Nazheem Dah 5 Bulan Dan Pandai Meniarap
Assalamualaikum,
Hari ni takde cerita menarik nak jadikan isu. Dari cerita pasal kes Zarina Ann Joulie baik saya cerita pasal artis dalam family saya. Sekarang Nazheem dah nak dekat 5 bulan. Sekejap je dia dah besar dan tembam. Papa dia pun badan tak naik-naik. Saya memang akan perhatikan apa je yang dia dah pandai buat setiap bulan.
Nampak tak betapa tembamnya dia. Memang saya dah tak payah beli dumb bell untuk naikkan muscle. Orang kata dia takde sikitpun muka saya tapi takde hal
. Sekarang setiap hari memang dia nak didukung untuk tidur. Memang bila tidur je dia akan manja dengan saya tapi bila lapar dia cari mak dia lah hehe. Dulu leher dia dah kuat. So sekarang dalam umur dia yang nak masuk 5 bulan ni ada satu kemahiran yang dia belajar iaitu meniarap. Setelah dia bersusah payah training at last dia berjaya
.
Hehe nampak tak muka puas dia. Sila abaikan suara papa dia yang memang merdu tu. Biasalah no 4 pertandingan karaoke kanak-kanak memang suara sedapkan
So sesiapa yang ada baby yang sebaya dengan Nazheem bolehlah tengok and share apa yang baby korang dah pandai buat selain daripada merengek nak susu. Mana tau korang ada petua untuk lajukan perkembangan pemikiran baby
.
p/s:
Yang belum vote untuk Juara Maharaja Lawak Mega 2012 sila buat ye hehe



















comelnyaaa!
cikhelena recently posted..Bonda To Be : Jantina Baby Dalam Kandungan
papa dia pun hensem apa haha
[...] papa sekalian korang semua pakaikan baby korang dengan lampin brand apa? Macam saya, saya belikan Nazheem lampin brand Drypers. Kenapa? Satu sebab dia nampak macam selesa lepas tu harga dia pun oklah bagi [...]