7 Langkah Untuk Berjaya Dalam Permainan SEO
Assalamualaikum,
Mesti ramai yang semak tengok blog ni kan. Update semua advertorial auto pilot
. Bukan apa saya nak cuba ubah mentaliti saya pada blog. Dulunya saya memaksa akal ni mengeluarkan idea untuk menaip entri. Sekarang saya nak jadi seorang blogger yang menulis hanya bila perlu bukan memaksa diri menulis walaupun tiada idea. Lagipun sekarang ni agak busy almaklumlah dah jadi papa
.
So saya yang suka membaca ni pi google dan membaca pasal SEO ni. Kebanyakan membincangkan benda yang sama. Kalau nak ikutkan naluri saya ni memang serius saya tak berapa nak suka main entri SEO ni. Saya lebih suka entri jenis perbincangan. Pencarian saya terhenti kat mastermindblogger. mungkin sebab gambar dia menarik
.
Kalau kita perhatikan dari 7 ada dua langkah yang mana pengguna blogspot boleh skit iaitu langkah 2 dan langkah 3. Actually saya dah cuba benda ni dan meh saya share pandangan saya berkenaan 7 langkah untuk berjaya dalam permainan SEO.
1. Keyword Rich Domain
Domain tu sangat penting sebab itu arah tuju bots ke web/blog. Sebab tu sebelum nak guna domain sila fikir dulu. Yang paling bagus kita dah ada niche yang kita nak bawa baru bikin domain. Step ni mungkin dah tak berguna bagi blogger yang dah lama ada domain dan dah lama menulis kalau nak jugak sila beli domain baru dan ranking akan jatuh mendadak.
2. Permalinks
Yang dah main blog lebih 2 bulan mesti tau permalink tu apa. Yang ni blogger yang guna wordpress mungkin boleh ubah tapi yang guna blogspot tu saya tak pasti korang boleh permalink ke tak. Ni pengalaman saya lah. Saya pernah cuba tukar format permalink blog ni dan result dia jahanam blog dan banyak link entry jadi ‘blog not found’. So cara ni hanya sesuai untuk blog baru. Bayangkan entri korang yang dah beribu jadi ‘page not found’ nak SEO menda macam tu. Ke ada solution lain?
3. SEO Plugin
Yang ni pun sama sebab wordpress sahaja ada plugin blogspot takde. Paling kuatpun ubah coding pada HTML blog je. Tapi itupun kaedah yang sama sebenarnya cuma WP dah pendekkan kepada plugin. Last time saya try pakai Ultimate SEO pack tapi sekarang try Yoast. Bila guna Yoast serius ada effect sedikit. Tapi entri yang lama-lama akan tenggelam
.
4. Keyword Research
Yang ni banyak company ada offer tapi actually kita boleh analisis sendiri. Banyak medium yang kita boleh guna. Macam saya saya cuba fahamkan Feedjit. Pengguna Nuffnang boleh guna tab keyword untuk tengok apa yang readers cari. Saya dah cuba banyak kali dan menjadi.
5. Quality Content
Yang ni penting. Dulu mungkin kalau kita just tulis anchor keyword SEO dah berjalan tapi sekarang kalau kita just buat cara jahat gitu Penguin dan Panda akan block content korang dari masuk SERP. So kepada pemain SEO yang jahat-jahat harap korang bertaubat ye.
6. Social Media
Yang ni pun satu faktor. Bila dah ada content yang sangat best maka button social media ni akan memainkan peranan. Readers sekarang dah tak kedekut wall facebook atapun timeline twitter. Kalau best depa akan share punya entri tu. So sila letak button yang perlu.
7. Backlink
Yang ni saya dah banyak kali tulis. Jangan kedekut backlink dengan orang lain. Kita tak boleh selfish dengan hanya point backlink hanya pada entri kita sebab link masuk kalau lebih tinggi dari link keluar maka tak balance lah blog tu. Jadi cuba tengok contoh Eyriqazz dan Kid. Depa pandai dominasi backlink.
Actually semua orang pun boleh jadi bagus dalam permainan SEO ni cuma nak dengan tak nak je. Macam saya, saya akan tunggu apa yang saya minat je dan bukan semua entri saya SEO. Dulu saya minat tapi sekarang ni ntah la tak tau kenapa dah malas nak buat entri style macam tu. Apapun saya just share apa yang saya faham je.
p/s:
Ingat nak main SEO pasal Maharaja Lawak Mega masa pulak tak mengizinkan
.


















wow guna yoast gak erk, tapi kalau gunakan kedua-dua plugin seo boleh?
all seo pack dgn yoast tu ok je?
Hakim Mahmud recently posted..Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-27 | AJL 27
haah guna yoast…boleh ke guna sekali dua? tak pernah try lagi
tahniah bro sebab dah jadi papa …

puteraduyong recently posted..TAHNIAH SKUAD HOKI MALAYSIA TEWASKAN KOREA SELATAN
thanks dah 3 bulan dah sebenarnya hehe
SEO memang penting bagi mereka yang inginkan trafik tinggi dan juga yang baru bermula dengan blog untuk kumpul pembaca setia di blog mereka.. bila ada pengunjung setia mereka sudah tidak risaukan SEO lagi sebab blog mereka dah ada pengunjung setia dan trafik tinggi….
agak sukar nak bermain SEO ni.. sampai sekarang saya masih lagi belajar dan memahami SEO..
Melastik Bintang recently posted..Suami & Tangisan Anak
tulah sayapun tgh ushar2 balik…tapi sebenarnya saya kurang berminat pada entri2 yang mana kita kena berebut trafik kat search engine
Hurmm….aku pun nak add on YOAST pulak laaa….dan dalam masa sama kena letak gak plugin security untuk blog kita…..
hazman aka species1980 recently posted..Gambar MAYA KARIN di Malam Pra Tonton FILEM LAGENDA BUDAK SETAN 2 – KATERINA
memang sebab yoast aku nampak macam tarik banyak spam
tepuk dada,tanya selera..Mana yang diutamakan…Keseronokan berblog atau pun keseronokan berseo? Kalau dapat dua2..itula yang paling best rasanya…Takdela rasa mood asyik down nak memikirkan hot keyword…Entry biasa2 pun ble jadi hot keyword kalau kena caranya….
eyriqazz recently posted..Rumah atau Kereta Dahulu?
betul sangat setuju…cuma kena faham je konsep SEO tu
kita suka ke tidak..once kita dah tulis blog, kita dah terjebak dalam permainan seo. tajuk artikel pun..tulis satu perkataan pun..SEO jugak tuu..letak 1 tag pun, seo jugak.. ada category pun..seo gak..boldkan perkataan pun, SEO gakk..
so..suka ke tidak..kita dah terjebak. payah nak patah balik..haha..
titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 11
memang tapi dalam penulisan ada dua jenis post. Post yang semamngnya tak akan compete dengan SEO contohnya entri personal dan apa yang kita alami dan satu lagi entri ke arah SEO competition sebagai contoh MAHARAJA LAWAK…kan tu dah kira rich keyword…heheh sorry sifu hahaha
even entri personal pun..ada ciri-ciri SEO maa..haha..
betul jugakkan sifu…
Bljr SEO kena ambl masa lama utk bljr..Bkn senang main SEO jika tidak fahami dngn btl..Btl x?
Jiwasyok recently posted..Beberapa Tanda Gadis Sudah Tiada Dara
haah memang ambil masa skit…
Mempelajari akan ilmu SEO memang bukanlah hal yang mudah, tetapi bila dipelajari serta dipraktekkan maka akan banyak hal yang dapat kita peroleh dari hal tersebut
Blog Keperawatan recently posted..Mendidik Anak Dalam Kandungan
ye sangat setuju hehe…
baru aje nak belajar pasal SEO ni..tak khatam khatam lagik
superdotnunu recently posted..Cikgu, tak kena la warna pink dengan biru tu
takpe slow2…
kalau guna wordpress boleh je tukar permalinks.. yg ‘not found’ tu bleh fix pakai plugin..
Anarm recently posted..Dah Lama Tak Makan Durian
ajar aku narm…lepas aku tukar jahanam terus…apa plug in yang boleh guna
aku x paham sangat permalink2 ni.. search kat google cari explaination lg le haruu…
Blue Vader recently posted..Gilaping.com Banyak KPOP Fans Ke?
permalink tu structure dalam blog…kira tajuk entri lah tu hehe
Entri buatkan saya rasa permainan seo itu tak adalah sesukar mana
sabree hussin recently posted..Top Blogger Mengaut Keuntungan Besar Berkali Ganda Menerusi Blog
bagi yang pakar mungkin tak sukar tapi saya ni masih tak faham
samalah dengan aku.. dah jadi daddy ni memang busy sikit.. byk masa untuk anak n family je.. betul bean..aku pun dah belajar menulis entri time ada idea je.. dan bukan dipaksa untuk hasilkan entri..
tapi sesekali main SEO ni seronok juga.. hehehe
ko ok lagi…aku rumah takde internet lagi susah hehe