Leher Nazheem Dah Semakin Kuat
Assalamualaikum,
Dah lama tak cerita pasal anak saya Nazheem. sekarang ni dia dah ada sikit perubahan yang mana leher Nazheem dah semakin kuat. Yang ada baby pernah tak korang cuba bangunkan baby korang dengan menarik tangan dia masa dia tengah baring. Menegakkan kepala dengan stabil adalah satu daripada perkembangan bayi pada berusia 3 bulan.
Nilah dia Nazheem. Actually kami dah lama latih dia cuba bangun dari berbaring nak tengok adakah leher dia dah kuat ataupun tak. Mungkin bila dah lepas 3 bulan leher tu akan jadi matang dan kuat. Nak tengok bukti yang leher dia dah kuat jom layan video 13 sat ni
…
Hm… Nampak tak takde masalah untuk Nazheem bangun. Walaupun dia macam nak menangis tapi tu sebenarnya bukan nak menangispun mengada je lebih. So saya cuba google dan baca tentang perkembangan anak pada berusia 3 bulan. Ternyata teori itu betul. Mungkin susu yang dia minum ada memainkan peranan. Tak banyak sikit mesti ada sebab susu bekalkan kalsium.
Bila kita dapat detect perkembangan baby memang akan rasa syok wo! Bila leher Nazheem dah semakin kuat senang sikit nak buat duku free styke haha. Sekarang saya tengah train dia memahami panggilan dia. Nampak gaya macam dia dah faham sikit
.
p/s:
Nazheem ni ada sikit unik….Memang choosy beb…


















biasalah tu. nama pun bayi..
titan recently posted..Lu ada 1 minit untuk undi gua.
tulah memanglah biasa hehe
[...] Memang bila tidur je dia akan manja dengan saya tapi bila lapar dia cari mak dia lah hehe. Dulu leher dia dah kuat. So sekarang dalam umur dia yang nak masuk 5 bulan ni ada satu kemahiran yang dia belajar iaitu [...]