3 Ugutan Pelanggan Dalam Perniagaan Online

Assalamualaikum,

Selamat hari Isnin. Hari ni just nak share pendapat tentnag perniagaan online. Actually setelah 5 bulan menjalankan perniagaan internet di Dress Like Casual maka macam-macam ragam customer saya dah jumpa. Berniaga ni memang seronok tapi yang buat kita boleh stay lama ialah mental. Kalau mental kita cepat koyak memang serius perniagaan online kita akan jahanam. Seorang peniaga online mesti nak kena tau handle dia punya customer.

PERNIAGAAN 3 Ugutan Pelanggan Dalam Perniagaan Online

Bagi yang dah ada butik online besar-besar contohnya macam Zalora masalah ni diorang tak berapa nak kisah sangat sebab diorang dah ada department untuk settlekan customer ni, Lagipun harga diorang dah memang tak boleh tawar dan diorang dah ada experience tentang customer. So bagi seseorang yang baru nak buat perniagaan online terutama sekali yang jual benda-benda kecil maka mereka akan berhadapan dengan beberapa ugutan pelanggan. Ni adalah pengalaman saya dan ada 3 ugutan pelanggan dalam perniagaan online.

1. ‘Kalau Abang Bagi Harga xxx.xx Saya Beli’

Ni ugutan paling bahaya. Kalau jenis peniaga online yang nak sale dia mesti akan cair punya. Harap-harap tak ramai lah jenis peniaga yang senang cair. Sebab benda ni boleh jejaskan margin bukat takat dia je tapi semua peniaga online yang lain. Kita nak salahkan customer or pembeli pun tak boleh sebab diorang mana tau margin so kita peniaga lah yang tentukan. Sebab tu penting sebelum meniaga survey harga.

2. ‘Kat Page Lain Lagi Murah, Kalau Abang Tak Bagi Murah Memang Takde Customer Nak Beli’

Yang ni kadang-kadang betul tapi most of them tak betul pun saje nak kasi kita peniaga online ni takut. Macam lah kita ni bukan pembeli nak bargain cara gitu. Mentang-mentang lah kita berniaga maya semua nya dia nak ‘maya’ kan. So sebab tu penting jaga margin. Tapi ada jugak peniaga online yang tak tau nak jaga hubungan sesama peniaga. Yang dia tau tembolok dia penuh dah cukup. Jangan rosakkan margin.

3. ‘Kalau Design Ni Ada Warna xxx Saya Beli’

Ni ugutan yang susah nak elak. Kadang-kadang customer ni suka jaga hati. Dia sebenarnya tak nak beli pun saya je nak bertanya. Tapi bila kita as perniaga tanya dia diorang akan kasilah alasan yang macam ni. Niat hati diorang just nak survey je tapi gaya diorang tanya macam inspector polis buatkan kita rasa dia tu macam potential customer. Kadang-kadang kita dah letak kat gambar ‘available in White & Black’ tapi lepas dah tanya harga semua bila kita tanya jadi tak, dia akan cakap ‘takde warna pink ke? Ingatkan ada. Kalau ada Warna pink saya belilah’. Memang potong terus haha.

Ni antara 3 ugutan pelanggan dalam perniagaan online. Tu yang saya cakap nak kena ada mental yang kuat kalau tak memang kerja maki hamun jelah. Actually meniaga ni penuh dengan warna warni. Kita dapat belajar benda yang tak pernah kita belajar dalam kelas even kita ada degree in business study. Setiap pelanggan ada karenah dia. Ada yang jenis over excited, ada yang jenis tak kisah. Semua terpulang pada kita macam mana nak manipulate pemikiran diorang.

p/s:

Sedar tak sedar dah nak masuk 6 bulan berdiaga. Sesiapa nak beli baju marilah ke Dress Like Casual.

pixel 3 Ugutan Pelanggan Dalam Perniagaan Online
 3 Ugutan Pelanggan Dalam Perniagaan Online Bean Moreno (1385 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress 3 Ugutan Pelanggan Dalam Perniagaan Online

Comments

comments

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge