make money with your web site

Category Archives: Filem Melayu

Review Movie | Bujang Terlajak Belum Terlanjur

PosterBujangTelajak1 Review Movie | Bujang Terlajak Belum Terlanjur
 

Assalamualaikum,

Last week saya dapat invitation dari pihak Line Clear Picture untuk Malam Preview Bujang Terlajak Belum Terlanjur.  Apapun thanks to CikHel sebab pass kat saya invitation ni even kalau nak ikutkan patutnya dia je yang dapat tapi dia berjaya tarik satu lagi pass untuk saya haha. Cerita ni ni lakonkan oleh Saiful Apek, Nabil dan Johan.  Heroin dia ialah awek lama saya Fazura haha.  Filem ni memang takde lagi kat wayang sebab dia akan start pada 19 Januai 2012.  So maknanya kami tengok sebulan awal ye haha.

REVIEW MOVIE | FLAT 3A

Flat 3A Poster REVIEW MOVIE | FLAT 3A

Salam guys,

Semalam dapat invite pergi screening cerita Flat 3A.  Tu pun lepas send dialog paling tak masuk akal kat MIGONLINE.  So kalau korang nak tengok cerita atau filem-filem MIG boleh ushar blog diorang sebab sana ada macam-macam aktiviti. ‘ Bukan Janji Tapi Pasti’.  Semalam blogger yang saya kenal ada 3 orang je iaitu JMR, Hazman dan Ujang (dapat gambar Intan Ladyana ke bang haha).

Ni satu lagi filem seram yang saya tengok selepas Karak terbitan KRU Production. Setakat ni cerita seram yang boleh buat saya kaget ialah Kurafat.  Apa kata kita layan sinopsis :

Cerita bermula dengan kematian seorang bapa yang disantau.  Kemudian ia bersambung dengan kisah seorang gadis iaitu Fiqah yang menggugurkan anaknya disebabkan teman lelakinya tidak mahu menerima kelahiran anak tersebut.  Disebabkan dia sering diganggu maka Fiqah nekad nak pindah rumah.  Maka bermulalah kisah hidup Fiqah di sebuah flat bernama Flat 3A.  Fiqah telah diajak oleh seorang lagi kawan untuk duduk di satu rumah tinggal milik bomoh yang bernama Kang Suman.

Sampai situ je saya boleh cerita sebab Filem Flat 3A ni keluar hari ni kang cerita lebih-lebih korang tak pi tengok wayang.  Ni pengakuan ikhlas dari saya.  Ni lah cerita first yang boleh bikin saya tutup mata.  Kurafat dengan Karak saya tengok dengan selamba je.  Komen Bean Moreno :

* Cerita ni memang seram beb tambah effek yang gelap kat flat tu.  Tapi kan apasal kumuniti situ tak repair lampu eyh.  Sayapun pernah lepak kat Flat Wangsa Keramat takdelah gelap sampai macam tu.  Mungkin efek gelap tu nak bagi lagi horror kot.

* Kalau saya jadi Fiqah tu saya tak duduk rumah yang dah tinggal teruk macam tu.  Pergh bayangkan spider web punyalah banyak lepas tu siap ada topeng mask rider (versi indon).  Itu lah satu benda yang saya terfikir kenapa dia sanggup duduk dalam tu.

* Sebagai orang Islam, bila masuk rumah baru kita kenalah baca Yassin takpun paling teruk sangat pun buat pendinding 4 penjuru.  Ini untuk rumah yang elok condition dia.  Tapi dalam kes cerita ni dah la rumah tu tinggal lama baca Fatihah pun takde selampa pulak tu tidur.

* Dah banyak filem hantu Melayu saya tengok semua sama iaitu sifat terlalu berani tu memang ada.  Dah tau benda tu hantu lagi mau ushar dan tengok.  kalau ikut real life dengan syaitan kita tak boleh terlalu berani dan tak boleh terlalu takut.

ScreenShot :

gambar dalam filem flat 3a 2 REVIEW MOVIE | FLAT 3A

flat3a REVIEW MOVIE | FLAT 3A

163759 1677457867644 1573423899 31525221 593706 n REVIEW MOVIE | FLAT 3A

Trailer :

Rating : 3.5/5
Moral cerita ni ialah Buat Baik Biar Selalu Buat Jahat Jaga Lu… So janganlah kita khianat orang lain sebab ia akan datang balik kat kita.

p/s :

Intan Ladyana memang sesuai untuk cerita ni sebab dia punya jerita memang superb!

INI SERIUS! BINI-BINIKU GANGSTER

bbg INI SERIUS! BINI BINIKU GANGSTER

Salam guys,

Korang dah tengok Kongsi kan?  KL Gangster pun dah tengok kan.  Ok bulan September ni akan keluar satu lagi cerita gangster.  Tapi cerita ni agak lain sikit sebab ni melibatkan perempuan yang gangster.  Cerita ala-ala macam My Wife Is A Gangster lakonan Shu Qi.

Cerita Bini-Biniku Gangster ni adalah arahan Ismail Bob Hashim dan penulis skrip dia Liyana Samsudin.  Cerita pasal seorang lelaki yang asyik kena buli yang berkahwin dengan dua orang perempuan yang memang gangster.  So apa jadi dengan diorang saya tak tau sebab tak tengok lagi.  Tak taulah kalau David Teo nak bagi tiket free lagi kan.  Apa yang boleh saya tunjuk kat korang ialah trailer dia je jom layan …

 

Amacam puas hati? Saya rasa cerita ni menarik. Yang paling kamikaze perkataan Ayahanda dan Kak Long pulak digunakan. Apa PEKIDA nak saman? Fikir dua kali ye jangan ortodok sangat dan jangan nak popular sangat wahai PEKIDA KL. Tapi memang pailang lah kan ‘bukak buah’ terang-terang haha… Kita tengok apa akan jadi lepas cerita ni keluar.  So sesiapa yang nak belajar signal boleh ushar cerita ni.  Kalau dalam Trailer pun dah tunjuk mesti banyak lagi dalam ni. So tunggulah kemunculan cerita ni bulan September…

p/s :

Tak pernah tengok Kak Long Street Fight lagi tapi table talk tu pernah lah…

Bini gua memang gangster!

Jom ushar Vios Sportivo TRD kat roadshow!

 

pixel INI SERIUS! BINI BINIKU GANGSTER