Mengukur Pengaruh Di Social Media

Assalamualaikum,

Sekarang ni social media mejadi satu medium yang sangat diperlukan. Ada sesetengah orang anggap kalau takde social media hidup dia kosong tak bererti (cewah…). Tipulah kalau nak cakap kita tak tau apa itu facebook. Kalau cakap takde akaun facebook saya percaya sebab saya ada seorang kawan yang memang takde akaun facebook (nama dan alamat dirahsiakan).

Social Media Mengukur Pengaruh Di Social Media

 

Kalau nak cerita bab kehebatan ataupun cara penggunaan social media ni saya bukanlah insan terpilih. Saya cuma pengguna tegar beberapa platform social media. Social Media ni impact dia sangatlah besar tak kira dari segi yang positif ataupun negatif. Tak nak cerita pasal yang negatif kita buka yang positif iaitu selaian menghubungkan kita ia juga boleh digunakan untuk menjana duit. Tapi sebelum nak buat duit pengiklan akan mengkaji sejauh mana pengaruh kita dalam social network. Antara platform yang boleh digunakan untuk mengukur pengaruh  di social media ialah :

1. Klout

Klout ni bagi blogger satu benda yang dah lapuk. Blogger ynag tak tau apa itu Klout memang pelik sebab masing-masing ada klout dan yang paling penting tau score Klout. Saya tertarik dengan satu post facebook sahabat saya Bro Framestone semalam berkaitan Klout. Score klout ni lagi tinggi lagi hebat pengaruh seseorang tu kat social media. Sontoh dia macam ni :

klout Mengukur Pengaruh Di Social Media

 

Klout ni bukan sahaja boleh mengukur pengaruh di social media tapi sebagai blogger juga kita boleh sebarkan penulisan kita di Klout. Selain tu kat Klout ada satu slot nama dia Perk. Perk ni ialah sama makna macam gift. Ada yang percuma dan ada yang ber’harga’ (kena bayar). Kita boleh pilih kadang-kadang dia pilih kita. Macam saya baru dapat perk untuk satu majalah bernama Red Bulletin Megazine. Dapat free 1 year subscription.

perk Mengukur Pengaruh Di Social Media

 

 

2. Empire Avenue

Empire Avenue ataupun EA adalah satu platform yang fungsinya sama macam Klout cuma kaedah dia berbeza. Sayapun terkejut apabila baca satu artikel kat blog orang putih yang Empire Vanue juga boleh tambahkan trafik blog. Ni adalah nilai pengaruh saya dari Empire Avenue.

EA1 Mengukur Pengaruh Di Social Media

 

Ni adalah nilai social media saya. Empire Avenue ni nilai diguna nilai eaves dan dia lebih kurang macam game saham. Siapa yang berminat nak trade boleh cuba main ni dulu. Kalau boleh maintain kekayaan macam saya kat atas ni 3 juta baru main BSKL :).

Jadi bagi yang ada hajat nak buat duit kat social media mahupun blog bolehlah standby benda alah ni semua. Rating korang tu penting untuk tarik duit masuk. Tapi saya tau ramai yang power kat facebook sekali update setatus berduyun like lagi-lagi awek cantik pakaiannya seksi. Selamat mencuba ye…

pixel Mengukur Pengaruh Di Social Media
 Mengukur Pengaruh Di Social Media Bean Moreno (1359 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress Mengukur Pengaruh Di Social Media

Comments

comments

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge