Menang Kereta Untuk Contest Readers Digest – Satu Teknik Marketing Terhebat

Assalamualikum,

Salam Jumaat semua. Apa khabar. Hari ni sebelum keluar send barang-barang jualan dan pi site saya nak share dan tanya pandangan berkenaan satu perkara. Pernah tak dengar pasal Contest Readers Digest? Dulu saya memang suka beli buku kecik ni. Tapi dah lama stop sebab tak de masa nak baca. Dulu masa belajar bestlah xde keje sangat tak busy. Saya rasa ramai juga yang yang beli Readers Digest. Hari tu dapat surat dari diorang dan dalam surat tu dia ajak masuk contest untuk dapatkan kereta. Kira scratch & win lah ni.

aaaaa Menang Kereta Untuk Contest Readers Digest   Satu Teknik Marketing Terhebat

 

Ni saya dapat last 2 days. Dulu pun pernah jugak dapat tapi sebab malas nak layan so memangterus ke tong sampah je. Kali ni hati ada baik skit dan sifat ‘huznuzon’ yu tebal maka layankan kejaplah dengan hati rela. Kalau tengok memang ayat-ayat dalam kad ni memang power. Siapa iman tak kuat kompom akan buat. Itu belum tengok lagi gambar pemenang contest Readers Digest yang lepas. So apa yang kita kena buat untuk menang kereta ialah sangat mudah. Hanya gores belakang kad ni so kereta dengan plate yang sama seperti di atas iaitu CAS7209 itulah kereta yang bakal kita menang :). Dengan hati bersih saya gores…

bbb Menang Kereta Untuk Contest Readers Digest   Satu Teknik Marketing Terhebat

 

Amacam? Menang kereta bangsawan beb. Volvo XC60. Yang bestnya kalau tak nak kereta boleh pilih ambil cash RM300,00. Pergh boleh settle hutang. Rupanya ku sangka panas sampai ke tengah malam rupanya banjir pukul 2 petang. haha. Dah gores bukan boleh terus claim. Nak kena pi kat satu lagi kertas. Kat kertas tu ada 3 stiker untuk dilekatkan pada borang (terlupa ambil gambar). Dah tampal stiker lepas tu nak kena ‘confirm’ subscribe pulak. Sama ada bayaran lump sum ataupun ada bayaran tertentu.

Nampak tak? Power gile teknik marketing dia. Siapa yang tak kuat iman ni memang sah-sah subscribe. Tapi kita huznuzon lah eh. Mungkin yang subscribe tu memang nak ilmu dalam majalah tu :). Memamng betullah senang tu takkan datang bergolek kita yang kena tergolek dulu baru boleh senang. Gila siapa yang nak kasi barang macam ni senang-senang at least nak kena labur dulu. Mat Yo nak dapat Audipun kena berhempas pulas main bola. Bukan takde yang menang. Ada diorang siap letak gambar ‘aci’ yang menang kereta last year (ntah betul ke idak) tapi tak taulah berapa ribu dia dah habis. So saya saja tanya pendapat orang dalam FB :

rdfeed Menang Kereta Untuk Contest Readers Digest   Satu Teknik Marketing Terhebat

 

Dari banyak-banyak feed back 90% bagi feedback negative. Mungkin diorang ataupun ada relative diorang yang dah pernah cuba tapi tak berjaya. So bila dah banyak sangat feed back yang negative ‘avoid is better than cure’ lah kan. Jadi pengakhirannya kertas tu masuklah dalam plastik sampah. Apa pandangan korang pasal contest yang macam ni.Adalah sama macam sindiket gores dan menang?

pixel Menang Kereta Untuk Contest Readers Digest   Satu Teknik Marketing Terhebat
 Menang Kereta Untuk Contest Readers Digest   Satu Teknik Marketing Terhebat Bean Moreno (1359 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress Menang Kereta Untuk Contest Readers Digest   Satu Teknik Marketing Terhebat

Comments

comments

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge