Nuffnang Yang Semakin Suram

Assalamualaikum,

Entri ni bukan nak downkan sesiapa dan bukan nak menyalahkan sesiapa juga bukan nak upkan sesiapa. Wujudnya entri ni adalah hanya sebagai meluahkan apa yang saya rasa dan apa yang saya lalui sepanjang 4 tahun sebagai Nuffnangers. Saya just nak share pasal Nuffnang yang semakin suram.

Selepas saya terbaca status Mat Tiger pasal perasaan rindu dia yang membara dengan event Nuffnang saya terus up status yang lebih kurang sama :

 

Nuffnang Nuffnang Yang Semakin Suram

 

Lepas saya update status ni terus rob chat dengan saya tanya apa masalah. So saya pun meluahkan apa yang saya nampak sepanjang 4 tahun ni. To be sincere semasa saya tempek Nuffnang apa yang nampak zaman Robb jaga Blogger Relation adalah zaman yang paling best. Blogger dan Nuffnang  memang rapat. Opps terlupa bagi yang baru dengan Nuffnang Robb Chew adalah salah seorang kuat Nuffnang Malaysia dulu dan dia jaga hubungan antara blogger dengan Nuffnang.

Masa awal-awal saya jadi blogger Nuffnang terus terang saya cakap memang best sebab Nuffnang ada satu xfactor yang mana ads company lain takde iaitu ‘komuniti’. Sekarang ada dua benda yang Nuffnang lack ataupun kurang berbanding 4 tahun lepas. Saya bercerita bukan atas sebab duit. Kalau nak cerita pasal duit terus terang saya cakap i am still making money with Nuffnang and i still can cash out every month even tak sebanyak dulu. Tak percaya :

 

earning Nuffnang Yang Semakin Suram

 

Last saya cash out masa bulan 8. Mungkin earning tak banyak sebab saya pun kurang update dan trafik tak berapa nak banyak. Tapi still ada lah kan dari orang yang still tak pernah merasa apa itu cheque Nuffnang sebab saya dah cash out banyak kali  ;).

Ok bagi saya ada 2 kekurangan yang sekarang ni ada dalam Nuffnang :

1. Tiada Istilah Komuniti

Ni adalah satu daripada kekuatan Nuffnang yang paling best dulu yang mana takde pada company lain. Dulu saya berblog hanya sebab nak jumpa blogger lain dan buat kawan. Nak cerita dulu every month mesti ada event yang melibatkan blogger. Sekarang ni 6 bulan sekali pun susah. So kat situ mana hilangnya perkataan ‘community’ dalam slogan Nuffnang iaitu ‘Asia Pacific First Blog Advertising Community’ hehe. Tapi tak boleh nak salahkan Nuffnang jugak sebab mungkin orang dah tak suka beriklan kat blog kot…

 

2. Keramahan Staff Semakin Berkurangan

Ni pun bukan nak blame. Bagi saya dulu masa Robb jaga, blogger memang dekat dengan Nuffnang. Sebab? Simple je dia jaga relation memang terbaeklah. Bukan nak kata yang sekarang ni tak bagus tapi kurang lah. Macam dulu even kita taip salah sikit je Robb akan komen blog dan explain. Sekarang ni kalau kita tulis apapun mana ada orang nak peduli hehe.

Ni semua just apa yang saya rasa dan mungkin ramai juga yang lain rasa benda yang sama. Tujuan bukan nak bodek Robb sebab kalau bodek pun bukan boleh dapat apa. Mungkin pihak Nuffnang boleh ambil sebagai benchmark supaya memperbaiki apa yang boleh. Mana lah tau boleh perbaiki keadaan “Nuffnang yang suram ni”.  Dan apa yang tak berubah ialah cek Nuffnang tetap akan sampai ikut timing tak pernah lambat ;).

 

p/s :

Majulah Nuffnang untuk blogsphere icon wink Nuffnang Yang Semakin Suram

pixel Nuffnang Yang Semakin Suram
 Nuffnang Yang Semakin Suram Bean Moreno (1359 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress Nuffnang Yang Semakin Suram

Comments

comments

31 comments

  1. oh .. gitu ke senario dia sekarang ? Kalau base on statement kata terlalu banyak vanancies memang wajarlah . Mungkin orang2 lama dah jadi head atau tukar department lain . sebab tu sphere dia dah tak macam dulu . who knows ..
    monologhati recently posted..3310 : Handphone PowerMy Profile

  2. setuju.
    aku hantar ticket kat Nuffnang. kadang2 tu makan masa berhari baru nak reply. itu pun lepas aku hantar ticket kali kedua tanya mana feedback baru nak reply. maybe terlepas pandang la kot.

    aku prasan jugak takde event yg besar2. skrg pun jarang dpt invitation apa2 yang menarik. maklumlah dah kawen byk terbatas sket. tp klau ada event best, boleh gak pertimbangkan utk join.

    aku mmg jarang cashout pun. so takde sgt nk merungut pasal earning. hehe.

    tapi event gatsby paling best skali utk aku kenang2…hehehehe
    Cik Norfa recently posted..ESP – Shaklee.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge