5 Soalan Lazim Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum Readers,

Seperti biasa blog ni akan mempunyai artikel baru sekiranya penulis mempunyai masa lapang tidak seperti penulis-penulis lain yang memang sentiasa lapang untuk menulis hehe. Macam yang kita tau esok kita dah start puasa so malam ni  kita dah start terawih. Bagi saya Ramadhan kali ni memang bermakna sebab tahun ni saya dah akan rasa Ramadhan sebagi seorang anak,abang,suami dan bapa ;).

 

Start of Ramadan 2013 in the Philippines 5 Soalan Lazim Menjelang Ramadhan

 

Credit to – I am Jammed

 

Ok menjelang nak puasa ni macam biasa setiap tahun benda yang sama akan terjadi. So dalam entri kali ni saya nak share 5 soalan wajib bila nak menjelang Ramadhan. Saya tak pasti benda ni sama dengan korang ataupun tak tapi memang setiap tahun benda ni saya dan orang-orang yang terdekat dengan saya akan hadapi.

1. Tahun Ni Raya Nak Balik Mana?

Ada tak menghadapi soalan ni? Benda ni terjadi terutama pada pasangan suami isteri. Kadang-kadang anak bulan belum muncul, pakcik pakai spec pun belom lagi keluar tv dah kita tanya soalan ni. Yang paling best disebabkan soalan ni ramai suami isteri yang akan bergaduh dan bermasam muka. Benda ni sangat sensitif sehinggakan ada kes cerai pasal benda ni je. So kena jadi adil dalam hal ni supaya rumahtangga aman hihi.

 

2. Tahun Ni Baju raya Calour Apa?

Dah menjadi lumrah satu keluarga kalau raya mesti nak pakai baju yang sama. Kira Boria Raya orang kata. Biasanya kaum pompuan yang akan handle bab-bab ni orang lelaki memang kurang nam ambil tahupun janji ada baju ada seluar dah boleh beraya. Hari raya dah jadi macam pertandingan pakaian beragam dah lagi-lagi kalau dalam keluarga besar. Warna-warni satu rumah hihi.

 

3. Kat Mana Bazaar Ramadhan?

Ni biasanya lepas terawih malam pertama baru orang akan mula keluarkan soalan ni. Padahal sepatutnya soalan betul esok nak sahur apa? sebab sebelum berbuka kena sahur dulu. Soalan ni lazimnya keluar pada pasangan suami isteri terutama yang baru berpindah. Malam tu akan mula tanya jiran-jiran kat mana bazaar Ramadhan yang best.

 

4. Bila Nak Start Shopping Raya Ni?

Biasanya yang ni memang orang akan tanya. Nak tau sebab apa? Sebab sebulan sebelum puasa kebanyakan pusat membeli belah dah sibuk gantung banner Jualan Raya. So kat situ membuatkan pelanggan rasa tak sabar nak raya walaupun Ramadhan belum sampai lagi haha. Tapi tulah lumrah, benda yang patut diutamakan akan jadi tak penting disebabkan keadaan sekeliling. Orang akan sanggup tinggalkan terawih semata-mata untuk pergi Jalan Tunku Abdul Rahman beli baju raya.

 

5. Kalau Kentut Batal Tak Puasa?

Jangan tipulah kalau setiap Ramadhan korang tak dengar soalan ni. Dari kecik sampai ke besar mesti akan dengar. Kita sendiripun pernah tanya benda ni pada mak bapak kita kan. Saya sendiri tak sabar nak tunggu Nazheem tanya saya soalan ni. Memang nampak macam soalan pelik tapi seronok terutama bila budak-budak yang tanya kat kita.

Ni apa yang saya lalui sepanjang hidup bila menjelang Ramadhan. Banyak soalan-soalan yang keluar tak berkaitan dengan Ramadhan tapi lebih kepada sambutan Syawal.Sebab memang mentaliti kita ‘Puasa adalah Untuk Raya’ bukan ‘Raya adalah Untuk Puasa’. Berbeza tau dua phrase ni. Bila target kita berfikir Puasa untuk raya kita mungkin akan abaikan apa yang patut kita buat semasa Ramadhan. So hati-hati sebab time Ramadhan nilah kita nak bersihkan dosa dan tambah pahala ;).

 

p/s:

First time beraya sebagai sorang papa icon wink 5 Soalan Lazim Menjelang Ramadhan

pixel 5 Soalan Lazim Menjelang Ramadhan
 5 Soalan Lazim Menjelang Ramadhan Bean Moreno (1365 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress 5 Soalan Lazim Menjelang Ramadhan

Comments

comments

10 Thoughts on “5 Soalan Lazim Menjelang Ramadhan

  1. Memang seronok bean beraya bertiga ni.. aku masuk tahun ke2 berpuasa dengan anak dan beraya dengan anak..

    Soalan kau yg pertama tu.. aku dah ada jawapan.. setelah buat mesyuarat minggu lepas.. hehehe..

    Tahun ni balik……. jeng2.. jeng2
    myvitrd recently posted..Ada Rezeki Tahun 2047 Baru dapat Tunai HajiMy Profile

  2. tahun ni raya kampung bini laaaaa… meh meh beratur ambik duit raya…

    hihihihi
    KiD recently posted..Bakal Kakak Ipar Shakiddo?My Profile

  3. Hahaha…x ble bla kentut bantal puasa ke tak..
    Tapi mmg betul la tu sumer soklan feveret..
    Antara yg dyh pnh dgr bajer raya berapa.. dui raya nak bagi berapa kuih raya berapa jenis..

    :)

    Oh ya.. tahniah yer..

    Jawapan betul.

    Harap sudi tinggalkan nama alamat no tepon untuk urusan penghantaran hadiah..

    Mekasih sudi jawab..

    Selamat berpuasa.
    dayah recently posted..kisah budak upload video lepas couple semingguMy Profile

  4. soalan yang pasal baju raya tue memang telah ditanya oleh pn wifey sebulan sebelum puasa..senang nak buat preparation katanya…
    adoyai..
    yang lain2 tu bru nak mula tanya..
    tapi memang soalan yang glamor bila mula puasa…

  5. hahaha… standard lah soalan macam tue. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation