AKU TAK BOLEH NAMPAK KIBLAT ALLAH DENGAN DUIT
Salam guys,
Jangan salah faham dengan tajuk. Saya tetiba rasa diri ni macam semut je lepas tengok satu video yang Pojie letak kat blog dia. Pojie sorry tak komen sebab sini blogspot tak boleh access. Anyway ramai dikalangan kita yang tak sedar diri dan anggap kita hebat, kita bagus. Apa yang kita buat semua betul. Kitalah pemimpin, kita yang berkuasa tapi serius kita masih belum ada satu sifat yang mana sifat tu ada dalam pakcik ni. Jom ushar video dulu…
VIDEO 1
VIDEO 2
Amacam? Ada lagi mau riak dengan apa yang kita ada? Ada lagi yang mahu buat demonstrasi bodoh! Sedangkan orang yang korang pandang rendah dan hina pun faham apa itu keamanan dan bersyukur dengan apa dia ada sekarang. Ni yang belajar tinggi-tinggi pakai blackberry tak faham dan tak bersyukur dengan apa yang dia ada. At last dapat ke korang apa yang korang nak.
Bila kena tegur mulalah nak cakap pasal hak asasi menusia dan kehidupan. Tapi bila berhimpun buat chaos kat jalanan kacau perniagaan orang kacau masa leisure orang tu korang rasa tak kacau hak asasi orang lain. Kalau nak buat sangat chaos jadi Punk lah weyh! So tengok video atas ni dan korang muhasabah lah diri ye. Kita ada agama dan kita ada tuhan. Ingat kita tak boleh nampak kiblat Allah dengan duit!
p/s :
Kadang-kadang orang yang macam ni diberi kelebihan dari Allah. Sebab tu manusia ni ada kelebihannya.
JAGALAH LIDAHMU KERANA ITU ADALAH KUNCI KE SYURGA

Salam guys,
Jumaat datang lagi, adakah minggu ni lebih baik dari semalam? Kalau lebih baik ‘juice for you’ tapi kalau tak kita usaha sama-sama kasi betulkan apa yang kurang. So hari ni saya nak gunakan blog ni untuk mengingatkan korang dan diri saya sendiri (halamak dah macam ustaz masa kat MRSM Terendak plak) supaya ingat yang kita hidup ini atas ihsan dari Allah.
First of all tajuk enrti kali ni bukan pasal kesihatan ataupun tips nak menjaga lidah. kalau korang nak tips kesihatan boleh masuk blog Darkbatman sebab dia adalah personal trainer untuk gym haha. Ok tajuk hari ni ialah Jagalah Lidahmu Kerana Itu Adalah Kunci Ke Syurga. Sebelum start jom kita tengok satu hadith yang saya rasa menarik :
Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : ” Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. ” Jawab Nabi SAW : ” Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. ” Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? ” Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah . ” Sabda baginda : ” Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. ” Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? ” Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah. ” Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : ” Awas, jaga ini baik-baik. ” Aku bertanya : ” Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? ” Baginda lalu menjawab : ” Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. ” Sumber Hadith 40
Apa yang korang dapat daripada hadith ni? Lidah adalah satu anggota badan yang sangat lembut tapi amat merbahaya. Korang pernah dengar tak disebabkan KUASA lidah jatuhnya satu empayar terkuat dan sebab itulah orang tua pernah pesan Lidah Itu Lebih Tajam Dari Mata Pedang. Lidah sebenarnya adalah satu senjata yang boleh membantu kita dengan ketajaman akal. Gabungan dua kurniaan ni boleh buat kita kuat dan boleh juga jatuhkan kita.
Dalam hadith kat atas ni apa yang penting dalam menjamin umat Muhammad untuk masuk ke Syurga ialah menunaikan 5 Rukun Islam. Dan dalam hadith ni ada sebut pasal pokok amalan ialah Islam, tiang agama ialah Solat dan kemuncaknya ialah Jihad. Turutan ni adalah satu yang lengkap dalam diri seorang Muslim. Kenapa? Ini ialah sebab Islam itu perlu wujud dalam diri seseorang. Ya memang kita lahir-lahir dah Islam tapi adakah kita ikut ajaran Islam? Tak guna kalau kita letak nama Islam dalam IC tapi malam-malam balik rumah kita mabuk. Ingat Islam bukan hanya pada nama.
Solat itu adalah tiang tapi masih ramai lagi di antara kita yang buat-buat macam solat tu tak penting (ni tuju kat diri sendiri sebenarnya). Saya masih ingat dulu ustaz saya ada pesan yang kalau kita still buat jahat maksudnya ada something wrong dengan solat kita. Ingat memang kita solat tapi dakah hati kita kosong masa solat ataupun dibayangi benda lain.
Kemuncak kepada segala amalan ialah Jihad. Bila kita dah lengkap sebagai seorang mukmin maka jihad itu perlu. Kita selalu salah anggap pasal Jihad. Asal sebut Jihad je apa yang terlintas ialah pergi berperang. Wah habis kalau semua nak berperang siapa nak duduk majukan negara. Kita lupa yang Jihad paling besar ialah jihad dalam diri sendiri melawan nafsu. Ni diri kita pun kita tak mampu nak halang nafsu tetiba nak pi perang buat apa? Tegakkan hukum juga adalah Jihad dan itu baru betul Fisabilillah.
Ok last sekali KUNCI bagi mukmin ke syurga ialah menjaga lidah. Pergh lidah ni bahaya seyh salah guna rosak kita. Lidah ni punca perdamaian dan juga punca perbalahan. Kalau kita bercakap dan sampaikan kebenaran itu dikira jihad tapi kalau kita sampaikan benda yang salah maka hukum dia dah jadi lain. Tersilap satu perkataan pun boleh jadi bahaya. Korang bayangkanlah kalau kita bacaa al-Fatihah dengan betul itu dikira amalan tapi kalau kita tersalah sebut ayat dalam al-Fatihah ia akan bertukar menjadi nama-nama Syaitan. Nampak tak betapa bahaya lidah. So bila kita jaga lidah dengan baik maka kita akan terpelihara daripada kejahatan.
Sorry kalau entri ni agak panjang. Dah lama tak menulis dengan patah perkataan yang panjang. Tapi tak salahkan sebab saya bukan share benda-benda lagha. Apa-apapun saya mintak maaf kalau ada kesilapan dalam penulisan saya sebab saya just manusia biasa yang hanya nak berkongsi.
p/s :
Berkatalah tentang kebenaran walaupun ia pahit!
Saya nak invite korang buat duit dengan facebook. Mau ka?
SETIAP PERBUATAN ITU ADALAH SEDEKAH
SETIAP PERBUATAN ITU ADALAH SEDEKAH

Salam guys,
Macam biasa hari Jumaat hari yang Afdal untuk share keagamaan. Macam biasa saya merayap masuk web-web hadith untuk baca. Bukan untuk show off tapi saya baca untuk diri saya sendiri. At least saya baca then saya share dengan korang itu dah kira saya bersedekah. Ok sebelum saya start apa kata korang baca hadith ni dulu.
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : ” Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. ” sumber hadith 40
Kalau nak cerita pasal sedekah ramai yang salah tanggapan. Kita selalu beranggapan yang sedekah tu hanya dengan menghulurkan duit pada orang yang memerlukan. Contohnya bila anak yatim datang kita bagi RM 1 itu kira sedekah. Dah baca tak hadith atas tadi. Saya sendiri baru sedar yang segala perbuatan itu adalah satu sedekah. Sebelum-sebelum ni saya just dengan apa sahaja perbuatan manusia itu adalah amalan.
Bersedekah sebenarnya bukan hanya dengan wang ringgit menasihatkan orang juga adalah satu sedekah walaupun kita tak nampak ia secara fizikal. Zaman sekarang ni patern orang kita ialah kau dengan hal kau aku dengan hal aku. Masing-masing dengan hak dan privasi sendiri. Kita takut nak tegur orang mungkin sebab menghormati privasi dia ataupun takut sebab dia ada ‘pangkat’. Saya dah lama perhatikan sesuatu. Disebabkan dia duduk di atas satu level dari kita, kita tak boleh nak tegur dia. Bila kita cuba tegur dengan niat nak betulkan keadaan maka samada kita kena ‘sound’ ataupun kena pulaukan. Betulkah cara kita handle kehidupan macam tu? Ramai antara kita yang masih ingat diri kita terlalu sempurna dan tak nak dengar pendapat orang lain. Ingat bahawa menegur orang dari terus melakukan kesilapan itu juga satu sedekah.
Satu lagi yang kita boleh buat untuk bersedekah ialah berkongsi ilmu dengan orang lain. Ni kira bersedekah untuk long term. Kenapa saya cakap long term. Ilmu ni kalau sesuatu yang baik ataupun jalan yang betul maka setiap kali orang gunakan maka pahala tetap kita akan dapat. Maksudnya dua kebaikan kita dapat iaitu bersedekah ilmu dan juga penyebaran ilmu. Ni tak, ilmu kita simpan sorang dan tak nak sebarkan. Kononnya nak dapat respect dari orang lain sebab ada kelebihan. So fikir-fikirkan lah ye.
p/s :
Sekarang susah nak menasihati orang lain sebab kita juga manusia…
User P1 4G boleh dapat iPad 2 PERCUMA!
Anda peminat Incubus… Tune Talk Nak Kasi Tiket Incubus PERCUMA
SAYANGILAH SAUDARA KAMU SEPERTI KAMU SAYANGI DIRI SENDIRI
SAYANGILAH SAUDARA KAMU SEPERTI KAMU SAYANGI DIRI SENDIRI

Hari ni Jumaat so saya nak start dengan satu hadith yang saya baca kat net. Biasanya memang hari Jumaat ni saya suka masuk web yang ada hadith sahih untuk peringatan diri sendiri. Manusia still memerlukan rujukan untuk selain dari al-Quran yang merupakan suber rujukan yang lengkap. Apa kata kita ushar kandungan hadith dulu eyh …
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri. sumber dari hadith40
Sebelum saya ulas kandungan biar saya jelaskan kenapa saya pilih hadith ni hari ni. Sebenarnya ia ada kaitan dengan apa yang saya lalui sekarang dan juga apa yang berlaku di sekeliling kita. ‘Saudara’ ada banyak meaning dia. Adik beradik itupun saudara, sepupu juga adalah saudara dan kawan-kawan juga adalah saudara. Kenapa? Sebab kita di bawah satu panji iaitu ISLAM. Tak kiralah kau dari IPOH MUDA ke? Tak kiralah kau dari UTARA SELATAN ke? mahupun dari KAMPUNG PANDAN. Memang berlainan sebab stiker pun lain tapi sedar tak kita datang dari satu panji sebenarnya. Jadi kenapa perlu ada peta politikal?
Apa yang saya lalui yang relate dengan hadith ni. Sekarang ni disebabkan adanya peta politikal ni kita terlalu ego dan bongkak. Kita hilang hormat sesama manusia hanya disebabkan perbezaan pemikiran. Bila wujudnya peta politikal ni kita akan anggap kita je yang betul dan bila adanya kasta-kasta (level-level) kita mudah untuk memutuskan persahabatan yang sebenarnya wujud sebelum kita kata yang kita ni BERSATU dalam SATU bumbung. Argh cut the crap lah, adik beradik kandung pun boleh bergaduh disebabkan peta politikal ni.
Dalam kekeluargaan pula, adakah seorang abang akan dihukum disebabkan kesalahan lampaunya? Adakah dulu dia banyak buat silap dan pernah rosak pemikirannya perlu dihukum sehingga akhir hayatnya. Adakah hormat itu akan datang bila dia dah punya rumah besar, kerata besar mahupun bangunan besar? Mana pergi rasa kasih sayang itu? hoho apasal saya boleh terjiwang plak ni. Sorry je just nak share something yang sebenarnya kita sendiri lalui tapi kita buat dek je.
Cukup sampai sini je saya share. Hopefully lepas baca entri kita kita berfikir apakah kepentingan SAUDARA itu. Hayatilah makna SAUDARA sebelum kita mengaku kita BERSATU. Ingat bila kita dah nak ditanam maka saudara-saudara kitalah yang akan mengusung kita. Masa tu baru peta politikal akan musnah. So SAYANGILAH SAUDARA KAMU SEPERTI KAMU SAYANGI DIRI SENDIRI.
Aku Bina ini atas dasar persahabatan bukan atas dasar KASTA. Tapi mana MEREKA?
p/s :
Saya berkawan dengan siapa sahaja yang mahu berkawan. Tiada garisan…
Ketahuilah rahsia Blackberry Messenger!
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Like me
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- Alhamdulillah Dapat Rasa Buat Sujud Sajadah
- Tahniah Kumpulan Zero Raja Lawak 6
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- Pencarian Berakhir Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- 3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak
















