make money with your web site

Category Archives: MENU

PROJECT ALPHA : BEAUTIFULNARA FOR THE ADIDAS OLE KO CHALLENGE


Hye Bean Moreno masih di sini menulis walaupun saya demam dan pening kepala.Tak tau kenapa tiba2 je badan lenguh2 dan tak larat.Rasa macam nak pergi kerja tapi takut tak boleh commit dengan kerja then nanti akan menyusahkan orang lain.Jadi Doakanlah saya sembuh cepat ye.Kalau tak sihat nak tulis benda happy2 memang susah sikit sebab kepala berat.

Ok,korang tau tak pada 21 May ni ada Pertandingan Futsal one-on-one Adidas OLE KO Challenge antara Blogger2 Project Alpha season 1 & season 2.Korang rasa siapa yang menang?Bagi sayakan yang menang pasti Beautifulnara.Korang jangan ingat dia beatiful tapi tak hebat main bola.Dia ni memang ada tokoh untuk main bola kat Old Trafford.Kalau korang nak tau dia pernah dalam dilema samada nak main untuk Man U ataupun tulis blog.Tapi dia terpaksa tolak offer Alex Ferguson sebab terlampau minat dengan dunia blog.

Walaupun team dia kalah main paintball dengan team saya masa Samsung Corby tapi bab2 bola ni jangan buat main.Setakat Shaolin Tiger tu selamba je dia gentel (tapi tak tau la gentel apa kan…persoalan di situ).Apa2pun saya mesti sokong mamat ni sebab dia adalah salah seorang sifu ataupun senpai saya dalam dunia blog ni (kira bodek sikit lah ni).Harap2 dia menang lah kan boleh open table.hak3…

Yang paling penting kepada semua peserta tolong jangan lupa ye.Bersukan tetap bersukan tapi kebersihan diri mesti mau jaga.Kalau tak duit ribu2 pun takde guna.So gunakanlah product Adidas ni :

week10b img PROJECT ALPHA : BEAUTIFULNARA FOR THE ADIDAS OLE KO CHALLENGE

JOM LAYAN VIDEO PROJECT ALPHA SEASON 2 :

EPISOD 18 :


EPISOD 19 :


EPISOD 20 :
EPISOD 21 :
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Catch the Project Alpha bloggers at the adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday 21 May at 7.30pm!

DUA BENDA BERMAKNA BAGI BEAN MORENO SEPANJANG MINGGU NI

Morning guys,si romantik ni kembali menulis.Semalam just boleh produce satu entri je sebab terlupa makan kismis doa.hak3…takde lah saya hanya terlalu busy semalam sampai kena buat OT.Nasib baik aiensepet balik lambat kalau tak dah tentu dia kebuluran kat LRT Taman Bahagia.Hoho (saya tak sekejam itu ye).Semalam ingat nak makan Pizza baru tu tapi apakan daya tak sempat.So hari ni akan membalas dendam sambil2 masuk kontest NuffnangPizza Hut.

Actually benda ni cerita kelmarin tapi saya tak tulis atas desakan nafsu yang memaksa saya tulis tips.Yelah korang kalau takde tips bukan nak bacapun entri dalam ni,hak3…Semalam saya dapat dua sampul surat.Biasanya saya dapat surat dalam mailbox (bukan email ye) saya akan terus buang,Tapi dua surat ni saya simpan.Nak tau apa saya dapat :

1) CHECK NUFFNANG

beanmoreno DUA BENDA BERMAKNA BAGI BEAN MORENO SEPANJANG MINGGU NI
Apahal hidung aku kembang sangat tuh.Amount tetap menjadi rahsia

Hm,dah dapat dah check Nuffnang saya.Kali ni on time.Maybe dulu2 saya cash out tak kena time yalah samalah macam nak pinjam duit tengah2 bulan baru mintak pinjam memang lah takde sebab semua tengah kering.Ni check ke -4 saya dengan Nuffnang.So orang kata rezeki kan.Ada lagi 2 cashout yang still pending (tu penangan orang yang tak sabar).Saya takde niat nak berlagak just nak kasi semangat kat korang je supaya berusaha untuk dapat kan sesuatu & tolonglah jangan sesekali korang pandang duit.Tulis dulu baru fikir duit.Bila korang fikir duit maka korang susah nak menulis.Duit tu akan block mentaliti korang.

2) KAD KAHWIN BLOGGER CUN AINA

IMG 0621 DUA BENDA BERMAKNA BAGI BEAN MORENO SEPANJANG MINGGU NI
cantik tau card ni

Apa2pun thanks to Cik Aina sebab sudi hantar card ni untuk saya.InsyaAllah saya akan attend sebab tempat tak jauh dari rumah mak saya.First time makan nasi minyak golongan blogger2 ni.Saya pernah jumpa Cik Aina ni sekali je masa main Paintball tapi tak dapat nak beramah mesra sebab time tu terlalu ramai.

Oklah actually ni nak isi masa apang sebelum kena present dengan pihak MQA.Nampak gayanya turn saya dah hampir tiba so kalau sempat saya akan post entri baru petang lepas solat Jumaat.Chow…

p/s :
- Dengar cerita ramai yang nak tukar domain?Betul ke?
- Doakan saya dapat buat terbaik untuk MQA ni sebab mungkin ni kali terakhir saya akan buat MQA visit untuk kolej ni
- Gila ke nak buang dua2 benda ni dalam tong sampah!hak3

TIPS : APA YANG SAYA BELAJAR DARI NUFFNANG


Selamat malam guys,mungkin ni entri akhir untuk malam ni.Saya baru je balik dari jumpa client kat McD.Terpaksa tinggalkan aiensepet sekejap untuk mencari rezeki.Bukan sebab saya tak romantik tapi sebenarnya romantik itu tak semestinya ditunjuk dengan harta mahupun wang ringgit.Cuma aiensepet je yang tau betapa romantiknya saya.

Oklah macam yang korang nampak kat sidebar,header dan juga atas post saya.Semuanya Nuffnang yang dah berhenti menari.Adakah saya meratapi pemergian tarian iklan.Owh tidak lagi sekarang sebab itu perkara yang kurang penting dan ia membuatkan saya ingin belajar lagi.Semakin kurang tarian semakin saya mencari cara (bukan terkejar2 ye).Entri kali ni saya nak cerita sepanjang dua tahun saya ngan Nuffnang apa yang saya belajar :

1) BERSABAR
Ramai orang yang tak sabar.Semua nak income cepat termasuk saya.Yelah sekarang takde duit macam mana nak tempuh hari esok.Ramai orang bila pasang iklan Nuffnang nak earning naik cepat.Hari ni pasang esok dah harapkan dapat RM50 untuk cashout.Hm,tak boleh macam tuh.Tapi adalah cara dia macam mana nak dapat duit dengan Nuffnang.Kita kena ingat ni bukan bisnes jual Bio_Aura ok.So perlukan kesabaran untuk earning.Pastuh ada pulak yang dah cashout tak sabar nak dapat tiket.Bila tak dapat cakap Nuffnang SCAM.Hoho…Jadi kata kuncinya ialah SABAR.

2) KERJA KERAS DAPAT BANYAK KERJA SIKIT DAPAT CIPUT
Benda ni memang penting.Kat mana2pun sama je termasuk alam pekerjaan.Sebagai contoh,korang buat marketing so maknanya korang kena;ah jumpa orang.Lagi ramai lagi banyak sale.Sama dalam blogging nak hasil yang best kenalah kerja keras sikit.Dalam Nuffnang kalau korang nak buffered bukan takat hantar email then berharap je.Kita kena menulis bila kena ngan Keyword baru dapat buffered.Ok,ada faham?


3) KESETIAAN MEMANG BERBALOI
Sebelum ni saya asyik terfikir yang paste coding Nuffnang amat menyakitkan hati.Sebab duit naik perlahan.Then mula cari ads company yang masyuk skit.Tapi tak berjaya.Tapi bila stay lama sikit ngan Nuffnang baru saya nampak cara sebenar dia.Dia ibarat macam kita guna Celcom BLUE.Ada bonus SETIA bak kata Rita Rudaini.Lagi lama kita guna lagi best.Yelah ada ke ads company lain yang kasi adiah,tiket wayang, dan event.Ada innity kasi semua tu.Takde der.Jadi apa kejadahnya saya nak tukar.Lupakan yang lain.Ramailah yang dulu blah dari Nuffnang tapi sekarang terhegeh2 paste coding Nuffnang balik.Apasal tukar?Tanya tuan punya badan.hak3…


So rasa 3 cukup kot.Banyak lagi sebenarnya tapi memandangkan hari sudah larut malam mata makin kuyu.Bila dah kuyu bantal asyik sebut nama manja saya je ajak bersantai.So renung2kan dan selamat berblogging.

p/s :
- Ingat tujuan asal kenapa korang semua berblogging maka akan jumpa lah apa yang korang cari
- Kalau traffik jatuh just biarkan sebab kalau korang dah usaha tapi still tak dapat apa yang korang cari itu ketentuan

MOOD KERJA KE LAUT…TAPI MOOD BLOGGING MASIH DI TEPIAN PANTAI

Salam guys,late entri dari Bean Moreno sebab tetiba bos panggil saya untuk bekerja hari ni (uiks bukan digantung 14 perlawanan ke?).Takpelah at least ada kerja lagi kan.Saya jadi pelik bila dia panggil saya datang balik kerja.Jadi disebabkan saya dah lama bercuti (baru 4 hari lah Bean),maka mood bekerja masih kelaut macam nelayan gi cari rezeki.Ombak (bukan Ong Bak ye) kemalasan mengganggu emosi saya semasa bekerja.Tapi saya mesti siapkan kerja saya semua.
Mood blogging masih hangat tapi berada di tepian pantai sebab kerja dan blogging adalah satu benda yang berbeza.Lebih2 lagi bila dah cashout (ooops pecah rahsia sudah).Yang best earning untuk “Project Alpha” saya dah received semalam.Makanya saya masih boleh cashout lagi next week sebab dapat earning Gatsby hari isnin depan (wah senangkan jadi blogger).So siapa yang masih belum check earning “Project Alpha” week 6 sila check ye.Yang tak dapat jangan ambil hati dan jangan putus asa sebab saya tau perasaan putus asa itu sama macam perasaan putus tunang (uiks ye ke?).
Pada yang terasa ngan entri saya semalam saya mintak maaf sebab saya takde niat nak sakitkan hati siapa2.Itu just peringatan untuk saya dan korang je bahawa kalau kita tak usaha tapi berangan je lebih memang takkan jadi.Yelah nak jadi macam Redmummy bukannya senang kalau kita just cakap je.Awal2 dalam blogging memang kita kena buat something special untuk blog kita,kalau tak memang kita takkan nampak result.Yang penting biar lambat naik, janji rock (oops!!!).
Nak cerita pasal awal2 saya blogging.Saya start dengan zero knowledge.Nak tengok earning Nuffnang naik sebulan sekalipun susah.Bila buka akaun Nuffnang je perasaan ingin bunuh diri selalu menganggu emosi.hak3…Patuh nak dapat visitro mak aiyh punyalah susah.Setiap hari check mesti bawah 50 unique.Tapi sekarang tidak lagi.Tiap2 minggu dah boleh cash out.Visitor ada lebih sikit la kan.Perbezaan Bean Moreno sekarang dan dulu ialah Bean Moreno yang sekarang dah faham apa itu “Blogging”.Dan takkan stress dengan visitor mahupun earning sebab semua tu adalah rezeki dan hasil usaha.Macam hari ni saya update lambat dan tak konsisten,hasil dia memanglah visitor sikit.So redha jelah.
Jadi kepada blogger lain jangan terlalu taksub sangat dengan earning sebab tu semua bergantung pada hardwork korang dan strategi yang korang pasang untuk blog korang.kalau malas so faham2 jelah ye.Jadi kalau korang pasang angan2 nak jadi Redmummy the second jadilah macam dia sebelum Redmummy tu famous.Ingat What You Give You Get Back

p/s :
- Saya tak nak jadi Redmummy tapi saya nak jadi Kenny Sia.Boleh?

BLOGGING BOLEH BUAT AKU KAYA!!!

Selamat petang semua,cuba teka saya ada kat mana sekarang ni?Best,lepak kat sini…Saya bersiaran langsung dari umah blogger popular Haslina Harun.Kalau korang tak kenal silalah kenal2kan diri sebab “Kakak” ni sudah bertukar domain.Yaey!!!Tahniah Kak Ina dengan domain barunya.Apa yang bestnya ialah saya boleh buat macam rumah sendiri dan kak ina masak untuk saya…Sedap.Umpama Upin & Ipin nampak ayam goreng…hak3…

Oklah hari ni tersebarlah rahsia semua blogger dan ramai orang tau yang blogging boleh buat duit.Mesti lepas ni kakitangan kerajaan terutama askar berhenti kerja dan duduk rumah tulis blog.Yelah kalau tulis blog dah boleh buat RM10K buat apa lagi nak duduk office dan berkawad tengah panas.Betul tak?hak3…Habis siapa nak pergi berperang?

Redmummy sekali lagi masuk surat khabar dan headline dia “Jadi Mewah Tulis Blog”.Bila keluar je artikel tu ramai yang sibuk2 nak update blog padahal sebelum ni update setahun sekali (itupun just masukkan gambar raya).Lepas Redmummy keluar surat khabar je ramai blogger yang sibuk hias2 blog padahal sebelum ni template selekeh grunge je.Dan yang bestnya bila Redmummy keluar surat khabar ramai orang yang sebelum ni tak tau apa itu blogging dan bukak akaun blogspot semuanya sebab nak jadi macam Kak Red.

Semua orang nak jadi macam Kak red.Semua orang nak dapat duit macam Kak Red.Padahal dulu mengutuk blogger cakap buat blog itu sia2.Saya tak salahkan korang kalau korang ada impian nak jadi macam Kak Red sebab itu tak mustahil.Tapi sebelum korang berkata yang korang nak jadi macam dia adakah korang tau : 
1) Apa yang dia dah buat sampai dia boleh jadi macam tu?
2) Berapa lama dia ambil masa untuk build & brand kan nama Redmummy?
3) Apa effort yang dia dah buat?
Apa yang orang nampak ada Redmummy sekarang adalah usaha dia yang tak pernah kenal erti susah dan masih berusaha sampai sekarang.Sanggup ke korang nak update sehari sampai 3 or 4 entri.Kalau tak sanggup so lupakan jelah eyh.Sebab orang yang update blog selalupun masih terkial2 nak dapatkan check dari Nuffnang.So kata kunci kat sini kalau korang nak jadi macam dia,korang kenalah buat apa yang dia buat sebab dalam blogging memang takde short cut.

Memang flow chart blogging akan jadi macam ni :

1) Budak sengal yang baru pandai taip entri
2) Blogger cap ayam yang blogwalk dan update entri untuk kasitau dia tu blogger
3) Blogger biasa yang sedang belajar Blog + Idea = DUIT
4) Blogger matang yang menaip entri,berkongsi dan mencari popularity
5) Blogger popular yang sentiasa bersama advertiser
6) Blogger hebat yang ada income

Kita memang kena lalu flow kat atas kalau kita nak jadi macam Redmummy.Kalau korang ada jalan pintas sila bagitau saya sebab sayapun nak try.Manalah tau berjaya boleh kaya sama2.Betul tak?Maka dengan akhirnya entri ni harap2 korang boleh berfikir apa yang patut korang buat.Sebab angan2 tanpa usaha memang takkan menjadi.So Stop Dreaming Without Action.

p/s :
- Congrats to Kak Red sebab berjaya buka mata umum
- Sayapun teringinlah jadi macam Kak Red yang berjantinakan lelaki.hak3
- Tips dari Kak Red boleh refer sini

MOVIE : DATE NIGHT


Morning guys,Bean Moreno menulis lagi untuk korang baca pada pagi ni.Wah cara tulis dah macam superstar takpun macam writer hiburan surat khabar.hak3…Saya ada dapat satu surprise dari Melromeo tapi still tak boleh nak applikasikan sebab masa terhad.Mungkin lepas saya inreview saya akan masukkan dalam blog.Terasa best bila ada rockstar writer tolong saya dalam blogging.

Semalam dapat satu invitation lagi dari Nuffnang.Apa lagi kalau bukan screening movie.Dua hari berturut2 gi tengok wayang.satu rekod baru dalam hidup penulis newbie macam Bean Moreno.Anyway thanks kat Nuffnang sebab sebtiasa bagi saya tengok wayang (maka save lah budget untuk tengok movie setiap bulan). Semalam saya pergi tengok cerita “Date Night”.Wayang start lambat sebab ada masalah teknikal.Nasib baiklah Rob Chew ada buat lawak sampingan sebelum screening.hak3…

Ok macam biasa saya bagi korang tengok dia punya poster dulu ye :


date night xlg MOVIE : DATE NIGHT


Sinopsis cerita ” Date Night” :

Cerita ni mengisahkan tentang satu pasangan suami isteri yang memang bahagia dan memang sibuk pasal kerja je.Setiap pagi akan dibuli oleh anak2 mereka yang comel.Ada sahaja benda2 lawak akan jadi.Satu hari diorang merancang untuk keluar date bersama dan makan malam di satu restoran mahal dan terkenal tanpa buat reservation (uiks selamba katak je.ingat restoran bapak ko?).Bila sampai je kat restoran tuh table semua fullbooked tapi disebabkan sikap romantik dan tidak berputus asa si suami diorang tunggu jugak.Masa tengah tunggu tu si suami terdengar ada satu nama (Triplehorn) yang dah reserve table tak datang lalu menyamar jadi orang tuh.

Maka diorang berjaya masuk ke restoran tuh dan makan malam kat situ.Tapi satu perkara yang tak dijangka telah terjadi masa diorang tengah sedap berpacaran (wah bahasa Indonesia),Diorang tak tau nama yang diorang gantikan tu adalah pasangan yang memang tengah dicari oleh kumpulan jahat sebab telah mencuri rahsia.So orang jahat telah salah sangka dan anggap diorang yang curi data tu.Jadi bermulalah satu dimensi dating yang memang sangat cemas.Tapi untungnya diorang ni dikurniakan otak yang pandai maka terjadilah aksi2 dan alasan2 yang sememangnya boleh menyelamatkan diorang pada malam tuh.

Untuk cerita lanjut yang best,korang pergilah tengok cerita ni sebab memang kelakar.Sama jugak macam cerita semalam memang dari awal sampai habis ada je benda nak ketawa.Bayangkan aiensepet yang dah penat (baru balik dari kerja) pun boleh tergelak2 tak nak berhenti.

Date Night Screen shot :

95915 on the set steve carell and tina feys date night MOVIE : DATE NIGHT
Sebelum pergi dating

2010 date night 004 MOVIE : DATE NIGHT

Bila terdesak perempuan pun akan jadi kuat

2010 date night 012 MOVIE : DATE NIGHT
Hanya mamat ni je boleh tolong diorang.Tapi dialog time ni memang best

Date Night Photo MOVIE : DATE NIGHT
Dahla kereta mamt tu diorang rembat.Bajupun kena sapu

RATING 4/5 BINTANG

p/s :
- Cerita ni memang lawak.So pergilah tengok untuk release tension
- Nak siap2 pergi interview.Doakan saya berjaya eyh
- Ni yang buat saya sayang kat Nuffnang.So Innity lebih baik ko lupakan aku!
- Gambar credit kepada Mr Google

pixel MOVIE : DATE NIGHT