Pendapat Tentang Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz – Penerima BR1M Itu Haiwan

Assalamualaikum,

Kalau baca tajuk dah tentu ramai dah dapat agak apa yang saya nak tuliskan. Actually saya tak berapa nak minat sangat menulis pasal politik ni. Tapi sebagai rakyat maka saya rasa saya ada hak nak bercakap sedikit pasal politik Malaysia ni. Bukan nak jadi Chandra Muzaffar mahupun Pak Samad Said tapi cuma pendapat seorang rakyat yang berlabel atas pagar. Walaupun saya memang berat kepada PAS tapi tak adil bagi saya menyampaikan hanya kebaikan dan kejahatan saya sembunyikan.

Nak menulis entri berkaitan politik ni sangat susah sebab kalau salah tulis orang akan benci kita walaupun benda tu betul. Sejak rakan saya dikecam sebab dituduh menyamar sebagai seorang PAS. Dari satu sudut memang kita akan tuduh dan kecam dia macam-macam sampaikan ada yang sanggup selongkar akaun FB dia semata-mata nak aibkan dia. Tapi dari satu sudut yang mana kita tak nampak ada sikit perjuangan kat situ. Ya ramai yang kata dia macai UMNO tapi bagi saya itu lebih baik dari jadi kuda DAP. Ooops dah melalut jauh dah ni. Ok jom kita sambung pasal tajuk yang sebenar. Tentang kenyataan Tuan Guru Nik Aziz pasal penerima BR1M.

 

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Pendapat Tentang Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz   Penerima BR1M Itu Haiwan

 

Lepas Tuan Guru Nik Aziz keluar je statement berkenaan ramai yang terus kondem tanpa fikir panjang. Bagi yang tak tau meh saya share apa yang Tuan Guru Nik Aziz cakap pasal penerima BR1M :

1 Pendapat Tentang Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz   Penerima BR1M Itu Haiwan

 

Kalau orang yang sangat fanatik dengan UMNO maka dia akan cakap kenyataan ni ‘Menghaiwankan’ penerima BR1M sebab apa? Sebab nampak ayam dan lembu. Tapi sebagai seorang ulama Tuan Guru selalunya akan bercakap dalam bahasa kiasan dan bukan straight to the point. Tak thrill lah kalau cakap direct je sebab otak takkan berjalan sebab tak berfikir. Bukan sebab dia nyanyok tapi itulah bahasa ilmuan. Sedangkan ayat al-Quran sendiri ada berkias-kias. Apa yang saya faham Tuan Guru cuma nak cakap yang pengundi boleh dibeli. Bagi Br1M je dah undi. Lebih kurang macam tulah. So bila dapat kat media dia akan jadi ‘Penerima Bantuan Umpama Haiwan’.

 


Itu dari satu aspeklah kan. Dari satu aspek lagi pada pendapat saya, walaupun kenyataan tu betul tapi kesalahannya ialah bercakap di ‘public’ yang mana tak semua golongan akan berfikir cara yang sama seperti kita. Ayat ni orang rajin je yang akan fikir betul-betul orang yang malas dia akan assume negative je. So sepatutnya sebelum Tuan Guru keluarkan ayat macam ni dia kena berfikir yang dia ada haters dan mungkin apa yang dia sampaikan tak semua orang faham atau cuba nak faham. Dalam zaman yang mana fitnah berleluasa ni kita sepatutnya elakkan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. Sedangkan meletakkan harga wang hantaranpun kena hati-hati takut difitnah inikan pula kenyataan dari mulut. Sama je macam dulu Tun Mahathir keluar statement  “Better The Devil You Know Than The Angle You Dont”. Keluar je statement ni macam-macam orang kata sampai Tun M dituduh Freemason.

Jadi kat sini saya cuma nak sampaikan satu point je walaupun dah menulis cukup panjang ni hehe. Point yang utama ialah jangan terlampau sangat fanatik terhadap parti politik. Setiap parti ada kuat dan ada lemahnya. Bila kita terlalu fanatik maka BENCI akan datang dan kita akan buat apa sahaja untuk aibkan orang. Adakah dengan memburuk-burukkan orang kita akan puas dan adakah sanggup kita nak minta maaf secara terbuka sekiranya tanggapan kita salah. Tapi bagi ulama difitnah itu perkara biasa sebab itu adalah satu cubaan bagi mereka. Kita yang biasa ni yang takde ilmu patut rujuk dulu. Ni tak baca Quran pun 5 tahun sekali macam pilihanraya tau-tau nak hentam Tuan Guru.

Ni just pendapat saya lah. Saya tau mesti ada yang hentam punya tapi saya dah sampaikan apa yang saya rasa betul. Kalau ada pendapat yang berbeza kita share sama-sama. Berdebat tak salah tapi kena ada ilmu dan rasional baru debat tu manfaat.

p/s: Tuan Guru Nik Aziz bagi saya satu tokoh yang best cuma dia tak berapa bagus dalam kepemimpinan. Bab agama memang bagi saya kalaulah saya dapat duduk depan dia berguru agama memang best.

pixel Pendapat Tentang Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz   Penerima BR1M Itu Haiwan
 Pendapat Tentang Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz   Penerima BR1M Itu Haiwan Bean Moreno (1358 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress Pendapat Tentang Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz   Penerima BR1M Itu Haiwan

Comments

comments

10 comments

  1. cakap pun org lain tak faham nk jadi pemimpin apa…. kuat hina org..
    ulamak sebab ada gambar dia smayang?

    apa jasa dia pada rakyat malaysia?

  2. kita ni ada akal yg Allah bg. Jgn nak membabi buta pegi sumpah seranah org. Yg menyumpah tu dh byk amalan sgt ke? Ke rasa diri tu maksum sgt dah? Even Nabi SAW yg maksum pon 24/7 tak henti buat amalan, kita ni yg belum tentu jejak syurga tak habis2 nak salahkn org lain hatta ulama. Sy respect TG Nik Aziz, beliau byk berkias tp kita yg kabur dgn permainan politik cepat sgt melatah. Mereka yg tak kenal TG Nik Aziz boleh berkata apa sahaja..Sekian
    MK Kimi recently posted..Tausiyyah Perdana Bersama Habib Ali Zaenal Abidin & Al-MawlidMy Profile

  3. Sy pon rakyat marhein atas pagar..tak taksub dgn mana2 pihak..mmg both ade kelebihan dan kekurangan. Bagi mereka sogokan duit adalah kepentingan politik. Bagi di pihak sblah sana pula ia adalah salah satu cara kurgkan beban rakyat. Jadi nak memuaskan hati semua org mmg payah. Semua nya pendek kata ‘buruk sangka’ tebal di dada masing2.manusia mmg tak pernah bersyukur.Bila tak beri duit ungkit, dah bagi duit pon di ungkit.
    Bibu recently posted..Mood yg lemauMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge