5 Kriteria Untuk Jadi Admin Page

Assalamualaikum,

Hope semua readers sihat. Mungkin ramai yang tanya apasal blog ni tak berupdate lama kan. Itu pun kalau nak tanyalah haha. Actually dah berminggu saya tak pedulikan blog ni sebab terlalu busy dengan benda yang patutnya saya buat relax dan cool je tapi saya terlalu tumpukan pada dua benda tu. Satu saya terlalu tumpu pada satu page untuk Team Bola Darul Takzim yang saya rasa sekarang ni dah stabil memandangkan bila update satu status dah boleh dapat like +100 so dah oklah. Lagi satu saya terlalu sibuk dengan FTP setting yang sebenarnya saya patut sediakan line in dan server sahaja tapi nampak gayanya saya kena buat whole process. Hanya mampu senyum jelah ;).

facebook page manager app 300x192 1 5 Kriteria Untuk Jadi Admin Page

 

Kalau dulu orang dok sibuk cari follower kat blog. Guna apa cara sekalipun untuk dapatkan follower riban-riban. Ada yang jenis macam kongsi gelap ‘ugut’ orang untuk jadi follower blog. Siapa pernah alami zaman ni? haha… Bagi diorang follower yang banyak itu tanda kekuatan blog diorang ;). Sekarang zaman dah berubah. Widget follower dah tak lagi menjadi kebanggan blogger. Dah ramai yang tak amik port pasal berapa ramainya folloer blog tapi dah beralih pada Page punya ‘like’.

Kalau kita perasan munculnya page dah macam semut banyaknya. Termasuk blog nipun dah ada page sendiri. Saya tak nafikan memang Facebook Fanpage tu sangat menyumbang pada bilangan pembaca tapi yang tak bestnya bila banyaklah pulak page yang disalah guna. Tak perlu saya mention sebab nanti diorang pulak jadi popular. So kat entri ni saya nak share apa kriteria yang perlu kita ada untuk kita jadi seorang admin page.

 

1. Sabar

Steiap apa kita buat mesti nak kena sabar. Nak jadi admin lagi kena sabar. Satu kita nak kena sabar menunggu sebelum page yang kita buat tu dikenali dan mempunyai fans yang banyak. Siapa tak nak like yang banyak sebab itupun tujuan sebenay wujudnya page. Kalau tak nak like tak payahlah susah-susah create ye dak? Like yang banyak tu lah yang membantu kita untuk spread news. So kat sini kena sabar sebab bukan senang nak naikkan page. Yang kedua kita kena sabar dengan karenah likers. Ye dapat >1000 liker atau subscribers memang syok tapi adakah kita dah bersedia dengan insan bergelar ‘haters’? Jangan expect 1000 like tu semua yang suka page kita 5% mesti haters. So bersdialah dengan makian dan hamunan mereka.

2. Bertanggungjawab

Seorang admin page mesti nak kena bertanggungjawab ke atas page dia. Bertanggungjawab ni pun ada dua. Satu seorang admin perlu bertanggungjawab menjaga page dia supaya tidak terbiar. Ni ayat perli diri sendiri sebenarnya. Ramai yang buat page tapi lepas tu biarkan je. So kat situ apa yang akan terjadi ialah fans akan unlike page korang hehe. Kat situ dah rugi subscribers. Yang kedua kena bertanggungjawab atas info yang disampaikan. Perasan tak banyak page yang sampaikan benda yang depa sendiri tak tau. Itu dah kira fitnah dah tu. Ada pulak yang kerja nak mengutuk je kerjanya. Nak bodohkan orang tapi diri sendiripun tak berapa nak pandai haha.

3. Kreatif

Sebagai admin nak kena kreatif. Fikir post apa yang boleh attract subscribers. Jangan risau bila ada satu like maka akan ada like yang lain. So jangan menangis bila kita post apa-apa kat page tapi like sikit hehe. Jangan pula buat post provoke atau menghina. Yang tu pun boleh dapat like banyak tapi cara tak mulia lah kan. Kita kutuk-kutuk orang lepas tu nak ke kita mintak maaf kat orang yang kita kutuk tu? Tak taulah kalau pahala dah banyak sangat ;).

4. Terima Pendapat

Ni pun satu hal. Banyak jugak page yang jenis nak menang je. Admin siap remove coment yang bertentangan dengan pendapat dia. Tak bolehlah macam tu kalau kita dah utarakan pendapat kita kitapun mesti neutral dan menerima pendapat orang lain. Mungkin ada pendapat yang boleh kita ambil untuk perbetulkan keadaan. Jangan asyik nak YES je. Kadang-kadang NO pun kita kena accept. Benda ni penting untuk tidak dicop admin yang POYO.

5. Kasi Kredit

Ni pun isu jugak. Banyak yang saya tengok pagi tu publish benda yang dia ambil dari page lain. Dah tak tau siapa yang create post tu. Kalau tekan button SHARE tu lainlan sebab ada nama page kat bawah ni yang jenis copy paste post orang pastu buat tak reti macam dialah pencetus benda tu. Come onlah kesian beb orang yang create benda tu perah otak kita simply ambil je sebab nak banyakkan like je. Dah macam cetak rompak dah tu. Lainlah kalau dia mintak permission takpun SHARE ;).

So ni apa yang saya belajar sepanjang menghilang dan jadi admin page. So apa yang saya nampak saya sampaikan. Ingat senang ke nak handle page terutama sekali page yang ada terpalit sedikit kontroversi macam page yang saya tengah handle sekarang ni. So kalau saya takde kriteria ni memang masaklah page tu hehe. Hopefully ia berjalan seperti mana time saya upkan dia dulu sebab dah ada 4 admin hehe. Walaupun kalau nak kira ramai yang pertikai page tu siap nak jadu gaduh kaum hari tu tapi at least kami berjaya coolkan hehe. Susah beb buat something dalam komuniti ‘MELAYU’ ni. Baru je nak up orang hentam. DENGKI tak habis-habis hehe.

Kalau korang ada pendapat lain bolehlah komen ye manalah tau saya ada salah ke hehe…

p/s:

Ada admin page tu kata kami ni gila like tapi tak sedar cara dia pun lagi gila like hehe icon wink 5 Kriteria Untuk Jadi Admin Page

 

 

pixel 5 Kriteria Untuk Jadi Admin Page
 5 Kriteria Untuk Jadi Admin Page Bean Moreno (1355 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress 5 Kriteria Untuk Jadi Admin Page

Comments

comments

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge