7 Langkah Untuk Berjaya Dalam Permainan SEO

Assalamualaikum,

Mesti ramai yang semak tengok blog ni kan. Update semua advertorial auto pilot ;). Bukan apa saya nak cuba ubah mentaliti saya pada blog. Dulunya saya memaksa akal ni mengeluarkan idea untuk menaip entri. Sekarang saya nak jadi seorang blogger yang menulis hanya bila perlu bukan memaksa diri menulis walaupun tiada idea. Lagipun sekarang ni agak busy almaklumlah dah jadi papa ;).

7 simple steps to wordpress seo 7 Langkah Untuk Berjaya Dalam Permainan SEO

 

So saya yang suka membaca ni pi google dan membaca pasal SEO ni. Kebanyakan membincangkan benda yang sama. Kalau nak ikutkan naluri saya ni memang serius saya tak berapa nak suka main entri SEO ni. Saya lebih suka entri jenis perbincangan. Pencarian saya terhenti kat mastermindblogger. mungkin sebab gambar dia menarik ;).

Kalau kita perhatikan dari 7 ada dua langkah yang mana pengguna blogspot boleh skit iaitu langkah 2 dan langkah 3. Actually saya dah cuba benda ni dan meh saya share pandangan saya berkenaan 7 langkah untuk berjaya dalam permainan SEO.

1. Keyword Rich Domain

Domain tu sangat penting sebab itu arah tuju bots ke web/blog. Sebab tu sebelum nak guna domain sila fikir dulu. Yang paling bagus kita dah ada niche yang kita nak bawa baru bikin domain. Step ni mungkin dah tak berguna bagi blogger yang dah lama ada domain dan dah lama menulis kalau nak jugak sila beli domain baru dan ranking akan jatuh mendadak.

2. Permalinks

Yang dah main blog lebih 2 bulan mesti tau permalink tu apa. Yang ni blogger yang guna wordpress mungkin boleh ubah tapi yang guna blogspot tu saya tak pasti korang boleh permalink ke tak. Ni pengalaman saya lah. Saya pernah cuba tukar format permalink blog ni dan result dia jahanam blog dan banyak link entry jadi ‘blog not found’. So cara ni hanya sesuai untuk blog baru. Bayangkan entri korang yang dah beribu jadi ‘page not found’ nak SEO menda macam tu. Ke ada solution lain?

3. SEO Plugin

Yang ni pun sama sebab wordpress sahaja ada plugin blogspot takde. Paling kuatpun ubah coding pada HTML blog je. Tapi itupun kaedah yang sama sebenarnya cuma WP dah pendekkan kepada plugin. Last time saya try pakai Ultimate SEO pack tapi sekarang try Yoast. Bila guna Yoast serius ada effect sedikit. Tapi entri yang lama-lama akan tenggelam ;).

4. Keyword Research

Yang ni banyak company ada offer tapi actually kita boleh analisis sendiri. Banyak medium yang kita boleh guna. Macam saya saya cuba fahamkan Feedjit. Pengguna Nuffnang boleh guna tab keyword untuk tengok apa yang readers cari. Saya dah cuba banyak kali dan menjadi.

5. Quality Content

Yang ni penting. Dulu mungkin kalau kita just tulis anchor keyword SEO dah berjalan tapi sekarang kalau kita just buat cara jahat gitu Penguin dan Panda akan block content korang dari masuk SERP. So kepada pemain SEO yang jahat-jahat harap korang bertaubat ye.

6. Social Media

Yang ni pun satu faktor. Bila dah ada content yang sangat best maka button social media ni akan memainkan peranan. Readers sekarang dah tak kedekut wall facebook atapun timeline twitter. Kalau best depa akan share punya entri tu. So sila letak button yang perlu.

7. Backlink

Yang ni saya dah banyak kali tulis. Jangan kedekut backlink dengan orang lain. Kita tak boleh selfish dengan hanya point backlink hanya pada entri kita sebab link masuk kalau lebih tinggi dari link keluar maka tak balance lah blog tu. Jadi cuba tengok contoh Eyriqazz dan Kid. Depa pandai dominasi backlink.

Actually semua orang pun boleh jadi bagus dalam permainan SEO ni cuma nak dengan tak nak je. Macam saya, saya akan tunggu apa yang saya minat je dan bukan semua entri saya SEO. Dulu saya minat tapi sekarang ni ntah la tak tau kenapa dah malas nak buat entri style macam tu. Apapun saya just share apa yang saya faham je.

 

p/s:

Ingat nak main SEO pasal Maharaja Lawak Mega masa pulak tak mengizinkan ;).

pixel 7 Langkah Untuk Berjaya Dalam Permainan SEO
 7 Langkah Untuk Berjaya Dalam Permainan SEO Bean Moreno (1357 Posts)

Seorang skinhead yang suka menulis blog, berkongsi maklumat dan mecari sedikit mata pencarian dari blog

Wordpress 7 Langkah Untuk Berjaya Dalam Permainan SEO

Comments

comments

30 comments

  1. SEO memang penting bagi mereka yang inginkan trafik tinggi dan juga yang baru bermula dengan blog untuk kumpul pembaca setia di blog mereka.. bila ada pengunjung setia mereka sudah tidak risaukan SEO lagi sebab blog mereka dah ada pengunjung setia dan trafik tinggi….

    agak sukar nak bermain SEO ni.. sampai sekarang saya masih lagi belajar dan memahami SEO..
    Melastik Bintang recently posted..Suami & Tangisan AnakMy Profile

  2. tepuk dada,tanya selera..Mana yang diutamakan…Keseronokan berblog atau pun keseronokan berseo? Kalau dapat dua2..itula yang paling best rasanya…Takdela rasa mood asyik down nak memikirkan hot keyword…Entry biasa2 pun ble jadi hot keyword kalau kena caranya….
    eyriqazz recently posted..Rumah atau Kereta Dahulu?My Profile

  3. kita suka ke tidak..once kita dah tulis blog, kita dah terjebak dalam permainan seo. tajuk artikel pun..tulis satu perkataan pun..SEO jugak tuu..letak 1 tag pun, seo jugak.. ada category pun..seo gak..boldkan perkataan pun, SEO gakk..

    so..suka ke tidak..kita dah terjebak. payah nak patah balik..haha..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 11My Profile

    1. memang tapi dalam penulisan ada dua jenis post. Post yang semamngnya tak akan compete dengan SEO contohnya entri personal dan apa yang kita alami dan satu lagi entri ke arah SEO competition sebagai contoh MAHARAJA LAWAK…kan tu dah kira rich keyword…heheh sorry sifu hahaha

  4. samalah dengan aku.. dah jadi daddy ni memang busy sikit.. byk masa untuk anak n family je.. betul bean..aku pun dah belajar menulis entri time ada idea je.. dan bukan dipaksa untuk hasilkan entri..

    tapi sesekali main SEO ni seronok juga.. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge