3 Lagu Dakwah Yang Kerap Dimainkan Di Radio

Assalamualaikum,

Hari ni nak share berkenaan lagu sahaja. Sekarang ni dakwah bukan sahaja disebarkan dengan kuliah dan juga lagu nasyid. Kalau dulu zaman 80 an dan 90 an pendakwah menyampaikan dakwah dengan guna medium nasyid tapi sekarang dah berubah. Lagu rock pun dah ada unsur dakwah. So sekarang ni muzik hi hop tengah up maka ramai artis yang menggunakan irama ini untuk sampaikan dakwah. Ada yang kata itu cuma untuk tarik peminat agar meminati meraka tapi kita ‘huznuzon’ lah. Niat orang dia je yang tau.

keep dakwah and islam on 3 Lagu Dakwah Yang Kerap Dimainkan Di Radio

 

Pic credit to Keep Calm-o-matic

Sekarang ni saya rasa ada dua lagu dakwah yang disampaikan dalam irama rap dan bukan sahaja irama dia bagus tapi content dia pun bagus. Jom kita layan 3 lagu dakwah yang saya rasa selalu di mainkan di radio :

1. Al-Haq – Dato’ AC Mizal feat Mawi

Lagu ni actually biasa je. Lirik dia pun tak mendalam sangat. Takde kupas dalam sangatpun. Cuma irama dia tu best dan satu lagi apa yang buat lagu ni menarik ialah doa yang dibaca oleh Mawi. Setiap kali dengar doa tu memang naik bulu roma.

 

2. Dakwahku Duniaku – Ayai Illusi feat Altimet

 

 Lagu ni memang lirik dia terbaik terutama bait-bait Altimet. Dia kupas al-Rahman dan al-Karim. Tu nama-nama Allah yang patut kita tahu dan faham. Sebelum nipun Altimet memang ada satu lagu dakwah. So lagu kali ni boleh dikatakan menarik gabungan lirin dengan suara Ayai memang kena. Kadang-kadang dah macam lagu rayapun ada :).

 

3. Perang Dah Tamat – Malique feat Rabbani

Ni actually lagu dah lama tapi antara lagu dakwah yang kerap di main kan di radio. Kalau nak ikutkan lagu ni lirik dia agak berat. Sangat puitis dan kalau nak fahamkan lirik Malique memang otak nak kena cerdas skit. So pastikan makan banyak kismis sebelum nak tafsir lirik Malique.

 

Saya rasa ni antara lagu dakwah yang tengah top kat radio sekarang ni. Takde dengar yang lain lagi. So sekarang ni muzik rap adalah pengaruh terbesar. Kalau nak diikutkan kat luar dah ramai pernyanyi rap yang nyanyi lagu dakwah apatah lagi RnB. Siapa yang pernah layan Soldier of Allah mesti tau konsep lagu diorang…

 


p/s:

sekarang ni orang pilih bulu nak dengar nasihat. Tengok orang tak pakai serban memang bo layanlah icon smile 3 Lagu Dakwah Yang Kerap Dimainkan Di Radio

pixel 3 Lagu Dakwah Yang Kerap Dimainkan Di Radio
 3 Lagu Dakwah Yang Kerap Dimainkan Di Radio Bean Moreno (1384 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress 3 Lagu Dakwah Yang Kerap Dimainkan Di Radio

Comments

comments

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge