PRU13 Dah Hampir – Moga Lagu Ini Boleh Menyedarkan Kita

Assalamualaikum,

Yang menjadi tanda tanya sekarang bagi seluruh rakyat Malaysia ialah bila Parlimen nak dibubarkan dan bila nak buat PRU13. Tipulah kalau kita buat tak tau sebab tu masa depan negara. Saya yang berlabel sebagai rakyat atas pagarpun berdebar tunggu pilihan raya umum 13. Debaran dia dah macam tengok siapa menang EPL dah. Adakah Manchester United ataupun Manchester City haha. Hari bukan nak berkempen tapi nak share satu lagu yang saya rasa patut diamati bukan sahaja sebagai rakyat malah pemimpin pun kena amati juga…

 

Alamak – Salamuzik feat Altimet

Lagu ni dah lama rasanya. Walaupun muzik dia mungkin sesetengah orang tak gemar sebab mungkin ada yang anti Bob Marley. Tapi lupakan siapa Marley kita cuba fahamkan lirik dia. Dah banyak lirik yang Altimet bikin memang maksud dia kena kupas dan ada kena mengena dengan perjalanan hidup kita. Lagu ni bertajuk Alamak – Salamuzik feat Altimet. Jom Ushar lirik :

Alamak alamak alamak
Ala alamak
Alamak alamak alamak
Ala alamak

Alamak aku terjatuh dalam perigi
Tiada siapa tahu
Ketakutan ku bersendirian
Check kaki tangan kiri kanan
Semuanya okay tapi
Cuma tak pasti samada kepala okay
Ternampak dua tiga buku di sini
Warnanya berbeza isinya sama
Tajuknya lain cintanya sama
Oh kenapa tak kita bersama

Alamak alamak alamak
Ala alamak
Alamak alamak alamak
Ala alamak

Aku belek buku dari dekat
Aku nampak sama
Kamu jenguk buku dari jauh
Kamu nampak beza
Kamu tengok cetek
Kamu nampak hanya nama
Kerana si ular sudah bikin kamu leka
Kita sudah lupa hanya satu pereka
Kita sudah lupa boleh makan satu meja
Hingga kisah benar kita gelar cereka
Kita lupa kita
Hanya ingat kami dan mereka
Dan bagaimana boleh melarat begini
Ku kata

Alamak
Kau kurang memahami
Jadi kita semua sebut sekali lagi

Aku belek buku dari dekat
Aku nampak sama
Kamu jenguk buku dari jauh
Kamu nampak beza
Kamu tengok cetek
Kamu nampak hanya nama
Kerana si ular sudah bikin kamu leka
Kita sudah lupa hanya satu pereka
Kita sudah lupa boleh makan satu meja
Hingga kisah benar kita gelar cereka
Kita lupa kita
Hanya ingat kami dan mereka

Alamak alamak alamak
Ala alamak (lebih banyak yang sama)
Alamak alamak alamak
Ala alamak (daripada yang berbeza)

Alamak aku terjaga dalam perigi
Ingin ku ceritakan apa ku mimpi tadi
Kelam kabut capai tali terus daki pergi lari
Apabila ku tiba
Ku ceritakan kepada semua
Mereka tak percaya
Dianggap aku berjenaka
Mentang-mentang ku tak berkasut
Hanya disarungkan selipar
Selipar
Oh kenapa tak
Tak kita

Alamak alamak alamak
Ala alamak (lebih banyak yang sama)
Alamak alamak alamak
Ala alamak (daripada yang berbeza)

 credit – 1LirikLagu

Amacam? Dalam tak maksud dia. Lagu ni akan buat siapa sahaja yang fanatik dengan parti politik tersentak sebab kebodohan mereka. Terlalu fanatik sampai menghina sesama agama. Terlalu fanatik sehingga buang keluarga ;). Bagi mereka PARTI mereka lebih mulia dari segalanya. Alamak dah macam lirik plak. Tapi apapun harap tiada perkara buruk akan berlaku ketika dan selepas PRU13. Tak kisahlah bilapun parlimen bubar dan tak kisahlah bila PRU13 kita tetap Islam. So perjuangan Islam itu lebih penting sebenarnya.

pixel PRU13 Dah Hampir   Moga Lagu Ini Boleh Menyedarkan Kita
 PRU13 Dah Hampir   Moga Lagu Ini Boleh Menyedarkan Kita Bean Moreno (1385 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress PRU13 Dah Hampir   Moga Lagu Ini Boleh Menyedarkan Kita

Comments

comments

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge