6 Teknik Keji Naikkan Facebook Page

Assalamualaikum,

Sebelum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua. Actually post ni saya dah lama nak post sebelum saya stop blogging dulu. Tapi asyik busy je so tak jadi-jadi nak post. Macam yang kita tau sekarang ni ‘orang-orang internet’ bukan takat guna blog je buat duit tapi sekarang page siapa kuat dia boleh buat duit. Tak percaya boleh refer Social Marketer Tyco.

 

insight 6 Teknik Keji Naikkan Facebook Page

 

 

Atas ni insight page berniaga saya iaitu Dress Like Casual yang mana saya meniaga barang-barang China (replica). So siapa nak baju boleh ushar lah ye :). Actually saya bukan nak cite pasal page atas ni pun just a small promo hihi.

Zaman sekarang manusia makin bijak so macam-macam cara diorang guna dan create untuk naikkan facebook page. Selain guna FBAds banyak produk-produk best untuk tingkatkan keupayaan Facebook Page. Sontoh paling syok ialah Sifu FB Ads.

Tapi sepanjang saya senyap dari dunia blog ni macam-macam teknik yang saya jumpa pemilik FB Page guna. Walaupun saya tak berblog, tapi saya masih oengguna internet tau so saya memerhatikan apa yang berlaku tanpa campur tangan hihi(Blogger bergaduh pun saya tau). So hari ni nak share beberapa teknik keji yang ramai gunakan untuk upkan page diorang.

1. Gunakan Agama

Siapa biasa tengok? 4 month back ramai yang guna teknik ni. Bak kata Johan ‘Cam Laha’. Serius gila keji. Tau tak macam mana cara dia. Pernah tak tengok page update gambar berkaitan Islam pastu ayat dia macam ni.

‘Kalau anda sayangkan Islam sila share, like takpun komen’

Lebih kurang macam nilah ayat dia. Memanglah menyebarkan Islam tu satu ibadah tapi perasan tak dengan cara macam ni ikhlas tu takde. Tak kisahlah ikhlas dari pengunjung mahupun owner page. Owner page cuma buat hanya untuk attract visitor je bukan betul-betul niat berdakwah. Tapi kalau memang niat berdakwah alhamdulillah…

2. Gunakan Kelemahan Orang lain

Ni lebih kurang macam kat atas ni. Cume bezanya dia guna medium lain je. Pernah tak pagi-pagi buka timeline tetiba ternampak page post pasal kanak-kanak cacat ke, tak pun orang tua. Ayat dia lebih kurang cam ni…

‘Kalau kesiankan orang dalam gambar ni sila like,share, ataupun komen’

Pergh sedap-sedap je gunakan kekurangan orang lain untuk diri sendiri. Kalau ye nak membantu tu bukan caranya. Selidik pastu sebarkan untuk bantuan bukan untuk raih like. Yang paling best ada jugak page yang sebarkan gambar yang diorang tak tau betul ke tak. Ntah-entah edit ke. Takpun kes tu dah lama.

3. Gunakan Fitnah/ Cerita Tak Masuk Akal

Kalau perasan banyak je pun page type macam ni. Post benda-benda yang mempengaruhi pemikiran orang lain. Cerita yang diorang sebarkan pun peratusan kepercayaan tu 1% pun xsampai. Setiap hari ada je post mengarut yang mana diorang sendiri pun just dengar dari mulut orang lain.

4. Widget ‘Penunggu’

Yang ni pun antara yang hot jugak. Ramai yang guna terutama blogger desperate yang mana nak jadi sefemes artis. Kalau takat letak counting start 10 saat takpelah, ni dia punya counting time dekat 10 minit (ada ke?). Macamlah maklumat dalam blog dia tu penting dan takda kat blog orang lain. Ces!

Sedarlah wahai adik oi, sekarang ni blogger dah berjuta beb. Korang pasang widget tu dengan counting time yang tak masuk akal, kalau saya memang sorrylah nak tunggu. Gila ke apa nak paksa wa yang samseng ni menunggu. Banyak lagi blog yang saya boleh dapat maklumat yang sama haha.

5. Gunakan Identiti Orang Lain

Yang ni antara teknik paling keji lah senang cite. Orang macam ni dia bijak. Dia tau artis punya page kebanyakannya bukan artis tu handle. So diapun nak jadi content creator untuk artis tu. Maka Dia jaja lah orang tu punya nama. Tanpa persetujuan tuan punya badan dia pun kutip apa sahaja hasil untuk diri sendiri.

Orang macam ni serius keji sebab terlalu desperate sampai sanggup guna orang lain. Kesian… Please get a life lah. Takkan sebab nak untung kita nak kena gunakan orang lainkan. Tak baik macam tu :).

6. Memperbodohkan Likers

Perasan tak teknik ni ramai yang terkena. Saya sekali jelah orang kenakan macam ni lepas tu page lain yang buat memang maaflah. Kalau korang perasan dia buat satu trick. Letak satu gambar lepas tu dia akan letak ayat :

‘Cuba tekan no dua ratus juta dan tekan like. Lepas tu tengok apa akan jadi’

Memang tak de apa jadi pun. Semua dah kena main dengan admin page tu. Tungu punya tunggu gambar tu tetap statik haha. Saya rasa ramai yang dah terkena sebab timeline saya boleh dikatakan hari-hari ada friend yang ikutkan admin tu haha. Pastu komen kedua mesti…

‘Eh xde apapun jadi. Admin penipu!’

Mungkin ada lagi teknik-teknik yang lain yang mana saya tak perasan. Tapi serius benda ni tak sepatutnya berlaku. Kita buat duit online biarlah dengan cara betul. Saya dari dulu sampai sekarang page like untuk Suterablogger memang tak lebih 200 pun tapi ok je. Kalau ada orang nak like dipersilakan tapi kalau orang tak nak biarkan jelah.

Tak guna kita paksa orang like fanpage sebab page yang bagus ialah page yang ada content dan aktif atas kerelaan likers dia bukan sebab paksaan. Ni page ak

pixel 6 Teknik Keji Naikkan Facebook Page
 6 Teknik Keji Naikkan Facebook Page Bean Moreno (1359 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress 6 Teknik Keji Naikkan Facebook Page

Comments

comments

51 comments

  1. yang paling celaka..

    diorang jual servis naikkan like fanpage atau like blog orang lain guna cara yang ko sebut tu..

    tu yang aku tak leh nak berapa terima sangat.

    kalau 100% guna facebook ads. Itu lain cerita sebab diorang bayar guna duit sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge