Naik Selalu Dengan Mesra Feri

Assalamualaikum,
Macam yang korang tau last week saya dengan aiensepet pergi ke Pulau Pangkor. Ni kira pakej bercuti, melancong, bekerja, bekursus dan honeymoon lengkap sebagai suami seorang kakitangan awam hehe. Mesti ada yang akan cakap cakap #untunglah jadi suami orang kerajaan (wah siap ada hashtag lagi hehe).
Continue reading »
Mereka Mula Kiri, Aku Kanan Bila Baca

Assalamualaikum,
Macam pernah nampak je kan tajuk atas tu. Bait lirik tu sangat femes sekarang dan ramai yang ingin cari maksud lagu tu. Sebenarnya tajuk atas ni adalah petika dari lagu Malique feat Jamal Abdillah – Aku Maafkan Kamu. Kalau tak pernah dengar boleh ushar youtube sebab video official dia dah keluar tapi watak Malique diganti dengan Zizan. Kenapa ganti hanya Allah dan Malique je yang tahu. Bait lirik tu lebih kurang macam ni…
Continue reading »
Perasaan Yang Sangat Best Bila Tengok Gambar Ni

Assalamualaikum,
Apa perasaan korang bila nampak gambar kat atas ni? Atau ada yang tak tahu ni gambar apa. Ni lah gambar baby saya. Cool je dia duduk dalam perut aiensepet. Bagi orang yang dah beranak-pinak macam Jejai gambar ni depa dah biasa tengok silap-silao dah bosan tapi bagi saya yang bergelar ‘Papa Baru’ ni serius teruja.
Continue reading »
Islam Akan Jadi Asing Di Akhir Zaman

Assalamualaikum,
Situasi yang sama hari ni. Sambil layan CCTV kita share something yang mungkin ramai tau dan juga ramai yang tak tau. Pernah dengar satu hadith Rasulullah pasal tajuk ni? Jom saya share satu hadith berkenaan benda ni…
“Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”. (Hadith riwayat Muslim)”
Faham tak maksud hadith ni? Mesti pelik kan kenapa Rasulullah sendiri cakap Islam akan jadi asing. Ye memang kita takkan perasan sebab kita dah sangat selesa dengan apa yang kita lalui sekarang ni. Yelah yang kaya dah sedap hidup kaya dan tak nak tengok benda lain melainkan harta betul tak? Zaman sekarang ni memang zaman cari harta. Bukan nak cakap oranglah saya sendiri lalai. Sebab lahir-lahir dah rasa hidup senang dan sebenarnya kita lahir-lahir je memang dah Islam so ramai antara kita yang tak hiraupun sebab yelah DAH ISLAM. Kita tak nak tengok mualaf yang punya susah mencari Islam dan berhijrah dari musyrik kepada Muslim.
Kenapa Islam akan jadi ganjil pada akhir zaman sama seperti ia mula muncul. Mesti orang cakap tak ganjil langsung sebab semua orang tetap dengan ISLAM. Satu je soalan, habis yang beribu orang murtad tu kita nak cakap apa? Yang tu nak salahkan siapa pulak. Terus terang bagi saya kita dah totally dikawal oleh Yahudi dan ini janji diorang lepas dihalau dari tanah diorang beribu tahun dulu. Dan pada hari ni mereka dah hampir berjaya pulang semula ke tanah yang di haramkan buat mereka tanpa kita dapat buat apa-apapun untuk pertahankan tanah tersebut. Dah lebih 50 tahun penubuhan Israel. Jom kita tengok apa yang dikatakan ‘asing’ :
Akhirnya Dapat Jugak Baca Buku Ni
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, at last dapat gak saya baca buku ni. Kalau nak cakap lama dah cari buku ni memang tipulah sebab saya taupun wujudnya buku ni baru last week walaupun memang dah lama wujud. Mesti ramai yang terkejut mana saya tau pasal buku ni ye tak? Last week saya didedahkan dengan video Syeikh Imran Hosein oleh seorang rakan blogger iaitu Carl Samsudin. Pernah dengar lecture Syeikh Imran Hosein? Kalau tak pernah pi lah dengar sebab memang best. Continue reading »
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak
- Movie Review | Aku Bukan Tomboy
- APA ITU PEMBIAYAAN PENDIDIKAN UJRAH?
- REVIEW MOVIE | KL GANGSTER
- Al-kisah Pergaduhan di KFC


















