Apa Yang Menjadi Trend Dalam Kehidupan Sekarang

Assalamualaikum,

Hari ni sebenarnya malas nak update blog tapi disebabkan takde kerja so update gak satu entri lagha. Nak cerita pasal politik takut jadi fitnah, nak cerita pasal bola nanti Fans team lain sembur jadi kita cerita pasal trend. Kalau nak ikutkan zaman moden ni semua benda nak dijadikan trend. Manusia zaman sekarang ni buat sesuatu semuanya sebab trend. Hari ni just nak share apa yang saya nampak pasal trend ni.

 

Trends2012 Apa Yang Menjadi Trend Dalam Kehidupan Sekarang

 

Trend ni dikaitkan dengan apa yang sedang hangat diperlakukan dan apa yang orang sedang buat. Atau bahasa mudah benda yang mempengaruhi ikut untuk buat. Kadang-kadang benda tu sangat tak penting pun tapi bika orang buat kita pun akan buat dan ia jadi satu fenomena. Apa yang korang rasa trend zaman sekarang? Bagi saya ada beberapa trend yang tengah berlaku dan jadi ikutan serta fenomena.

1. Makanan

Yang saya rasa semuapun nampak dan terikut-ikut termasuk saya ni ha. Jangan cakap korang tak itu adalah satu pembohongan besar dalam kehidupan haha. Siapa yang tak teriktu dengan trend makanan ni. Dulu hangat dengan cup cake. Semua orang cari cup cake. Padahal cup cake ni zaman dulu dah ada tapi bila jadi trend semua orang cari. Nak kawin bagi cup cake, bertunang kasi cup cake sekarang Secret Recipe pun takut sebab hari jadipun nak cup cake hihi. Lepas tu muncul pulak Durian Crepe. Sekarang burger panggang pulak.

2. Gadget

Yang ni paling sensitif sebab salah cakap orang akan kondem blog ni tapi saya cakap jugak. Gadget ni sebenarnya bukan satu keperluan sangat pun. Dunia gadget jadi trend lepas Apple keluarkan iPhone. Lepas tu mulalah tablet keluar. Kadang-kadang pelik dengan gelagat orang. Sanggup beli gadget mahal-mahal lepas tu bila kita suruh send email dia cakap tak boleh. Rupanya gadget yang dia beli tu hanya untuk tangkap gambar, call, dan SMS je. Untung sikit buat main game itupun bukan dia download kat Apps store tapi beli kat kedai haha.

3. Muzik

Ni pun satu hal. Remaja paling senang tergoda dengan muzik ni. Actually benda ni bukan baru je berlaku dari zaman bapak-bapak kita pun trend muzik ni dah jadi. Tak percaya tanya diorang. Dulu zaman P. Ramlee genre muzik lain, masuk pulak Pop Yeah Yeah, Zaman Azroi pakai muzik lain tetiba tahun 2000 zaman rock. Dan ia berterusan sampai ke hari ni KPOP mula meracuni minda budak-budak zaman sekarang. Zaman saya dulu memang kuat muzik punk dan ska haha. Orang dengar muzik bukan sebab nak dengarpun tapi sebab nak ikut trend haha. Kadang-kadang lagu yang diorang dengar tu pun bukan diorang faham tapi sebab nak ikut trend maka kena jugak dengar.

4. Pakaian

Zaman sekarang ni pakaianpun jadi trend. Kejap-kejap keluar fesyen lain. Ini tak terkecuali pada pakaian muslimah siap ada muslimah moden. Tak salah nak trend kan tapi biarlah ikut konsep betul. Ni tak cakap pakaian muslimah tapi bawah ketat. Atas dan cover rambut tapi bawah belanja pun tak guna juga. Dosa tetap dosa. Tapi sebab nak kejar trend ramai jugak orang yang tak fikir benda ni.

5. Pelakon

Kalau perasan pelakon pun ada time dia trending. Bila nama dia tengah naik memang kalau bukak TV asyik dia jelah. Pagi petang siang malam memang drama dia je lah yang keluar TV. Biasalah time tengah orang nak tengok muka dia time tulah produksi gunakan diorang nanti bila dah ada yang lain jadi extra jelah itupun ok kalau jadi model iklan? Kita tengok start dengan Yana Samsudin popular asyik gambar dia je masuk poster kat paggung, lepas tu muncul pulak Wawa Zainal (ehem-ehem), tak cukup Wawa Zainal muncul pulak Izara Aisyah dan seterusnya sekarang ialah zaman Nelydia Senrose (ni banyak kat drama TV je). Bagi saya yang bertanggungjawab trendingkan pelakon ni tak lain tak bukan MIG lah hehe.

6. Tarian

Ni tak payah terang semua pun tau. Dari BBoy sampai ke Gangnam. Benda nampak bodoh tapi bila dah ramai yang buat nampak menarik dan semua akan suka. Sekarang muncul pulak Gwiyomi. Sampai saya sendiri terpengaruh dengan Gwiyomi ni sebab nampak comel haha. Sekarang ni artis pun dah start buat Gwiyomi sendiri. So jangan lupa vote kat sidebar eyh haha.

Bagi saya ada bagus dan ada jugak tak bagusnya trending ni. Yang bagusnya ialah buat kita jadi peka dengan sekeliling sebab orang yang ikut trend ni dia akan update apa yang dia ikut. Al-maklumlah sekarang ni social media berlambak dah so pilih jelah mana nak guna untuk sebarkan pergerakan hehe. Tapi yang tak bagus tu pun banyak. Kita akan leka dengan trend. Bila leka kita akan jadi terlalu takzub dan mulalah nak membazir. Kadang-kadang benda tak perlupun tapi sebab nak ikut trend kita nak ada juga takut orang kata kolot hehe.

 

p/s:

Korang rasa patut tak kita ikut trend ataupun jadi diri kita sendiri dan tak ambil tau pasal trend?

pixel Apa Yang Menjadi Trend Dalam Kehidupan Sekarang
 Apa Yang Menjadi Trend Dalam Kehidupan Sekarang Bean Moreno (1359 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress Apa Yang Menjadi Trend Dalam Kehidupan Sekarang

Comments

comments

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge