make money with your web site

Category Archives: MENU

SELEPAS OH! MEDIA KENA HACKED, KINI GILIRAN EYRIQAZZ

SELEPAS OH! MEDIA KENA HACKED, KINI GILIRAN EYRIQAZZ

Salam guys,

Macam mana hari ni? Harap korang tak bermasalah tapi kalau bermasalah jugak saya sarankan korang layan lagu Lenka untuk cool kan diri korang.  Tolong jangan layan lagu-lagu punk sebab korang akan jadi lagi serabut.

Ada dengar berita tak yang Facebook Oh! Media kena hacked.  Apahal ntah ni semua mungkin kes dengki ataupun nak try ilmu santau cyber yang depa baru belajar kot.  Ok kita tolak tepi pasal Oh! Media kang tak pasal-pasal minah ‘sisi’ datang sini ugut nak saman.  Sekarang saya nak cerita yang blog kawan saya digodam.  Kenal Eyriqazz? Siapa tak kenal memang korang betul-betul nooblah haha.  Tadi nak try lah masuk blog dia tetiba…

Eyriqazzkenahack SELEPAS OH! MEDIA KENA HACKED, KINI GILIRAN EYRIQAZZ

Yes! Akhirnya down jugak blog Mat Tiger ni.haha…Tak percaya cuba masuk sekarang.Oooop sorrylah saje je menyakat Mat Tiger ni. Actually mana ada kena hack pun yang tak boleh masuk saya sorang je rasanya sebab firewall office ni ada setting.  Tapi apa yang peliknya blog orang lain ok je blog dia je dikategorikan sebagai advertisement mungkin firewall ni ingat Eyriqazz jual produk kecantikan kot.

Lagi satu saya utarakan benda ni bukan sebab nak bagitau, tolonglah jangan kata saya blogwalk just nak shout je beb.  Saya tak dapat nak komen blog korang kalau kat office sebab kat sini memang block facebook & blogspot.  So please jangan labelkan saya selaku blogger sombong ye.

eyriqazz 1 SELEPAS OH! MEDIA KENA HACKED, KINI GILIRAN EYRIQAZZAnyway just nak ucap tahniah pada Eyriqazz sebab berjaya masuk Flavour of The Month dalam Nuffnang Community.  Bukan senang nak dapat masuk situ sebab hanya yang bermisai panjang je boleh.  So kalau nak tips boleh call direct dia ni no dia…

Haha ingat senag saya nak reveal no orang kalau nak sila cari no saya dulu ok saya PA dia sekarang.

p/s :

Bila tengok gambar Eyriqazz tu rasa macam nak potong je misai dia hahaha…

Bantu saya untuk tewaskan Mat Tiger dalam perlumbaan.

PERCINTAAN ONLINE | NUFFNANG PUNCA MEREKA BERPUTIK

PERCINTAAN ONLINE | NUFFNANG PUNCA MEREKA BERPUTIK

e love PERCINTAAN ONLINE | NUFFNANG PUNCA MEREKA BERPUTIK

Salam guys,

Ok fine saje bukak topik ni sebab saya tengok ramai yang berjaya harungi situasi bercinta online.  Persoalannya sekarang sekuat mana hubungan percintaan online ni? Mungkin ada ramai yang pangkah kenyataan yang cinta online ni kekal lama.  Tapi bagi saya banyak bukti yang percintaan online ni boleh sampai ke jinjang perkahwinan.

Kalau nak ikutkan sayapun pernah alami percintaan online ni.  Ni zaman-zaman MiRC tengah top dulu.  Saya berkenalan dengan sorang awek dalam satu #skinheads.  Time ni budak lagi umurpun baru 20 tahun.  Even saya dengan minah tu bercinta tak sampai setahun tapi rasa gaklah nikmat bercinta tu (sila jangan negatif dengan ayat ni).  Masa tu skinhead so cinta takde maknapun bila hilang maknanya hilang so takde nak cari-cari balik.  Lagipun minah tu anak orang kaya so apalah makna mamat skinhead pada dia kan.

Tu pengalaman saya,  tapi yang syoknya kawan-kawan blogger saya ada jugak yang alami benda yang sama dan kira dah satu tapak nak masuk alam berbeza. Kalau sebut pun memang korang akan tau siapa.  Meh saya bongkar sikit :

1. Anak Perak & Redlinda

5677916631 48cbe6bec9 PERCINTAAN ONLINE | NUFFNANG PUNCA MEREKA BERPUTIKGambar gua rembat dari redlinda punya blog

Siapa tak kenal Anakperak dan siapa tak kenal Redlinda.  Dua blogger yang memang aktif.  Anakperak ni dah banyak tolong saya dari zaman blogspot sampai selfhosted.  Kalau takde dia dah tentu tak jadi hosting ni.  Kalau tak silap dua-dua blogger ni start bercinta time kat Blogger Gath Gatsby tahun lepas.  Tak taulah kalau si anakperak ni dah ushar linda starting layan shoutbox kan.  Cuba korang bayangkan nanti bila kawin apa hantaran yang Anakperak akan kasi pada Linda.  Saya just dapat bayangkan dia akan bagi pakej upgrade hosting lepas tu belikan template premium wordpress.  Hantaran pakai check HSBC  (haha siapa faham sial ketawa).

2. Chearmster & Anne Boleyn

IMG 1644 thumb1 PERCINTAAN ONLINE | NUFFNANG PUNCA MEREKA BERPUTIK

Ni lagi satu pasangan blogger yang dah one step closer ke alam perkahwinan.  Chearmster ni saya kawan sekolah saya dan memang gila gadget.  Asal ada phone baru memang dia akan sawan.  Anne Boleyn saya start kenal dari Gatsby jugak.  Kalau tak silap depa ni start berputik lepas event nuffnang Maxis Om Nom Nom.  Mungkin terlebih makan kot kat Thai Base tu yang boleh sangkut.  Ataupun diorang dah start bersuap masa kat Fish Dancing?  Curiga gak ni haha…  Mungkin Anne Boleyn tak susah nak kasi hantaran just bagi satu vlog then blackberry 9900.  Yang chearmster pun tak susah just bagi speaker Sonic Gear yang paling mahal pun ok haha…

So pada mereka yang ada pasang niat nak ngorat dua blogger ni sila hentikan langkah anda sekarang.  Jangan masamkan darah mereka.Hoho…Anyway tahniah pada 2 couple blogger ni yang dah selamat bertunang.  Hope korang akan sampai pada matlamat korang iaitu KAHWIN!  Jangan lupa ajak eyh…

 

p/s :

Actually tak kiralah online ke bertemu masa sekolah ke janji kita ikhlas benda tetap akan jadi.  Orang kata jodoh tak ke mana.

Bantu saya untuk tewaskan Mat Tiger dalam perlumbaan.

GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE

GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE

discoskating GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE

Salam guys,

Mesti korang pelik apagal tetiba dah bertahun tak berblog dalam English tetiba semalam ter’publish’ entri omputihkan. Ala biasalah cari makan lagi pun tetiba je teringin nak menulis dalam ompuith tah kisahlah kalau berterabur pun. Semalam kami ahli GPlusMY ada buat aktiviti iaitu ‘Disco Skating’. Jangan risau ni bukan disco yang kat Jalan Dorai tu ni main skate dalam suasanan lagu disco. Kitorang pi main benda ni kat ‘The Wheels’ yang terletak kat Subang Avenue. Kalau tak tau boleh ushar Google Maps.

Sebenarnya saya kalau nak cakap hebat tu takde lah tapi boleh lah kalau takat nak skate dengan pantas takde hal (ni cite masa saya umur 8 tahun).  Tapi selepas 20 tahun bersara maka skill tu dah takde so terpaksa bermula dengan memegang besi tepi jalanan haha.

223304 184593641593593 120771664642458 539482 3150804 n GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE

Amacam macho tak? Nampak macam saya berdiri tanpa sokongan kan.  Anda silap sebenarnya saya sedang gunakan besi belakang sebagai support untuk berdiri thanks to cameraman yang hebat berjaya tolong cover.  Ini kalau suruh Mail Lambung pun belum tentu dia boleh berdiri tak.  Antara yang datang hari ni ialah :

mesha GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE

Ni saya panggil Mr President sebab dia memang president untuk GPlusMY.  Sila jangan tengok cara ikat kasut sebab itu salah.  Saya main tibai je sebab tak sabar nak main.

215819 184594138260210 120771664642458 539514 1747891 n GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE

Cik Lily yang memang kalau event asyik-asyik muka dia je yang ada.  Memang aktif dia ni.  Dan ada satu ET wujud dalam kelab kami iaitu :

ngedatecikepal GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE

Ntah macam mana si Epal ni boleh wujudkan.  Jumpa je macam-macam dia tanya dah macam reporter dah minah ni.  Ni ada rahsia besar pasal minah ni dia merupakan seorang pemakan makanan yang hebat!

So selepas bermain skate 2 jam 15 minit kitorang pun angkat kaki lambung.  Tapi sebelum tu semua kena completekan task iaitu pergi ke podium then ambil group photo.  Bagi saya no problem sebab time tu skill yang hilang 20 tahun tu kembali menyinar… maka terhasillah gambari ni :

216504 184594231593534 120771664642458 539522 6463176 n GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE

Di situ ada Elwyn dan Xinxian (fresh)

Anyway thanks to Nuffnang yang payung tiket masuk sini.  Dah lama tak beriadah macam ni so sesekali bersukan memang syok even sukan ni actually sukan orang malas.

p/s :

Walaupun nama dia disco skating tapi tiada arak di jual di dalam. Bagusnya…

Tolong saya untuk potong Mat Tiger dalam Race kereta

TEMPEK IKLAN NUFFNANG ITU MERUGIKAN

TEMPEK IKLAN NUFFNANG ITU MERUGIKAN

Nuffnang Logo TEMPEK IKLAN NUFFNANG ITU MERUGIKAN


Salam guys,

Dalam seminggu ni isu yang paling hangat ramai blogger yang korang panggil ‘otai’ dah berhijrah dari Nuffnang pergi ke ads company lain.  Saya dah tak heran dengan situasi ni sebab dulupun depa dah pernah buat macam ni pun. Pindah ads company ni dah sama dah macam ahli politik yang suka-suka pindah parti.  Asal tak puas ati je masuk PKR.haha… Pastu ramai jugak yang tanya saya ‘Bean awat ang still dengan Nuffnang?’.  Jawapan saya senang je iaitu ‘Duit itu perkara terakhir yang aku nak dalam blogging’.

Actually benda ni semua bergantung pada hati masing-masing.  Lain orang lain persepsi dan lain orang lain kemahuan.  Saya tak nak kutuk ataupun kondem sebab itu hak masing-masing. Tapi biar saya bagitau korang Nuffnang adalah satu syarikat, so bila syarikat mesti ada strategi kan sebab kalau takde strategi macam mana nak untung.

Entri ni bukan saya nak backup nuffnang ataupun apa lah kan. Ramai yang merungut traffik tinggi tapi tak dapat buffered tak dapat advertorial sebab tulah mereka berhijrah.  Ya memang traffik korang tinggi tapi ada korang fikir tak dalam content korang ada tak keyword yang advertiser cari? Contohlah eyh takkan lah blog korang cerita pasal kereta tetiba advertiser barangan kecantikan nak advertise dalam blog korang.  Mestilah dia bagi iklan kalau blog korang ada berkenaan dengan diorang.  Samalah macam iklan TV kalau korang perasan iklan akan keluar mengikut rancangan apa yang ditayangkan.  Takkanlah masa cerita Drama Swasta tetiba iklan minyak kereta keluar dan takkanlah masa raya iklan pasal chrismas lak keluar kan.  Itu adalah lojik advertising punya marketing.

Tengok dah terbukak pulak rahsia pasal nuffnang (so tak payah susah-susah beli ebook rahsia Nuffnang).  Jadi nampak tak kenapa traffik kome tinggi tapi tak dapat buffered. Bukan Nuffnang kedekut cuma kita je yang tak faham konsep advertising.  Ya mungkin kita ‘otai’ blogging tapi tak semua benda kita tau.  Setakat ni saya rasa saya tak pernah lagi tak dapat buffered so far ada je even satu. So kalau korang tanya saya ‘Rugi tak join Nuffnang?’ jawapannya ‘Ya memang rugi join nuffnang kalau kita tak faham konsep.  Tak guna kita nak komplen sebab benda isu macam ni memang ‘Never Ending Story.’

p/s :

Kita boleh bangga diri kita dianggap otai,  tapi adakah panggilan otai itu menandakan kita tahu segala?

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

TIPS : BLOG PERSONAL BOLEH UP KE?

BLOG PERSONAL BOLEH UP KE? | TIPS BLOGGING

Persoalan pada tajuk entri ni.Ramai jugak yang tanya soalan ni sebenarnya.Kalau nak ikutkan akal fikiran dan darah muda saya memang tak dapat nak jawab.Ramai yang cakap,jenis-jenis blog yang boleh up adalah di kalangan blog-blog hiburan, ataupun public blog.Ada pulak yang cakap kalau nak up kan blog senang je tulis je tips dengan tutorial.Ya itu adalah sebab-sebab kenapa blog itu boleh naik.

Jadi persoalannya adakah personal blog tak boleh naik?Betul ke blog-blog yang bergenre (halamak dah macam artikel ROTTW plak) personal ni susah naik?Korang rasa susah ke senang?Jawapannya kalau nak dibuat perbandingan dengan public blog memang susah sikit Personal blog nak lawan sebab personal blog agak kurang keyword.Tetapi jangan terlalu negatif ye.Sebenarnya ada cara yang kita boleh guna untuk jadikan personal blog tu meriah dengan traffik dan orang kenal.

Korang nak tau macam mana kan?Senang je.Kalau sayalah kan saya akan buat macam ni :

1) KAITKAN ENTRI PERSONAL DENGAN READERS

Walaupun kita tulis pasal personal,pasal apa yang kita makan,apa yang kita minum ataupun kita pergi bersiar-siar tak semestinya kita tak boleh kaitkan dengan readers lain.Yelah kalau kita tulis meleret je then readers tak dapat feel macam mana diorang nak baca.Cuba korang bayangkan budak2 AF8 menyanyi lagu sedih tapi kat muka diorang happy then senyum sampai nampak gigi apa yang korang rasa?Ada tak rasa macam nak bagi tendangan gaya pengemis peringkat ke-8?Jadi pandai2 lah eyh.Satu lagi sila wujudkan persoalan dalam entri tersebut.Ada faham?

2) UBAH GAYA PENULISAN

Sebab tu ramai orang2 yang dah berjaya dengan Nuffnang cakap tumpukan pada penulisan dan duit akan datang kemudian.Walaupun kita tulis pasal apa yang kita buat harian tapi gaya korang tulis entri tu best tak mustahil ada yang baca.Tak semua readers baca entri untuk cari info,kadang2 diorang stress bekerja diorang nak jugak baca entri yang santai or kisah hidup orang.Yang lebih menariknya kalau ramai Ahli Mesyuarat Tingkap (AMT) memang keje diorang baca entri personal je.Jadi dengan gaya penulisan yang tak berat mungkin korang boleh attract diorang baca.

3) USHA KEYWORD PANAS

Ni satu teknik yang best.Korang nak buat entri personal dengan keyword panas pun tak jadi masalah tapi kalau boleh elakkan guna bahasa lucah ye.Alim Ulama kata tak berkat.Macam mana korang nak masukkan keyword panas?Simple je tak semestinya korang nak dapat hits pasal AF8 korang kene tulis satu entri AF8.Cuba dalam entri korang selitan sikit perkataan tu.Tengok mesti ada traffik yang drive ke blog korang.sebagai contoh ayat ni :

“hari ni saya pergi ke The Curve tetiba ada seorang mamat ni nak mengorat saya.Muka Hensem macam Iwan AF8 tapi suara memang foul.Taulah saya ni memang cantik macam Adira AF8″

Tu contoh jelah.Korang pandai-pandai lah olah ayat sendiri.Yang penting jangan kutuk–kutuk tak baik ye…

4) BUAT BLOG TU JADI CHAM

Ni bukan nak cerita pasal kumpulan lawak Cham tu.Cham maksudnya campur.Apa,tak pernah dengar?Korang betul-betul bukan mat rempit sejati lah.Ni adalah cara terakhir kalau korang tak nak buat 3 cara di atas.Maksudnya korang pelbagaikan entri dalam blog.Kadang-kadang cerita pasal personal,kadang-kadang buatlah entri open yang mana orang tengah cari or boleh dibincangkan.

Ni jelah yang saya nampak buat masa ni.Nak kasi banyakpun nanti korang muak nak baca.Takut ada pulak yang masuk ICU termuntah sebab baca entri dalam blog ni.Saya ni takde bagus sangatpun cuma sharing apa yang saya nampak dan buat.Terpulang pada korang nak buat ke tak?

p/s :
* Sorry ni entri lama saya modify sikit sebab hari ni agak busy so nak share benda yang dah ada tapi korang malas godeh.hak3…

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang…hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011…TAHUN INI TAHUN ARNAB

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011…TAHUN INI TAHUN ARNAB

Selamat tengahari,

Saya rasa still belum terlambat untuk saya ucapkan Happy Chinese New Year untuk semua blogger yang berbangsa Cina terutama sekali to all Nuffnangers such as Audrey, Huai Bin, Tian Chiad, dan ramai lagi yang bernaung bawah Nuffnang.Ooops terlupa pulak untuk nuffies macam Rob, Fresh, Michele, Jestina dan ramai lagi yang bekerja keras menjaga duit-duit kami, event dan juga campaign untuk blog.hak3…Jangan lupa saya baru cashout sila send paling cepat yang mungkin…Thanks to all of you for the hardwork…Hopefully lepas ni boleh kasi advertorial lebey skit ok…

Tadi tengah bosan-bosan lepas alter Yied punya banner saya terdesign satu artwork untuk tahun baru cina.Just a simple artwork from a simple blogger like me

CNY2011 SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011...TAHUN INI TAHUN ARNAB
Artwork : Rabbit 4 CNY



Takde masa nak buat gempak-gempak.Macam yang kita tahu tahun ini ialah tahun arnab.So semalam saya try tanya kawan-kawan saya apa istimewanya tahun arnab ni.Diorang cakap tahun arnab adalah tahun yang sesuai untuk buka satu bisnes baru.Lepas ni siapa yang kerja kat SSM mesti lenguh tangan lah sebab ramai yang register company baru…


Oklah tu je nak mention and anyway …

HAPPY CHINESE NEW YEAR AND HAVE A PROSPEROUS LIFE 
pixel SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011...TAHUN INI TAHUN ARNAB