Nuffnang Yang Semakin Suram
Assalamualaikum,
Entri ni bukan nak downkan sesiapa dan bukan nak menyalahkan sesiapa juga bukan nak upkan sesiapa. Wujudnya entri ni adalah hanya sebagai meluahkan apa yang saya rasa dan apa yang saya lalui sepanjang 4 tahun sebagai Nuffnangers. Saya just nak share pasal Nuffnang yang semakin suram.
Selepas saya terbaca status Mat Tiger pasal perasaan rindu dia yang membara dengan event Nuffnang saya terus up status yang lebih kurang sama :
Lepas saya update status ni terus rob chat dengan saya tanya apa masalah. So saya pun meluahkan apa yang saya nampak sepanjang 4 tahun ni. To be sincere semasa saya tempek Nuffnang apa yang nampak zaman Robb jaga Blogger Relation adalah zaman yang paling best. Blogger dan Nuffnang memang rapat. Opps terlupa bagi yang baru dengan Nuffnang Robb Chew adalah salah seorang kuat Nuffnang Malaysia dulu dan dia jaga hubungan antara blogger dengan Nuffnang.
Masa awal-awal saya jadi blogger Nuffnang terus terang saya cakap memang best sebab Nuffnang ada satu xfactor yang mana ads company lain takde iaitu ‘komuniti’. Sekarang ada dua benda yang Nuffnang lack ataupun kurang berbanding 4 tahun lepas. Saya bercerita bukan atas sebab duit. Kalau nak cerita pasal duit terus terang saya cakap i am still making money with Nuffnang and i still can cash out every month even tak sebanyak dulu. Tak percaya :
Last saya cash out masa bulan 8. Mungkin earning tak banyak sebab saya pun kurang update dan trafik tak berapa nak banyak. Tapi still ada lah kan dari orang yang still tak pernah merasa apa itu cheque Nuffnang sebab saya dah cash out banyak kali ;).
Ok bagi saya ada 2 kekurangan yang sekarang ni ada dalam Nuffnang :
1. Tiada Istilah Komuniti
Ni adalah satu daripada kekuatan Nuffnang yang paling best dulu yang mana takde pada company lain. Dulu saya berblog hanya sebab nak jumpa blogger lain dan buat kawan. Nak cerita dulu every month mesti ada event yang melibatkan blogger. Sekarang ni 6 bulan sekali pun susah. So kat situ mana hilangnya perkataan ‘community’ dalam slogan Nuffnang iaitu ‘Asia Pacific First Blog Advertising Community’ hehe. Tapi tak boleh nak salahkan Nuffnang jugak sebab mungkin orang dah tak suka beriklan kat blog kot…
2. Keramahan Staff Semakin Berkurangan
Ni pun bukan nak blame. Bagi saya dulu masa Robb jaga, blogger memang dekat dengan Nuffnang. Sebab? Simple je dia jaga relation memang terbaeklah. Bukan nak kata yang sekarang ni tak bagus tapi kurang lah. Macam dulu even kita taip salah sikit je Robb akan komen blog dan explain. Sekarang ni kalau kita tulis apapun mana ada orang nak peduli hehe.
Ni semua just apa yang saya rasa dan mungkin ramai juga yang lain rasa benda yang sama. Tujuan bukan nak bodek Robb sebab kalau bodek pun bukan boleh dapat apa. Mungkin pihak Nuffnang boleh ambil sebagai benchmark supaya memperbaiki apa yang boleh. Mana lah tau boleh perbaiki keadaan “Nuffnang yang suram ni”. Dan apa yang tak berubah ialah cek Nuffnang tetap akan sampai ikut timing tak pernah lambat
.
p/s :
Majulah Nuffnang untuk blogsphere




















Dulu gitu ye…betapa berbezanya komuniti blogger kat nuffnang dulu dgn sekarang ni ek…
Fauzi Blues recently posted..Pop Yeh Yeh
memang beza banyak
Bagus bro. Setuju sangat-sangat. Semakin suram. Mungkin mereka sibuk untuk mengembangkan sayap mereka. Lepas ni ok balik la tuh kot.
amirnawawi recently posted..#NestleWWD World Walking Day 2012, Taman Gelora Kuantan
tulah betul jugak…Tapi blogger relation asyik bertukar2
X pernah tahu pun pasal ni semua.. sbb nurul berblog memang dah keadaan Nuffnang mcm skrang ni.. x sangka plak dulu lg meriah..
Nurul recently posted..iPhone 5 gadget impian
dulu memang meriah cik Nurul… Event semua besar2
saya baru sekali cashout nuffnang dan tak pernah pun dpt BE..

cmratu recently posted..Bertukar ke WordPress
Sama la cam saya.. @ tahun bersama, satu BE pun tak pernah melekat
amirnawawi recently posted..#NestleWWD World Walking Day 2012, Taman Gelora Kuantan
oklah tu 2 tahun…BE tu tak penting pun sebenarnya
oklah tu takde BE boleh cash out
Dulu mmg best terbaek wey waktu zaman si sotongZai ngan fresh jaga
skang kureng skett ler
daydeck86 recently posted..Bilik Untuk Disewa – Kampung Pandan, Kuala Lumpur
tulah time depa jaga memang best!
majulah nuffnang utk blogosphere ….i like.
nasique recently posted..Berjaya Bodek Nuffnang
I pun Like!
blogger baru join dgn nuffnang cam dayah nih mmg tak tahu apa la.. ikut je apa yang ada skang..
dayah recently posted..bila Heliza Helmi basuh pinggan…
baguslah sebab bila dah ikut lama so kita akan terasa banyak yang dah lack
Skang nie staf untuk BLOGGER RELATIONS silih bertukar ganti dan selalu je ade vacancies….PR masih banyak perlu diperbaiki dalam masa kewujudan TERLAMPAU RAMAI blogger buatkan diorang tak menang tangan… hantar tiket skang pun agak lambat diorang reply
hazman aka species1980 recently posted..Senggama MINDA dengan Blog SERIUS dot com
betul tu pun satu hal
ya! sekarang ni kalau hantar tiket pon lambat giler nak reply.. baru aku perasan Robb Chew dah tak jaga customer relation lagi
topo recently posted..Gambar Sebelum dan Selepas Taufan Sandy
tulah mungkin dah ramai sangat blogger
I likeeeeeeeeeeeee ! Hahahaha
tetiba je like ahaha
smoga nuffnang akn jdi meriah seperti dolo…
harap2 lah ye…sebab blogging bukan untuk duit je sebenarnya
oh .. gitu ke senario dia sekarang ? Kalau base on statement kata terlalu banyak vanancies memang wajarlah . Mungkin orang2 lama dah jadi head atau tukar department lain . sebab tu sphere dia dah tak macam dulu . who knows ..
monologhati recently posted..3310 : Handphone Power
betul jugak tu…
tak pernah join event Nuffnang..lagi kan nak cash-out

Zarul Umbrella recently posted..Artis Lama Ada ‘Nilai’ yang Tersendiri
takpe kamu tu artis…saya ni sorang dariapada kipas susah mati bro ni…nak sign ahaha
setuju.
aku hantar ticket kat Nuffnang. kadang2 tu makan masa berhari baru nak reply. itu pun lepas aku hantar ticket kali kedua tanya mana feedback baru nak reply. maybe terlepas pandang la kot.
aku prasan jugak takde event yg besar2. skrg pun jarang dpt invitation apa2 yang menarik. maklumlah dah kawen byk terbatas sket. tp klau ada event best, boleh gak pertimbangkan utk join.
aku mmg jarang cashout pun. so takde sgt nk merungut pasal earning. hehe.
tapi event gatsby paling best skali utk aku kenang2…hehehehe
Cik Norfa recently posted..ESP – Shaklee.
hehe mungkin tak cukup staff kot tim kene cari staff banyak skit