make money with your web site

Category Archives: Motivation

Pemimpin Sepatutnya Berada Di Depan Bukan Di Atas

leadership Pemimpin Sepatutnya Berada Di Depan Bukan Di Atas
 

Assalamualaikum,

Hye saya kembali menulis.  Dah lama tak tulis pasal benda-benda leadership ni.  Pagi tadi masa saya tengah syok bawak kereta saya terfikir satu phrase.  Al maklumlah kereta takde radio so apa yang boleh saya buat memandu sambil berangan haha.  Please dont try this at home sebab bahaya.

Hati-Hati Sama Hati

aa gym 03 Hati Hati Sama Hati
 

Assalamualikum,

Siapa kenal gambar kat atas ni?  Sejak dua menjak ni saya setiap pagi tangan gatal nak tekan nombor 106 pada controller Astro.  Dah lama teringin tengok tapi asyik terhalang dengan godaan syaitan.  Tapi minggu ni boleh dikatakan hari-hari saya saya layan program dia.  Nama dia ialah Abdullah Gymnastiar dan rancangan dia yang saya layan ialah Bicarawara ‘Pembangunan Modal Insan’.  Dia ni merupakan pengusaha dan orang yang mendirikan Pondok Darut Tauhid kat Bandung (kira Bawel lah ni – Bandung Welcome).  Apa yang bestnya ialah cara dia berdakwah memang unik.  So nak tau unik ke tak korang layan jelah…Ala langgan Astro First boleh takkan tekan Astro Oasis pagi-pagi susah.  Nak tengok satu episod boleh ushar sini.

TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 5

ABG+KASSIM TIPS : UNDANG UNDANG PENULIS 5
credit to murai.com.my


Disebabkan update yang lambat,saya terpaksa mengeluarkan satu entri yang gila kow yang boleh dikatakan senjata terhebat suterablogger iaitu undang2 penulis.Tidak mungkin anda akan dapat cari serupa dengan nya di mana2 blog mahupun kedai rokok berhampiran.Carila kalau jumpa bagitau saya.Saya akan belanja di kedai mamak segelas air suam.Undang2 Penulis yang ke – 5 ialah “Resist Stereotypes,in Real Life and In Writing”.Saya tau korang mesti tak faham punya dan saya akan terangkan.Maksud ayat tadi adalah elakkan ataupun hindarkan dari buat benda yang kebiasaan dilakukan.Takpun bahasa pendeknya Berfikir luar dari kotak bukan luar dari barisan.kalau luar dari barisan mungkin korang akan kene maki sebab kawad tak ikut barisan ataupun bayar bil makanan kat kedai makan tak que up.Atau mungkin kene hon dengan kereta lain sebab potong barisan.hak3…

MELBEAN TIPS : UNDANG UNDANG PENULIS 5

Dalam situasi ni korang kene create satu benda baru dalam blog korang supaya berlainan dengan blog orang lain.Ni tak orang lain buat blog warna biru korang pun nak tiru…Alamak perli diri sendiri plak.Takdela maksudnya tulis something yang berlainan.Orang cakap style saya macam Mel memangpun sebab dia sifu saya tapi korang kene baca entri saya.Sama ke dengan dia??Lain ma!!!Mungkin persamaan nya adalah warna biru seperti yang eyriqazz bagitau.hak2.Kalau cara penulisan saya sama dengan Mel ada dua kemungkinan akan berlaku iaitu :

a) Visitor saya akan bertambah banyak sebab semua visitor dia pergi kat saya
b) Visitor saya akan jadi kurang sebab saya meniru

Tapi kedua2 kemungkinan itu tidak berlaku sama sekali di SUTREBLOGGER.Tak mungkin kerna sayang.hak2..Korang boleh tulis idea yang sama tapi elaboration tuh korang buatla ayat sendiri.Takpun kalau orang tengah hot cerita pasal kereta korang cerita la pasal pompuan sexy.Kan ke unik skit dari orang lain.Macam saya, saya suka tulis benda yang saya alami sendiri dalam blogging.Kadang2 ada skit pasal emo saya la kan sebab saya bukan malaikat.Tapi cara penceritaan saya lain skit.Macam sekarang orang sibuk cerita pasal “Blogwalking” saya ceritala pasal undang2 saya.Kalau Diorang dah abis cerita baru saya sambung.hak2.Lain kan.Kira boleh kata saya ketinggalan skit la…Tapi ada sebabnya saya ketinggalan.

Hm mungkin tu je kot yang boleh saya kongsi.Bukan kongsi gelap tapi kongsi terang.


p/s :

* Ni adalah pengalaman dan bukan cerita untuk riak takbur.Sila baca dengan hati yang suci sesuci lebaran.
* Kalau terlepas episod2 yang lepas boleh rujuk kat tips navi atas.Sebab Episod2 nya adalah lebih kurang macam cerita Nur Kasih yang ditayangkan seminggu dua kali je.Tak sama macam Senja Permai yang kita boleh tonton setiap hari.hak3

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG


Assalamualaikum & selamat pagi…

Dah seminggu saya pergi kerja naik bas.memang susah sebab kena bangun awal tapi takpe mungkin ada hikmah disebalik kereta rosak ni.Hari ni saya nak share dengan korang pasal link kat dalam blog.Saya tengok ramai antara kita yang takut nak kasi link kat blogger lain sebab takut traffik hilang pergi ke blog lain.Itu satu yang salah.Cuba ubah pemikiran blogging kolot yang macam tu.Kita jangan lah kedekut sangat kasi link kat blogger lain.Korang nak tau tak kenapa?Ok ni adalah sebab kenapa korang tak patut kedekut link dalam blog :

1) TRAFFIK DARI SEO

Simple je.Bila korang kasi link kat blogger lain secara tak langsung korang akan dapat sikit tempias traffik dari blogger tu.Kita ambil contohla kan,dalam dunia internet ramai orang yang ada sikap malas.Diorang biasanya akan guna Search Engine untuk search.Contohlah eyh dia search SUTERABLOGGER kat Google (sila lihat gambarajah ) :

sutera TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG
klik untuk tumbesaran sempurna

memang banyak yang keluar pasal SUTERABLOGGER tapi cuba korang scroll ke bawah,maka hasilnya akan jadi

aus TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG
klik untuk tumbesaran sempurna

Korang nampak tak itu entri bukan saya yang punya tapi Aus yang punya jadi tak mustahil kalau ada entri yang tersangkut disebabkan link dengan SUTERABLOGGER.

Contoh lain cuba taip Bean Moreno :

bean+moreno TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG
klik untuk tumbesaran sempurna

Sekarang korang nampak tak atas memang banyak artikel yang bean moreno keluarkan tapi yang anak panah tu entri sape?Siap ada entri baru kutuk saya lagi.Ces cikhel memang kejam…

2) FOLLOWER KITA TAK SEMESTINYA SAMA

Bila korang kasi link kat blogger lain.Tak mustahil korang akan dapat follower and visitor baru.Sebab apa?Mungkin ada sesetengah daripada follower kita orang yang sama tapi tak semua.Jadi dengan pendedahan kita untuk blogger lain or kasi link tak mustahil diorang pun akan bagi link kat kita.So bila dia kasi link kat kita mungkin ada follower dia yang tak kenal blog kita akan cuba masuk.So dah dapat traffik kat situ.Yang lagi best kalau follower dia jadi follower setia kita.So traffik berganda.Contohnya macam kes hari ni.Eyriqazz terjah saya then dalam entri ni saya banyak letak link dia.So win-win situation untuk kitorang.Sekarang faham tak?Kitakan orang Melayu,orang berbudi kita berbahasa.Cuma saya tak boleh la nak buat segmen terjah nanti ada orang cakap saya copycat idea Eyriqazz pulak.

Kesimpulannya janganlah kedekut link kat blogger lain.Tak jatuhpun pagerank korang kalau kasi link or buat review pasal blog orang lain.Setiap apa yang kita bagi kat orang lain akan dapat balasan setimpal.

p/s :

* Alamak panjanglah pulak entri ni.Tapi ilmukan takkan nak pendekkan nanti korang tak faham.So tolong baca dengan teliti

pixel TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG