JDT Menang Automatik 3-0 Ke Atas T-Team

Assalamualaikum,

Nak cerita pasal bolalah hari ni. Tadi tengah syok makan tetiba terbaca satu post kat time line facebook pasal keputusan perlawanan antara Johor darul Takzim dengan T-Team. Dua pasukan club yang mewakili dua negeri iaitu Johor dan Terengganu. Macam yang dah kecoh 1 Malaya berkenaan insiden yang berlaku semasa perlawanan kedua-dua pasukan di Stadium Larkin yang mana permainan tertunda antara kedua-dua pasukan.

FAMB JDT Menang Automatik 3 0 Ke Atas T Team

 

Yang ni saya dapat dari page Malaysia Football Team. Saya tak tau sahih ke tak tapi dah banyak orang berbunyi pasal hal ni dan sama je result maka betullah maknanya. Saya nak cerita pasal undang-undang bola ni memang tak reti yang satau tau pi stadium buat haruk je. Untuk insiden ni ada beberapa versi kenapa ia ditangguhkan walaupun time tu JDT dah lead 2-1. So sebab insiden tu JDT menang automatik 3-0 Tapi disebabkan saya takde kat sana so saya tak berani nak cerita. Kalau nak ikutkan naluri sebagai penyokong Johor memang saya nak JDT menang tapi masalahnya ada beberapa sebab yang membuatkan saya terasa biarlah tak payah menang. Nak tau kenapa?

1. Mentaliti penyokong tak sama – Bgai saya biarlah kalah dari dicerca dan dihina. Biarlah tak dapat piala daripada kena maki. Biasalah apa yang kita fikir takkan sama dengan apa yang orang lain fikir.

2. Terciptanya Fitnah – Ramai yang akan buat conclusion macam ni ‘bolehlah Presiden dah bayar FAM’ , ‘Alah FAM tu kaum kerabat dia memanglah boleh menang’. Benda macam ni yang tak berapa nak best. So better bagi jelah team diorang menang supaya diorang suka. Tapi tu pun kadang-kadang tak boleh tutup mulut jugak akan ada pulak fitnah lain iaitu ‘haaa dah agak dah President diorang memang samseng..’.

So dari kisah jadi panjang baik beralah je. Bukan tak nak tengok team yang kita sokong menang tapi disebabkan (faham-faham je lah) so abaikan jelah piala. Biasalah bila ada yang jenis penyokong bila time team dia menang dia cari hal tu belum team dia kalah memang sampai terbakar seat stadium takpun terbalik kete polis jangan main-main. Kalau tak percaya korang boleh pegi tengok kat page-page sukan yang ada update pasal kemenengan JDT ni. Nak baca semua komen pun terasa macam tak best. So pandai-pandai jelah….

Apa pendapat anda tentang keputusan ini? Adil? Tak Adil? Berat Sebelah? Berat Dua Belah?

p/s:

Macam mana bola sepak Malaysia nak maju kalau FAM mundur dan penyokong pun mentaliti sayur icon smile JDT Menang Automatik 3 0 Ke Atas T Team

pixel JDT Menang Automatik 3 0 Ke Atas T Team
 JDT Menang Automatik 3 0 Ke Atas T Team Bean Moreno (1359 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress JDT Menang Automatik 3 0 Ke Atas T Team

Comments

comments

7 comments

  1. memang JDT layak menang. itu peraturan FIFA. penyokong yang pasukan tidak menang kena lah terima keputusan. bukan melalak sebarangan.

    kita nak bola sepak kita maju dan profesional, tapi kita (penyokong) pun haruslah menunjukkan sikap profesional jugak.

    ada penyokong yang bawak mentaliti jahiliah lagi. pergi stadium je nak bergaduh
    azwan recently posted..Insiden Larkin : JDT Menang 3-0My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge