Browsing articles in "Adobe Lightroom"
SOFTWARE EDITING YANG PATUT KORANG CUBA
SOFTWARE EDITING YANG PATUT KORANG CUBA
Salam guys,
Apa khabar? Hari ni saya nak share satu benda yang ramai suka (agak-agaknyalah). Tak kisahlah korang blogger ataupun rakyat jelata biasa mesti suka edit gambar. Kat net banyak online photo editing yang korang boleh cuba contohnya picnic.com yang provide service untuk korang edit gambar. Persoalannya sekarang adakah korang puas dengan hasil tersebut ataupun adakah efek-efek tu cukup?
Bagi saya, saya dah try beberapa software photo editing dan dari tak tau mengedit gambar sekarang kira dah pandai sikitlah. Antara software photo editing yang patut korang cuba :
Tak kisahlah CS berapapun ia tetap sama cara guna dia. Beza antara CS ialah effek yang ada dan juga interface sopftware ni. Sebelum korang install saya nak bagi tau sikit pasal software ni iaitu ia agak complicated berbanding software lain. Siapa yang dah pernah guna Photoshop taulah sebab Photoshop ni kalau nak hebat kena pandai main layer. So penggunaan layer tu bakal merumitkan kita selaku editor amatur. Tapi satu benda je yang best tentang software ni korang boleh edit ikut kehendak korang then effek dia memang banyak best-best disamping tools yang boleh tolong korang edit dengan bijak.
Saya pun still belajar guna tutorial je. Antara blogger yang suka guna software ni ialah Melz, Fazreen, dan Syed Graphix.
Ni kalau tak silap opensource punya software. Saya try guna benda ni sekejap je tapi bagi saya ia adalah software yang simple dan best. Kenapa saya cakap macam tu. kalau korang nak guna software yang mudah untuk edit gambar korang bolehlah guna Photoscape. Just pilih effek then jadi je. Tak perlu pusing-pusing kepala nak main layer. Then lagi satu kelebihan Photoscape ni ialah korang boleh buat animation dan juga watermark auto. Bagi yang baru nak try edit gambar korang boleh try lah. Mana tau lepas try minat korang akan bertambah. Antara blogger ynag guna software ni ialah Jejai & Eyriqazz.
Ni satu lagi keluaran Adobe yang best. Concept dia sama je macam Photoscape iaitu tak perlu bergelut dengan layer untuk edit cuma beza dia korang boleh download preset dari internet. Apa itu Preset? Preset tu ialah setting editor yang korang boleh gunakan untuk dapatkan effek yang best. Just download lepas tu masukkan dalam folder then dengan sekelip mata boom… Gambar pun cantik. Kelemahan Lightroom ni ialah tak boleh buat watermark (ke saya yang tak tau). Ni adalah software yang saya dan aiensepet tengah sibuk guna sekarang. Syok wooo! Kalau nak tutorial saya akan buat nanti. Blogger yang guna software ni ialah Bean Moreno & Aiensepet (hahaha yang lain saya tak tau).
Actually ada lagi software yang korang boleh guna. Saya just share apa yang saya dah pernah guna dan apa yang saya tahu. Sebab at least kalau orang suruh saya buat tutorial saya boleh buat tanpa sebarang prejudice. haha takkan nak ajar orang benda yang kita sendiri tak tau. Siapa nak percaya kan.
p/s :
Nak belajar jadi photographer korang kena tau edit gambar even efek blur yang mudah tu haha.
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Like me
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- Alhamdulillah Dapat Rasa Buat Sujud Sajadah
- Tahniah Kumpulan Zero Raja Lawak 6
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- Pencarian Berakhir Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- 3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak




















