Khutbah Terakhir Rasulullah Bukti Kita Dah Sesat

Assalamualaikum,

Selamat hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Patut pada hari Jumaat kita buat apa yang sepatutnya kita buat. Actually hari ni saya just nak share satu benda yang sebenarnya saya pun baru tau. Saya ternampak benda ni time tengah makan dekat Sup Urat Ketin Bangi (sekarang nak pi sana dah jauh dah). Pernah baca pasal khutbah terakhir Rasulullah? Jom saya nak share apa yang saya dapat dalam khutbah terakhir Rasulullah…

 

Image004 Khutbah Terakhir Rasulullah Bukti Kita Dah Sesat

 

Ni adalah tulisan khutbah terakhir Rasulullah. Kalau kita baca sekalipun dah rasa sedih. Kenapa sedih? Satu sebab cara Rasulullah sampaikan dakwah dalam khutbah ni dan satu sedih bila melihat isi dalam khutbah ni dengan cara kehidupan kita sekarang. Apa yang saya nampak dalam kutbah ni tapi kita tak ikut :

1. Anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci

Perasan tak kita umat Islam tak buat pun benda ni. Saya tak nak bercerita pasal politik tapi benda ni merangkumi seluruh umat manusia. Kita dah tak hormat pada hak sesama Muslim. Yang kuat akan menindas yang lemah hanya untuk mereka hidup senang. Harta tak payah sebutlah memang selagi kita kuat kita dah kira siapa punya harta kita sebat tapi yang peliknya kita sanggup berbunuhan sesama Muslim hanya untuk dunia. Jiwa juga bermaksud dalaman manusia yang mana ramai kita yang suka menghasut manusia yang lain hanya untuk kepentingan sendiri. So kat sini mana letaknya amanah yang Rasulullah berikan ni? Sambungan dia :

“Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi”

 

2. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang

Yang ni pun kesinambungan pada apa yang berkait di atas. Kenapa? Sebab bila kita amalkan riba’ maka kita akan ambil hak orang yang sepatutnya. Bila jadi hal ni maka penindasan berlaku dan tak mustahil sistem penghambaan akan berlaku. Tapi kita lihat sekarang orang dah tak fikir pasal riba as long as diorang hidup senang. Ingat ambil hak orang tu DOSA…

 

3. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu

Ni kebanyakan orang selalu ambil ringan. Kita selalu beranggapan bila kopiah dah ada atas kepala dan jubah dah tutup badan maka Syaitan tak datang duga tapi kita lupa yang dia lagi suka goda dan sesatkan orang yang tinggi ilmunya sebagai satu ujian. Kadang-kadang dia datang duga dengan benda remeh yang mana boleh bawak kita pada kesesatan yang besar. Pernah dengar cerita pendita yang digoda syaitan sampai dia membunuh? Pi google cari… Ni sambungan pesan Rasulullah untuk ayat ni :

“Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.”

 

4.  Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.

Ni tak payah tengok orang lain. Saya terpaksa akur yang benda ni saya sendiripun kadang-kadang fail. Sebab tak waspada dengan apa yang ada dalam pesan no 3 maka saya sendiri tak dapat nak kawal ;). So pada isteri saya kalau saya ada tersalah laku mahupun terkurang bagi mohon maaf ye hehe. Walaupun saya tergarang tapi sebenarnya saya sayang kat dia ;). So pada korang sayangilah isteri anda seadanya… Ni sambungan untuk ayat ni …

“Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina”

5. Ingat dan kerjakanlah Rukun Islam

Actually ayat ni panjang so saya pendekkan untuk jadikan tajuk. Ayat sebenarnya macam ni :

“Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu.

Rasanya kalau bab ni insha Allah kita dapat buat sebab itu wajib bagi seorang Islam even ada jugak yang langgar. Kalau kita tak buat yang ni terutama solat macam mana kita nak mengaku kita Islam sebab tu nama dia Rukun Islam.

6. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

Bab yang ni serius kita dah terpesong. Dalam masyarakat kita ni terlalu suka sangat mengagongkan manusia lain sehinggakan kita membeza-bezakan antara kita dan sesama muslim. Kita dah tak pandang pada persaudaraan. Asal tak suka kita cerca, asal tak suka kita fitnah. Ni tak payahlah nak tunding jari pada UMNO je PAS pun sama. Masing-masing guna media. Apalah salahnya muzakarah fikir benda terbaik untuk kita sesama muslim ni tak pasal kuasa semua berebut dah tak kira apa nak jadi.  Dan ini sambungan untuk ayat ni :

“Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh”

Dan Rasulullah mengakhirkan khutbah tersebut dengan ayat ni :

“Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku”

Persoalannya, adakah kita ikut pesanan terakhir Rasulullah ataupun ia hanya sebagai satu bukti yang kita dah sesat sesesatnya sekarang ni? Bukan niat nak betulkan orang tapi sebenarnya saya tujukan benda ni pada diri saya sendiri. So renung-renungkan dan selamat beramal ;).

p/s:

Salam Jumaat….

pixel Khutbah Terakhir Rasulullah Bukti Kita Dah Sesat
 Khutbah Terakhir Rasulullah Bukti Kita Dah Sesat Bean Moreno (1385 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress Khutbah Terakhir Rasulullah Bukti Kita Dah Sesat

Comments

comments

11 comments

  1. Memang dah jauh sesat umat Islam sekarang ni. Tapi apa yg berlaku sekarang adalah sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.. dan bila dah sampai masanya nanti, kiamat akan tiba.. Tapi kita sebagai manusia tak pernah nak ingat tentang semua tu walaupun dah diberi amaran oleh Allah dan Rasul-Nya..

    Harap satu hari nanti kita semua akan kembali ke jalan yang benar..
    Anarm recently posted..Masalah Domain Tak Boleh Buka Tanpa WWW (Blogspot)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge