Nazheem Dah 5 Bulan Dan Pandai Meniarap

Assalamualaikum,

Hari ni takde cerita menarik nak jadikan isu. Dari cerita pasal kes Zarina Ann Joulie baik saya cerita pasal artis dalam family saya. Sekarang Nazheem dah nak dekat 5 bulan. Sekejap je dia dah besar dan tembam. Papa dia pun badan tak naik-naik. Saya memang akan perhatikan apa je yang dia dah pandai buat setiap bulan.

IMG 20121228 01181 Nazheem Dah 5 Bulan Dan Pandai Meniarap

Nampak tak betapa tembamnya dia. Memang saya dah tak payah beli dumb bell untuk naikkan muscle. Orang kata dia takde sikitpun muka saya tapi takde hal ;). Sekarang setiap hari memang dia nak didukung untuk tidur. Memang bila tidur je dia akan manja dengan saya tapi bila lapar dia cari mak dia lah hehe. Dulu leher dia dah kuat. So sekarang dalam umur dia yang nak masuk 5 bulan ni ada satu kemahiran yang dia belajar iaitu meniarap. Setelah dia bersusah payah training at last dia berjaya ;).


Hehe nampak tak muka puas dia. Sila abaikan suara papa dia yang memang merdu tu. Biasalah no 4 pertandingan karaoke kanak-kanak memang suara sedapkan ;). Ni salah satu kemahiran penting yang dia kena tau (dah macam nak mintak kerja pulak). Selain tu dia dah pandai grab barang , masukkan barang dalam mulut dan  bila kita panggil dia akan toleh so dia dah tau itu nama dia. So bila refer beberapa web memang dia depa kata itu beberapa kemahiran dan perkembangan bayi ketika usia 4 bulan.

So sesiapa yang ada baby yang sebaya dengan Nazheem bolehlah tengok and share apa yang baby korang dah pandai buat selain daripada merengek nak susu. Mana tau korang ada petua untuk lajukan perkembangan pemikiran baby ;).

 

p/s:

Yang belum vote untuk Juara Maharaja Lawak Mega 2012 sila buat ye hehe icon wink Nazheem Dah 5 Bulan Dan Pandai Meniarap

pixel Nazheem Dah 5 Bulan Dan Pandai Meniarap
 Nazheem Dah 5 Bulan Dan Pandai Meniarap Bean Moreno (1355 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress Nazheem Dah 5 Bulan Dan Pandai Meniarap

Comments

comments

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge