Category Archives: Filem Melayu

Mengenang Tahun 98 Dengan Ophilia

Assalamualikum,

Pagi ni saja menulis nak berkongsi pasal satu filem. Actually filem ni dah trending sebelum dilancarkan lagi. Setiap hari timeline saya akan penuh dengan cerita suka duka filem ni. Pernah dengar pasal Filem Ophilia? Kompom tak pernah lah kan sebab belum tayang lagi. Apa yang saya boleh cakap cerita ni ada sedikit berkenaan dengan life skinhead. Nak kata takde langsung tak bolehlah sebab watak dia memang watak skinhead.

 

10806886 826665680724178 2127910433 n Mengenang Tahun 98 Dengan Ophilia

 

Ni poster tak rasmi (bak kata seorang kawan) Filem Ophilia. Nak yang rasmi tunggu pengarah dia kasi kat saya ;). Bagi yang tak tau Filem Ophilia ni pengarah dia ialah YM Tengku Mukhriz. Dalam filem production YM Tengku Mukhriz ni kira otai. Apa yang menariknya Filem Ophilia? Kalau tanya saya ada 3 sebab. Pertama, sebab ia berkaitan dengan skinhead yang mana saya adalah seorang skinhead. Yang kedua, sebab Pekin yang berlakon dan saya memang suka tengok si Pekin ni berlakon dan yang ketiga sebab ni filem adalah filem Malaysia pertama yang lain dan bawa skinhead sebagai idea jalan cerita.

 

 

Ni Trailer Filem Ophilia, nampak cam best kan. Tapi nak komen lebih tak bolehlah sebab saya pun belum tengok cerita ni lagi. Harap-harap production kasi satu tiket (ehem) bolehlah saya review filem ni. Lama weh tak review movie maklumlah dah anak dua. Tapi kalau dapat insyAllah bolehlah review (sekali sekala tinggal anak bini takpe). Aritu ada jugak dak2 ni ajak shooting tapi time tu tak berapa free so tak dapatlah pegi. Dan harapan saya ialah ketepikan ideologi ‘No left wing & no right wing. It is just an entertainment‘. Apapun kita nantikan tayangan Filem Ophilia ni pada 18 Disember 2014. Nak tau best ke tak belilah tiket sebab Ophilia takkan masuk Astro First :

 

10807019 826666304057449 419100714 n Mengenang Tahun 98 Dengan Ophilia

 

p/s:

Weh Atoi nanti ko sign belakang jaket Sergio aku. Terkenang tahun 98 huhu icon smile Mengenang Tahun 98 Dengan Ophilia

Review Movie | Bujang Terlajak Belum Terlanjur

PosterBujangTelajak1 Review Movie | Bujang Terlajak Belum Terlanjur
 

Assalamualaikum,

Last week saya dapat invitation dari pihak Line Clear Picture untuk Malam Preview Bujang Terlajak Belum Terlanjur.  Apapun thanks to CikHel sebab pass kat saya invitation ni even kalau nak ikutkan patutnya dia je yang dapat tapi dia berjaya tarik satu lagi pass untuk saya haha. Cerita ni ni lakonkan oleh Saiful Apek, Nabil dan Johan.  Heroin dia ialah awek lama saya Fazura haha.  Filem ni memang takde lagi kat wayang sebab dia akan start pada 19 Januai 2012.  So maknanya kami tengok sebulan awal ye haha. Read More →

pixel Review Movie | Bujang Terlajak Belum Terlanjur