Maharaja Lawak Mega 2013 – Minggu Kelima | RM31,000 Untuk Mangsa Banjir

Assalamualaikum,

Semalam macam biasa pukul 10 ada siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2013 – Minggu Kelima kat Astro Warna dan Mustika HD. Sekali lagi kebanyakan persembahan memang membosankan termasuk Sepahtu dan Nabil. Kali ni terasa macam tengok Raja Lawak 7 yang mana peserta dia semuanya bosan. Saya tak faham kenapa diorang buar persembahan macam main-main terutama Kumpulan Sepahtu. Mungkin sebab Rahim R2 tak function dalam kumpulan tu. Percubaan Nabl untuk bawak sekali lagi cerita bangla pun tak jadi.

SENARAI%252BPENUH%252BPESERTA%252BMAHARAJA%252BLAWAK%252BMEGA%252B2013 Maharaja Lawak Mega 2013   Minggu Kelima | RM31,000 Untuk Mangsa Banjir

Bagi saya semalam yang paling menyerlah dalam Maharaja Lawak Mega 2013 – Minggu Kelima ialah Kumpulan Bocey. Lawak simple tapi punchline dia berterusan. So ini bermakna Bintang Mencari Bintang adalah lebih relevan daripada Raja Lawak. Terus terang selaku peminat Kumpulan Sepahtu saya sikit kecewa. Nak kecewa banyak pun tak guna sebab kalau diorang menangpun bukan nak share dengan saya :). Oklah jom ushar 3 persembahan menarik untuk minggu kelima ni :

1. Kumpulan Bocey

2. Kumpulan Shiro

3. Kumpulan Boboi

Ni 3 persembahan menarik bagi saya untuk Maharaja Lawak Mega 2013 – Minggu Kelima. Kalau nak tengok [ersembahan lain boleh ushar Facebook Guatv. Kalau terasa diri tu terlambat boleh cari kat dailymotion. 2 benda yang menyentuh hati. Yang pertama ialah persembahan Kumpulan Boboi yang mana saya rasa tu adalah hasrat hati diorang. Walaupun disampaikan dalam bentuk lawak tapi itu adalah satu percubaan untuk mengeluarkan diri diorang tapi malangnya tak berjaya mereka terus berada dalam gelanggang. Yang kedua ialah hasil kutipan untuk mangsa banjir. Diorang peserta Maharaja Lawak Mega 2013 telah menderma sebanyak RM31,000 (ni termasuk Johan) untuk mangsa banjir. So kat sini kita tau yang artis juga perihatin.

Jadi apa pendapat korang tentang persembahan peserta Maharaja Lawak Mega 2013 – Minggu Kelima ? Kalau sudi boleh drop komen lah ye. Tak kena bayar pun :). Saya cuma harap minggu depan diorang kasi yang terbaik sebab letih wooo berjaga semata-mata nak tengok diorang perform.

pixel Maharaja Lawak Mega 2013   Minggu Kelima | RM31,000 Untuk Mangsa Banjir
 Maharaja Lawak Mega 2013   Minggu Kelima | RM31,000 Untuk Mangsa Banjir Bean Moreno (1385 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress Maharaja Lawak Mega 2013   Minggu Kelima | RM31,000 Untuk Mangsa Banjir

Comments

comments