make money with your web site

Category Archives: Gathering

Siapa Kata Meraka Sombong?

Assalamualikum,

Terlambat plak publish entri hari ni.  Susah kalau duduk dalam type blogger yang taip enti bila ada idea je.  Saya dah try buat schedule tapi at last mesti saya delete.  Satu entri yang ringkas je sebenarnya sebab ada terbaca dalam satu blog yang mengatakan ramai ‘blogger otai’ ni sombong,bongkak, tai hidung masin haha.  Ok sejak saya berblog saya tak pernah letak atau panggil status seorang blogger tu otai ataupun #bbnu.  Bagi saya semua sama je.  Bila korang dah letak perkataan otai tu pada blogger lain maka secara total satu perasaan akan muncul iaitu salut!  Bila adanya SALUT maka wujud satu barrier yang menyebabkan respect yang sepatutnya 10% menjadi 85%.

So bila jadi macam ni korang akan jadi takut, malu dan macam-macam lagi perkataan yang sama erti dengannya sila refer kamus dewan muka surat 1028 (saya tipu).  Entri ni saya nak tunjuk yang depa semua tak sombong tapi perasaan kita tu yang akan buat kita rasa depa sombong.

DUIT BOLEH UBAH PENDIRIAN.SETUJU ATAU TIDAK?

DUIT BOLEH UBAH PENDIRIAN.SETUJU ATAU TIDAK?
Salam guys,
Ok hari ni dah tiba masa saya buka satu entry baru fresh dari ladang.  Sebelum ni korang yang dah lama follow and baca blog ni mesti dah tau post-post tu semua remake (yang folow sebab nak follower sorry korang takkan dapat apa-apa dari saya).  Saya sibuk sagat minggu bi so terpaksa remake je.  Tu juga cara saya nak test korang samada korang follow blog ni ikhlas atau tak.
Hari ni nak share pasal satu benda yang memang berlaku dan tak boleh kita elak.  Ni berkenaan pasal duit.  Duit ni elemen yang agak penting dalam kehidupan yang mana kalau takde duit korang just boleh buat rumah guna kotak buruk je.  Duit tu umpama nyawa dah sekarang, sebab tanpa duit korang tak boleh nak hidup dalam keadaan meterailistik hari ni.  Yang paling penting duit adalah satu kuasa yang kuat dan boleh ubah pendirian manusia.  Saya bagi korang nampak dua situasi :
1. Seorang Guru Dan Anak Murid
Benda ni tak semua orang alami dan buat tapi most of it.  Korang pernah dengar tak ayat ‘Takkan Guru Nak Cari Murid,  Murid Lah Yang Kena Cari Guru’.  Ya zaman dulu mana ada guru datang rumah mengajar semua kalau murid nak belajar kena pergi rumah guru.  Saya dulupun tusyen jugak dan mama sayapun ada buat tusyen semua anak murid akan berkumpul kat rumah mama saya untuk belajar even diorang bayar fee (saya tak perlu sebab duduk rumah sekali dengan mama).  Tapi sekarang korang dapat tengok bila parents bayar duit lebih guru yang akan datang cari student.  ya salah satu faktor ialah mungkin parents sibuk.  Tapi sebab-sebab ni lah mungkin punca hilangnya respect pada guru.  Cuba fikirkan betul atau tidak…
2. Seorang Ketua Kepada Anak Buah
Ni cerita belakang tabir ye.  Hope korang tak salah faham saya buka cerita ni bukan untuk menunjuk tapi untuk menyedarkan seseorang bahawa kita tak sempurna dan kita dilihat walaupun kita ketua kongsi gelap.  Dulu saya masih ingat zaman saya baru nak berjinak-jinak dengan dunia ‘kumpulan’.  Ok kita ibaratkan ketua itu captain kapal ye.  Saya pernah dapat teguran dari seorang captain kapal macam ni ayat dia:
‘Takkan captain nak cari penumpang,  penumpang lah cari captian sebab diorang yang tumpang kapal’
Owh ni ayat yang pernah saya dapat dulu waktu mula-mula saya jejak kaki dalam ‘kapal ‘ tersebut.  Tapi keadaan mula berubah bila penumpang kapal semakin ramai.  Bila penumpang kapal semakin ramai dan ‘kaching’ pun besar maka ayat ni bertukar macam ni :
‘Takpe biar captain pi cari penumpang, ang rileks kat sana je’
Pergh… senang je kan pendirian berubah bila ada bayangan DUIT.  Terus terang saya cakap saya panas.  As a leader kita kena firm, NO means NO… Dengan benda macam ni respect itu hilang serta merta.
3. Seorang Blogger Yang Menulis Blog
Wah ini nampak ketara sekarang (termasuk diriku ini).  Dulu blog adalah tempat cetusan pendapat dan idea.  Tempat share pendapat yang mana kita boleh capai kata sepakat.  Dulu kita menulis tanpa fikir earning.  Takdepun fikir BE nak kena kumpul banyak-banyak.  Tapi sekarang tak dapat BE macam tak dapat bekalan makanan 50 tahun.hak3…  Serius tak payah pergi jauh saya sendiripun macam tu.  Adakah nuffnang yang buat kita lupa asal-usul blog atau kita sendiri yang buat-buat lupa.  Ntahla kan…  Kenapa saya cakap earning tu perosak,  sebab pasal earning kita asyik-asyik nak tulis pasal earning,  BE, Nuffnang.  Ya memang bagus sharing tapi kalau asyik-asyik kita tulis pasal BE je apa nak jadi betul tak?  Setiap kali dapat BE nak tulis sakit gak mata.  Korang still belum tengok rekod sekali dapat BE 13 berderet yang Aus pernah dapat dulu (saya tak pernah paling banyak 6 je).  Korang still belum pernah tengok setiap minggu dapat BE berbeza.  Diorang pun tak pernah reveal just perkongsian masa gath sahaja.  So fikir-fikirkanlah ye…
Oklah malas nak tulis panjang-panjang.  Ayat pendek mungkin dapat menyedarkan kita dari mengelamun yang panjang contohnya ‘HOOI!’.  So inilah situasi yang saya nak share mungkin dari situasi-situasi tu korang dapat elaborate kepada situasi lain.  Kalau saya senaraikan satu-satau memang korang semua masuk ICU sebab baca entri ni.
p/s:
* Duit itu penting tapi hati perlu ikhlas untuk duit.
Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab banyak barang-barang best untuk buat hadiah.
- Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang…

ESOK ADA GATHERING JANGAN LUPA HADIR!

ESOK ADA GATHERING JANGAN LUPA HADIR!

gathering banner copy ESOK ADA GATHERING JANGAN LUPA HADIR!

Hm, hari ni sabtu dan esok dah ahad.Kepada penganut agama Kristian Selamat Hari Natal saya ucapkan selaku rakyat Malaysia yang ada nilai-nilai 1Malaysia (bukan nilai 3 ye itu tempat shopping).Harap korang dapat hadiah besar-besar dari Santa Clause.Sila pastikan letak stokin murah-murah dan yang penting tidak bocor supaya Santa senang nak masukkan hadiah.

Oklah tolak tepi Krismas kita terus ke agenda esok iaitu Big Gath Blogger.Saya selaku event blogger (alamak perasan) yang dah lama tak organize gath nak jemput korang untuk pergi Gath esok.Detail boleh rujuk Gambar di atas.Ni event terakhir Melromeo untuk tahun ni.Wah Mel ko dah macam artis eyh sekarang.haha…Penampilan istimewa Rina Salleh itupun kalau dia tak busy dan tak lupa kawan-kawan.hak3…Kenapa korang perlu hadir?sila baca entri ini...
Jangan lupa ye!

p/s :

* Ariffshah anda diharapkan sihat selalu dan jangan meratapi keseronakan kami di COSMO!Pi berseronok dengan awek-awek Russia.hak3…

KENAPA EVENT ITU PENTING DALAM BLOGGING?JOM PI BLOGGER GATHERING 26.12.2010

KENAPA EVENT ITU PENTING DALAM BLOGGING? JOM PI BLOGGER GATHERING 26.12.2010

Selamat tengahari,

Seram semalam still terbayang-bayang sebab cite kurafat tu memang seram.Nanti saya review sebab gambar semua kat rumah.Korang akan nampak keganasan seseorang di blog itu hanyalah satu eset maya sahaja dan ia akan berubah apabila melihat cerita seram.hak3…

Ok satu persoalan yang harus dijawab seorang blogger iaitu Kenapa Event Itu Penting Dalam Blogging?Siapa boleh jawab soalan ni.Kalau ditanya soalan ni saya akan jawab event tu sangat penting terutamanya blogger baru macam saya.Simple je meh saya share kenapa event tu penting bagi saya…

1. Dapat Kawan Baru

Dalam dunia ni manusia perlukan kawan.So bila pergi event mesti ada jumpa blogger lain.Dari situ kita boleh kenal dengan orang-orang baru.Tak kiralah dia baru buat blog sejam sebelum event tu dia tetap manusia kan.So dari event kita tambah kenalan.Mungkin dulu kita ni Skinhead yang anti social tapi dengan pergi ke event kita akan kenal ramai orang.Maka silaturahim pun akan terbentuk.Korang jangan fikir itu je kemungkinan dengan pergi event macam nilah korang dapat bertemu jodoh.Siapa tahu kan Ajal,maut,jodoh & pertemuan tu kuasa Allah kita cuma berserah.Tapi perkara ni dah berlaku.Tak percaya pi tanya Anakperak ngan Redlinda.uhuks…

2. Dapat Share Idea

Manusia ada macam-macam ragam.Kalau dah macam tu setiap manusia ada style dan cara yang berbeza.Bila kita pergi event maka kita boleh share benda yang berlainan dari apa yang kita fikir.Sebagai contoh,kita blogging mesti kadang-kadang kita buntu idea takpun susah nak pilih template.So bila kita berjumpa blogger lain mungkin dia boleh suggest apa yang bagus.So dari situ pertukaran idea akan berlaku dan ilmu akan berkembang.Bak kata orang muda macam saya ‘Sharing Is Caring’.Tapi Orang tua macam Eyriqazz akan kata ‘Sharing Tak Boring…’…hak3…

3. Dapat Up Traffik


Siapa tak percaya pergi event boleh up traffik?Bagi saya boleh sebab event tu sendiri akan mempromosikan blog korang.Macam mana?Simple je korang pernah dengar exchange link tak?Sila jangan ingat exchange link hanya boleh berlaku di dalam alam maya sahaja.Kalau korang hanya berfikiran macam tu sila ubah sebab itu hanya pemikiran orang yang sempit.Masa kat event ramai yang akan serah kertas untuk korang tulis url korang.So dari situ korang dapat promote url blog korang secara FREE!Korang kena ingat setiap manusia ada citarasa yang berbeza so dalam ramai-ramai takkan takde sorangpun yang akan minat blog korang,MUSTAHIL!Melainkan kalau korang privatekan blog korang (memanglah siapa yang boleh baca).


4. Dapat Try Goodies


Ok bila kita pergi event mesti organizer ada bagi goodie punya.Kalau takde memang organizer atau advertiser tu kedekut.Paling cikaipun dalam event tu mesti korang dapat makan makanan yang korang tak pernah makan.So eventlah peluang korang nak rasa apa je benda yang korang tak pernah rasa or buat (sila anggap ini utnuk benda-benda halal sahaja).Sepanjang saya join event macam-macam goodie yang saya dapat ini termasuk deodorant spray dari Gatsby.hak3…


5. Dapat Idea Untuk Menulis


Dari event korang akan dapat idea untuk tulis macam-macam.Tak semestinya korang pergi movie screening korang just kena tulis pasal movie tu tapi korang jugak boleh elaborate banyak benda tentang apa yang terjadi.Contohnya pergi screening Kurafat.Banyak benda boleh cerita selain movies contohnya Blogger Ganas Takut Tengok Cerita Hantu.Kan ke idea semua tu.So korang tak mungkin akan mengalami sindrom idea kontang.


Bagi saya ini dah cukup membuktikan bahawa pergi event tu penting.Kalau korang nak lebih rajin-rtajinkan diri untuk bersosial bersama blogger lain.Tak kiralah event tu dari Nuffnang or blogger lain buat.Sama je tetap nama dia event.So kalau korang dah faham kenapa pentingnya event saya nak jemput korang pi gathering yang dianjurkan oleh Melromeo yang mana event ni penutup 2010.Nah ni detail :

gathering banner copy KENAPA EVENT ITU PENTING DALAM BLOGGING?JOM PI BLOGGER GATHERING 26.12.2010


Nak info lebih korang boleh usha blog Melz…Jangan risau saya kena hadir sebab Aus dah bagi amaran pada saya.


p/s :


* Entri yang paling banyak link…Aduhai pemurahnya saya…
pixel KENAPA EVENT ITU PENTING DALAM BLOGGING?JOM PI BLOGGER GATHERING 26.12.2010