Candy Crush Penghancur Masa Depan

Assalamualaikum,

Pergh terasa lama siot tak update blog ni. Sebenarnya memang dah malas nak update sebab masa sangat limited ditambah dengan kehidupan militan yang tiada internet di rumah so memang payah nak aktif macam dulu. Tapi bila fikirkan yang hosting ni berbayar memang rasa rugi plak tak menulis. Actually saya agak busy dengan 3 benda sekarang ni. Pertama kerja yang boleh dikatakan banyak di pejabat, kedua ialah sibuk handle page Inter Johor Firms dan yang ketiga ialah ketagihan terhadap “Candy Crush‘.

 

candy crush Candy Crush Penghancur Masa Depan

level 109 candy crush

 

Benda alah atas nilah yang telah melalaikan saya dari update blog ni. Hari ni saya cuba lawan dan berjaya. Pergh sejak terjebak dengan game Candy Crush ni macam-macam benda pending. Jangan kata blog ni kerja office pun boleh pending. Nasib baik dapat kawal nafsu so lepas siap kerja baru main. Pada mulanya saya memperlekehkan isteri saya sebab main benda ni. Yelah nampak macam senang je. Bila terjebak pergh memang ‘addict’. Memang kalau dah bukak Candy Crush ni memang akan ngedap tak kiralah nyawa dah habis.

Top 25 Chart April MAU Candy Crush Penghancur Masa Depan

 

Nampak tak. Dia punya power siap masuk ranking 25 Top Facebook Game tau. Nampak tak dia punya berhantu haha. So insan-insan lemah macam saya ni adalah salah sorang yang addcited dengan game ni. Nasib baik tak lalai solat ;). Even bilangan user dia semakin berkurangan tapi still no 1 der. Macam-macam tips saya belajar lepas main benda ni. Memang kreatif siapa buat game ni. Antara cheat code yang boleh kita guna ialah lajukan masa komputer. Bila lajukan maka dapatlah life free tanpa perlu request.

Macam saya, saya dah ada orang yang ikhlas derma life untuk saya teruskan career sebagai seorang permusnah gula-gula hihi. Apapun nak main boleh tapi jangan gadaikan masa depan sebab game ni. Bahaya wo kang anak bini tak makan kat umah ;).

 

p/s:

Dulu gila main Mafia Wars tapi sejak ia semakin membosankan dan dah jadi taiko besar yang kaya maka saya malas nak main.

pixel Candy Crush Penghancur Masa Depan
 Candy Crush Penghancur Masa Depan Bean Moreno (1385 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress Candy Crush Penghancur Masa Depan

Comments

comments

7 comments

  1. Pingback: Bukan SPAM Tapi Autopilot | Sutera Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge