Diberi Peluang Sekali Lagi Jadi Papa

Assalamualaikum,

Harap semua sihat dan gembira. Saya sentiasa gembira walaupun tengah pening dengan apa yang dihadapi. Actually benda ni berlaku last 2 weeks tapi baru dapat nak berkongsi sebab takut tak confirm. Tapi kalau dah terlepas beberapa minggu ‘angin perempuan’ tak sampai so maknanya dah confirmlah tu. Tahun 2012 saya telah dianugerahkan seorang anak bernama Abdullah Nazheem Akid. Saya tunggu selama 3 tahun untuk bergelar seorang papa. Walaupun satu jangkamasa yang lama tapi sabar tu penting.

Cheras 20131208 00632 Diberi Peluang Sekali Lagi Jadi Papa

Saya walaupun dah pernah jadi papa dan dah tengok benda ni tapi still tak faham-faham. Mungkin sebab banyak sangat makan semut. Tapi wife saya kata tu dah kira ‘ada isi’ lah tu. Masa dia bagitau saya last week saya macam buat-buat tak reti je pun (walaupun terkantoi senyum). Gila siapa tak happy bila dapat berita macam ni walaupun ada juga terfikir ‘layak ke aku nak jaga lagi sorang?’. Tapi saya positifkan diri dengan kata anak tu rezeki.

Saya teringat dulu sebelum dapat Nazheem memang sedih tengok kawan-kawan baru khwin bini dah mengandung. Tapi kena ubah mentaliti macam tu. Mungkin belum tiba masa time tu untuk saya jadi papa. So kena lah harungi kesedihan tu. Tapi berkat doa dan usaha maka lahirlah Nazheem. Tu yang ada member tanya apa yang saya buat? Jawapannya :

1. Check Doktor

Benda ni penting. Kita tak boleh terlalu yakin yang kita subur. Mungkin kesuburan tu tak jadi maslah tapi mungkin ada masalah lain yang kita tak tau. So pi jumpa yang pakar check suami dan isteri.

2. Pergi Berurut

Ni pun satu ikhtiar yang penting. Kita ni bekerja 8 jam sehari dan 6 hari seminggu so kita tak tau kadar keletihan tu. Bila terlalu letih pun susah juga nak ‘buat kerja’ jadi nak kendurkan urat yang tegang pi lah berurut. Tapi jangan pulak gi ‘Saigon’ untuk berurut. Tu dah lain jadinya.

3. Minum Susu Kambing + Badam / Kismis

Ni petua yang wife saya baca kat internet. Saya pun pelik tetiba hari tu dia beli susu kambing Anugerah. Every morning diaakan prepare air susu kambing ni bagi saya minum. Nak harap saya buat memang mintak maaf jelah.

Ni antara ikhtiar kami untuk dapat zuriat. Lain orang lain cara dia tapi tak kisah janji jangan buat bende kurafat puja kubur dah la. Kalau nak ikut ikhtiar kitorang boleh saya just kongsi je tak nak ikut pun takpe haha. Apapun tak sabar nak tunggu adik Nazheem ni. Nak kena kerja kuat sikit ni. Lepas kapal dah ada penumpang baru.

 

p/s:

Doakan semua berjalan lancar selama 9 bulan 10 hari ye icon smile Diberi Peluang Sekali Lagi Jadi Papa

 

pixel Diberi Peluang Sekali Lagi Jadi Papa
 Diberi Peluang Sekali Lagi Jadi Papa Bean Moreno (1385 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress Diberi Peluang Sekali Lagi Jadi Papa

Comments

comments

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge