Dream Team TMJ Menang Nasib, Fandi Ahmad Sila Ubah Taktik
Assalamualaikum,
Semalam cite politik hari ni cite bola pulak. Bukan nak bagi komen sebagai pemerhati bola sepak ataupun legend bola sepak macam Ahukei Kahar ataupun Zainal Abidin Hassan tapi cuma sebagai seorang peminat Darul Takzim FC. Semalam semua orang tau yang Darul Takzim FC atau senang cite ‘Dream Team TMJ’ bertandang ke Stadium Darul Aman untuk perlawanan Piala FA second round menentang Kedah.
OkActually nak komen rabak-rabak pun tak boleh sebab saya start tengok second half memandangkan kena bawak anak bini pi makan. Tapi bila tengok balik match tu terasa first half lagi teruk dari second half. Bila tengok balik percaturan Fandi Ahmad dah terasa dia ni macam Brendan Rodgers pun ada. Patut dah beberapa game dia dah boleh nampak mana yang team dia lack. Bagi saya penyerang dah ok apa yang kurang ialah midfield. Saya rasa rata-rata peminat Darul Takzim FC atau Dream Team TMJ setuju yang AWE atau Nurul Azwan Roya main cun semalam tapi malangnya dia dikeluarkan.
Yang paling best defend siap banyak kalilah boleh terlepas Khyrill Muhymeen. Bagi saya gol dia memang cantik dan passing dari Nelson pun cun. Kalau diorang kekalkan momentum permainan nescaya Dream team TMJ susah jugak nak buat comeback. Anyway seperti biasa orang yang patut dipuji ialah orang yang sama iaitu Daniel Guiza. Sekali lagi dengan bantuan dia Darul Takzim FC berjaya SERI 2-2 (even menang penalti). Tak guna ada nama besar kalau asyik seri je. Tapi apapun bola tetap bola sebab ia bulat dan takkan jadi segi empat. Even Liverpool yang ada Suarez pun banyak SERI sebab apa? Percaturan selalu sangat salah. Anyway to Fandi apa kata kita buat friendly kat Top Eleven Football Manager haha… Bagi yang nak tengok gol Kedah VD Darul Takzim FC boleh ushar sini sebab saya malas nak bazir bandwidth.
p/s:
* Saya penyokong Darul takzim FC tapi tak semestinya sokong benda salahpun kita nak angguk ye dak?
** Asyik SERI je nak amik pangkat Datuk SERI ke?
** dengar cite flag Inter Johor Firms berkibar kat Stadium Darul Aman, betul ke?


















Memang betul 1st half KEDAH control game….tapi great comeback la JDT apabila setiap gerakan tu ada urgency…. lepas nie terjah SHAH ALAM pulak kan…..
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Chicken Lamb Aukdah Restoran Al Mikraj NILAI
ya ke Shah Alam kami…Nantikan kibaran bendera kami
Aku tak layan Liga M ke FA local ni. Sebab aku dah bosan dengan FAM.
Just nak bagi pendapat sket psl bola ni. Aku xtgk pn game ni. Tak tau mana silap JDT.
Player dah gempak. Maybe persefahaman masih kurang dan taktik main away xbetul.
Que recently posted..Perbandingan Baki Perlawanan EPL Menjelang Manchester Derby April 2013
tulah berapa lama lagi nak kasi persefahaman tu ada…memang bukan senang jadi coach tapi dia kena cuba faham player kalau tak jadi AVB kat Chelsea…
Ada benar jugak pendapat bro itu. Sebagai jurulatih sepatutnya fandi sudah tahu apa kelemahannya. Bagi saya AWE sesuai diletakkan menjadi winger sebab dia suka berlari dari bahagian sayap.
tulah pelik bila tengok dia keluarkan awe masa awe tengah top form