Category Archives: Parenting
Nazheem Dah Ada Rocker My Dear
Assalamualaikum,
Biasa tak dengar rocker? Ok kalau tak biasa kita tukar bahasa melayu yang bunyi dia ialah penghenjut. So rockers kat luar sana anda semua adalah penghenjut jugak sebab akan henjut kepala bila dengar muzik.
Ni adalah rocker untuk Nazheem yang kami beli dari Kasih Ibu. Jenama dia My Dear. So far kami beli ikut kemampuan kami je iaitu RM99
. Nazheem ni jenis tidur nak kena dukung baru dia tidur. Itu pun kene henjut baru dia leka kalau tak dia akan karaoke. So masa tu kami fikir ini adalah yang terbaik utnuk Nazheem.
Nyonyot Mainan Bright Starts
Assalamualaikum,
Sekarang Nazheem dah boleh pegang barang. Dia dah pandai ushar tempat yang mana keluar bunyi dan dah boleh faham orang tengah panggil dia. So kat sini kitorang dah dapat satu idea nak belikan mainan. Tapi malangnya…
Acu dia dah belikan mainan Bright Starts dulu sebelum sempat kitorang beli kat Kasih Ibu. Satu untuk budak newborn dan satu lagi untuk 3 month. Dengar cerita dia beli kat Toys R US. Biasanya mainan-mainan yang macam ni memang banyak kat Toys R US.
Leher Nazheem Dah Semakin Kuat
Assalamualaikum,
Dah lama tak cerita pasal anak saya Nazheem. sekarang ni dia dah ada sikit perubahan yang mana leher Nazheem dah semakin kuat. Yang ada baby pernah tak korang cuba bangunkan baby korang dengan menarik tangan dia masa dia tengah baring. Menegakkan kepala dengan stabil adalah satu daripada perkembangan bayi pada berusia 3 bulan.
Nilah dia Nazheem. Actually kami dah lama latih dia cuba bangun dari berbaring nak tengok adakah leher dia dah kuat ataupun tak. Mungkin bila dah lepas 3 bulan leher tu akan jadi matang dan kuat. Nak tengok bukti yang leher dia dah kuat jom layan video 13 sat ni
…
Car Seat Pliko Untuk Nazheem
Assalamualaikum,
Semalam dah tentu ramai yang tengok Anugerah Industri Muzik 19. Saya terpaksa layan sebab satu umah melayan. TV ada satu je so terpaksa lah buang nafsu bola
. Macam yang kita tau parents yang ada baby satu dari item wajib beli ialah car seat.
Maaf car seat ni agak berabuk haha. Ni lah car seat yang mama belikan untuk Nazheem. Kalau orang lain semua pakai jenama Sparco lah takpun Mclaren tapi saya tak pandangpun mungkin sebab bajet tak berapa nak mengizinkan.
Bila Nazheem Dah Nampak Warna
Assalamualaikum,
Sempena hari banyak masa sebab kerja dah settle maka saya up satu entri syok sendiri. Kenapa saya cakap syok sendiri sebab ia adalah satu entri personal yang mana orang tak nak ambil tahupun
. Memandangkan trafik dah jatuh kow so saya dah mula nak tukar cara menulis haha. Hari ni nak cerita pasal bila Nazheem dah nampak warna.
Ni gambar Nazheem the Botak Boy
. Saya terpaksa ambil dari side ni sebab tak nak kacau tumpuan dia. Kalau kacau mulalah dia keluar bahasa sanskrit iaitu ‘egek’ dengan nada panjang haha. Itu kalau dah keluar memang saya tak dapat nak pi kerja.






















