Adakah ni penghujung bagi saya dalam blogging?Wah persoalan yang sememangnya kurang best untuk diperkatakan…
Jan 14, 2011

MAAF SATU PERKATAAN YANG SANGAT MUDAH DILAFAZKAN TAPI ADAKAH UCAPAN ITU MEMBAWA MAKNA

MAAF SATU PERKATAAN YANG SANGAT MUDAH DILAFAZKAN TAPI ADAKAH UCAPAN ITU MEMBAWA MAKNA?

Selamat pagi Jumaat,

Actually otak saya mengarahkan untuk buat satu entry pertanyaan pasal SEO tapi mood kata jangan hari ni hari Jumaat dan hari Jumaat sepatutnya kita mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan.Tetiba ‘alim’ datang menegur hati maka terfikir nak tulis entri ni.Apa yang korang terfikir bila nampak or tedengar perkataan MAAF?Selalu tak korang lafazkan perkataan MAAFKAN saya?

Pagi tadi saya terfikir benda ni lagi-lagi lepas dengan lagu Eminem – Love The Way You Lie.Saya jenis yang suka kaji lirik lagu.Apa kaitan lagu ni dengan entri saya.Jom kita layan sat …

Come inside
Pick up your bags off the sidewalk
Don’t you hear sincerity
In my voice when I talk
Told you this is my fault
Look me in the eyeball
Next time I’m pissed
I’ll aim my fist
At the dry wall
Next time
There will be no next time
I apologize
Even though I know it’s lies
I’m tired of the games
I just want her back
I know I’m a liar
If she ever tries to fucking leave again
I’mma tie her to the bed
And set the house on fire

Lepas saya dengar lagu ni saya terus terfikir selama ni adakah kita lafazkan perkataan MAAFKAN SAYA itu ikhlas ataupun hanya untuk menyedapkan hati si pendengar?Korang perasan tak benda ni sebenarnya?Saya bukan nak tunding jari kat siapa-siapa just teringat pada diri saya sendiri.Ni contoh apa yang berlaku pada diri saya …

Pada mama & Papa saya :

“Ye ma nanti apis berubah jadi baik.Apis mintak maaf…”

* Tak sampai seminggu perangai jadi balik.Jadi jahiliah semula.

Pada diri sendiri :

“Weyh aku janji aku takkan buat perkara yang memudaratkan ko lagi…”

* Esok lusa buat balik benda yang menyakitkan diri sendiri.

Pada aiensepet :

“Abang janji abang takkan marah-marah lagi…Maafkan Abang eyh”
* Esok lusa tension marah balik.

Pada Allah :

“Ya Allah kau ampuni dosa-dosa aku selaku hambamu yang sering melakukan kesalahan…Aku berjanji aku takkan lakukan perkara yang sama lagi…”

* Tanpa kira sedari kita akan tetap buat dosa juga.

Fuh saya terfikir asyik-asyik nak mintak maaf tapi kita tetap akan buat benda yang sama jugak.Jadi apa maknanya ucapan tu kalau still buat benda yang sama.Ikhlas kah kita melafazkan ucapan tu.Jadi persoalannya kat sini Adakah ucapan maaf yang kita lafazkan itu membawa apa-apa makna ataupun tidak?

p/s :

* Maaf kalau ada yang tersinggung just pendapat peribadi saya yang still tercari-cari apa itu MAAF.
Jan 9, 2011

INFO HARI AHAD

INFO HARI AHAD

Salam Ahad guys,

Pagi ni saje buat entri lagha untuk dikongsikan.Mana tau korang just nak release tension or nak isi masa lapang dengan membaca so boleh baca entri kat sini.Macam yang korang tau hari ni ada beberapa event penting dan juga beberapa perkara yang berlaku.So saya nak share apa yang akan berlaku hari ni.

1. Main Badminton GPlusMy

Hari ni ada satu invitation main badminton kat PJ yang dianjurkan oleh Nuffnang untuk GPlusMY so sesiapa yang suka main badminton  boleh lah join.Saya rasa macam nak pergi tapi kena beli raket dulu lah sebab dah lama tak main badminton.

2. Anugerah Juara Lagu (AJL)

Macam yang korang tau malam ni Anugerah Juara Lagu.Actually saya agak kureng sikit tengok anugerah-anugerah ni tapi disebabkan ramai yang dah tulis psala ni maka rasanya terasa macam nak tengok sebab ramai artis best-best macam Faizal Tahir, Meet Uncle Hussein, Kumpulan A.P.I, Aizat dan ramai lagi.So jangan lupa bukak TV3 malam ni ye.Korang rasa siapa dapat Anugerah Juara Lagu? Kalau saya rasanya Faizal Tahir dengan Lagu Hanyut.

3. Piala FA England 

Malam ni ada match best.Pertembungan 2 musuh tradisi dalam BPL tapi dalam perlawanan Piala FA antara Man U dengan Liverpool.Perlawanan malam ni agak berbeza sebab Liverpool turun dengan Coach baru!Welcome back King Kenny (Kenny Daglish).Harap-harap kehadiran King Kenny menggantikan si tua Hodgson boleh ubah keadaan.

4. Blogger dalam Kerabat Haji Dollah

Terkejut bila baca entri cousin saya Terompah Caring pagi tadi.Keluarga kami dah mengalami pertambahan bilangan blogger.hak3…Adakah saya yang pengaruh?Owh mintak maaf ye saya tak pernah pengaruh sesiapa.So dengan pertambahan bilangan blogger ni harap-harap macam-macam idea akan muncul.Selamat Berblog! 

5. Blog Aggregator Ada Masalah

Yang ni agak buat saya sakit otak…Pagi tadi ingat nak ping blog tetiba semua blog aggregator down mungkin Kon sibuk kot.Boleh dikatakan ketiga-tiga blog aggregator macam Gengblogger, Selangorbloggers, dan Johoreanbloggers tak boleh nak bukak.Harap-harap masalah settle dan tak lama macam dulu.So korang boleh lah ping entry korang via facebook ye sebab banyak page yang available.

p/s :

* Saya bukan obses tapi saya buat disebabkan minat!Berblog merupakan minat saya dan saya akan menulis bukan untuk traffik…
Jan 7, 2011

DIAM BUKAN BERMAKNA SALAH

DIAM BUKAN BERMAKNA SALAH

Salam guys,

Entri lagi…Hari ni saya agak aggresif sikit sebab tetiba ide amncurah-curah tapi sorry hari ni nak share pasal personal je.Walaupun saya bukan artis atau blogger yang femes tapi tak salah kalau nak share pasal personal kan…Semalam saya godeh-godeh hanphone yang aiensepet bagi tetiba ada jumpa benda yang saya memang suka buat.Maka dialog ini terkeluar …

Aiensepet : Abang…
BM : hm….
Aiensepet : Abang…
BM : hm…
Aiensepet : Abang buat apa tu…Msg sapa tu?

Korang rasa saya tengah buat apa?

IMG00708 20110106 1914 DIAM BUKAN BERMAKNA SALAH


Alamak nampak lubang-lubang kat muka.Ces camera ni menjatuhkan air muka saya selaku lelaki maskulin metroseksual…Saya merupakan seorang yang memang tak tau duduk diam.Even tengah duduk pun saya mesti nak bergerak buat something (jangan terlalu biru ye).Kalau orang berfikiran jahat mesti dah ingat saya tengah bermain mesej.Tapi apa kata saya tunjuk apa yang saya tengah buat…

IMG00703 20110106 1906 DIAM BUKAN BERMAKNA SALAH



Haha ni game faveret saya beb!Thanks to aiensepet sebab hadiahkan saya phone Nokia yang ada game ni.Kalau diberi FIFA2011 dengan SUDOKU memang saya campak je game FIFA.Orang cakap main SUDOKU susah.Ye ke?Bagi saya tengok mood,,,

IMG00705 20110106 1907 DIAM BUKAN BERMAKNA SALAH



Permulaan satu episod…

IMG00706 20110106 1912 DIAM BUKAN BERMAKNA SALAH



Tada…Dah siap dah satu set SUDOKU…Korang rasa berapa lama saya habiskan satu set ni?

IMG00707 20110106 1912 DIAM BUKAN BERMAKNA SALAH



4 minit 36 saat itupun bagi saya lama sebab masa main ni saya dikacau oleh aiensepet yang dah keluarkan ayat sedih sebab saya mengabaikan dia kerana bermain SUDOKU


Jadi diam bukan bermakna saya melakukan perkara yang salah.Saya diam sebab saya mengasah minda.

pixel DIAM BUKAN BERMAKNA SALAH

Sedang Membaca

Users: %GUESTS_SEPERATOR%7 Guests%BOTS_SEPERATOR%5 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction