Kalau Nak Nusyuz Jangan Kahwin!

Selamat hari Jumaat. Hari ni saya nak share something yang kita perlu tahu tapi most of pasangan yang berkahwin ambil tak kisah pun benda ni padahal ia berkaitan dengan kehidupan dan agama. Semua akan cakap bahawa mereka takkan alami benda ni padahal kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Apa yang kita tau pasal Nusyuz?
Nusyuz bermaksud - isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak.
sumber – halaqah
Saya tau mesti tetiba ada yang pelik dengan pertanyaan saya kepada Ustaz Azhar Idrus kat facebook kan. Terus terang saya cakap tu bukan ditujukan untuk isteri saya. Isteri saya seorang yang baik dan manja haha. Dia cuma garang je. Status tu adalah untuk insan-insan yang agamanya terlalu cetek dan mungkin ibu bapa dia terlupa nak bagitau benda ni. Sayapun tak faham dengan certain perempuan. Kalau dah tau masih tak layak untuk berkahwin sila jangan paksa lelaki untuk berkahwin. Bila hang dah ajak lelaki tu berkahwin maksudnya hang dah sedia untuk jadi isteri yang taat.
Kita kena ingat selepas berkahwin si suami keutamaanya pada Ibu Bapa dia and then baru isteri manakala si isteri priority dia pada suami dan lepas tu baru mak bapak dia. Ni tak main suka hati je nak buat apa. Berdosa seorang isteri membantah arahan suami selagi ia tak bertentangan dengan syarak dan tak cium bau syurga kalau isteri melawan arahan suaminya melainkan benda tu memang menjerumuskan diri dia kepada dosa. Antara sebab-sebab NUSYUZ :
i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
ii) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
iii) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain
sumber – halaqah
So dengan rajinnya saya google pasal Nusyuz ni. Banyak info yang saya dapat sebab nak tunggu Ustaz Azhar Idrus mungkin lambat. Saya google sebab tetiba semalam aiensepet cerita pasal ada kawan dia terjadi benda ni. Dan dia tanya kalau perkara macam ni jadi kat saya apa saya nak buat. Jawapan saya :
“Kalaulah abang dalam situasi macam tu senang je, first abang akan try saiko then kasilah nasihat. Kalau tak makan memang confirm abang ‘bukak gelanggang’ kat rumah kalau tak jalan jugak simple je abang tak kasi nafkah sesenpun sebab perempuan macam ni tak layak nak rasa duit hasil titik peluh abang…”
Saya jawab macam ni pada masa tu mungkin sebab saya terasa marah dengan perbuatan tu so mungkin ada yang tak betul. Yelah itu mengikut emosi je. Untuk kepastian saya refer satu web ni. Apa yang perlu suami buat kalau isteri Nusyuz :
1. Nasihat
2. Asingkan Tempat Tidur
3. Memukul dengan pukulan Mendidik
Kalau compare perbualan saya tadi dengan sumber rujukan saya kekurangan satu je iaitu Asingkan Tempat Tidur. Kenapa kurang? Sebab dalam kes kawan aiensepet tu isteri dia yang dengan sendirinya keluar rumah dan asingkan tempat tidur. So kat situ dah double dah dosa tu haha. Then untuk jawab persoalan saya kat atas tu saya baca lagi. Layakkah seorang isteri Nusyuz terima nafkah. Sebab saya takut jugak kalau-kalau apa yang saya cakap tu salahkan. Maka saya jumpa ni :
Hal ini turut dijamin di dalam undang-undang sekiranya tuntutan dibuat, mahkamah boleh menguatkuasakan perintah nafkah ke atas suami yang cuai untuk membayar nafkah isteri. Bagaimanapun, ada pengecualian bagi isteri yang nusyuz untuk tidak berhak mendapat nafkah seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 59(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303).Curang atau nusyuz ini turut dijelaskan dalam peruntukan sama yang mana pensabitan isteri yang nusyuz boleh berlaku sekiranya dia cuba menjauhkan diri daripada suaminya, meninggalkan rumah tanpa izin dan membuat perkara yang bertentangan dengan kemahuan suami atau enggan berpindah mengikut suami tanpa alasan munasabah dan boleh diterima syarak.
sumber – halaqah
So terjawablah persoalan saya dan ternyata apa yang saya cakap pada aiensepet itu betul so takdelah dosakan. Saya rasa cukup dah kot penerangan saya pasal Nusyuz ni. Dan rata-rata web yang saya baca terangkan benda yang sama. Benda-benda ni akan sah jika si suamipun cukup syarat sebagai seorang suami dan tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Kalau tak pertikaian boleh terjadi. So pada yang berkenaan sila sedar. Dunia pun dah tua dah dan kita hiduppun tak lama jadi better mintak maaf sebelum terlambat. Pengajarannya kalau dah sedar umur masih muda jangan buat perkara terlarang dan kalau nak buat pandai-pandailah cover. Lepas tu nak kahwin janganlah terburu-buru sebab bakal menyusahkan orang lain yang tak berkaitan…
p/s :
Mak bapak perempuan pun patutnya dah arif pasal Nusyuz ni. Mungkin buat-buat dungu ataupun memang dungu haha…
16 Comments
Leave a comment
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Like me
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- Alhamdulillah Dapat Rasa Buat Sujud Sajadah
- Tahniah Kumpulan Zero Raja Lawak 6
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- Pencarian Berakhir Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- 3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak


















Aku suka entri kau ni bean.. Banyak ilmu agama yg org dpt sebagai panduan.. Sama2 lah kita kongsi info ni..
myvitrd recently posted..Kesan Bila Blog Tak Update
alhamdulillah mid..just untuk peringatan aku dan juga untuk orang yang berkaitan
saudara bean…untuk isteri yang nusyuz ni kalau kita nak cerita sampai besok pagi pun takkan habis, kalau tanya ustaz pun ustaz takkan paham sebab mereka tak pernah merasa penangan isteri nusyuz ni…bagi keluarga aku yang pernah menempuh kes macam ini cara yang paling mudah ialah untuk propose seksyen 47 akta mahkamah syariah …kalau dia degil jugak kita gunakan kaedah otai otai kita dulu…gantung tak bertali…time tu si isteri tu tahulah langit tu tinggi ker rendah..talak dan kuasa di tangan suami..hakim pun tak boleh buat apa.. pilih lah yang terbaik untuk isteri dan anak anak..jgn ikutkan hati dan perasaan..
ye saya setuju…sebab tak semua orang alami benda ni.tapi kita pun kena tau dari segi hukum so kita boleh buat keputusan kan
betul tu saudara bean , memang kita tahu dari segi hukum..tapi kita harus ingat undang undang di malaysia ada sedikit percanggahan dengan hukum…berhati hatilah kita..jgn yang di kendung tak dapat yg di kejar berciciran…ada orang di penjarakan kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dah lah di penjarakan, kalau kerja dengan kerajaan sah sah di buang kerja…cuba kita renungkan..logikkah ini..nabi Muhammad SAW tak pernah ajar hukum ni..bercerai di luar mahkamah kena bayar saman..dan macam macam lagi..aku tak menyalahkan kerajaan sebab aku tahu kerajaan buat ini semua untuk kebaikan kita..yang penting di sini sokongan keluarga..banyak air mata akan gugur kalau benda macam ni berlaku..aku bagi contoh tentang adik aku yang berkahwin dengan seorang perempuan dari serawak..dah lah perempuan ini suka mengamalkan ajaran karut marut , suka buat amalan syirik..nusyuz tak payah ceritalah..adik aku sampai di ludah di muka oleh perempuan ni hanya kerana tidak mengikut kehendak hatinya..tapi jika berlaku perceraian akhirnya anak tetap akan pergi pada ibu…boleh kah kita terima keputusan ini..bolehkah kita melelapkan mata setiap kali kita nak tidur..jadi di sebabkan nak menyelamatkan akidah anak terpaksalah kita gunakan kaedah gantung tak bertali ini…sekurang kurangnya buat sementara waktu sehingga jumpa jalan penyelesaian, bunyi macam kejam..tapi nak buat macam mana..ini saja cara yang ada…gantung tak bertali ni hukum apa yer
..tak tahu aku apa hukumnya..tapi inilah nasihat peguam dan jugak org org tua…
rahman recently posted..Ustaz Zaharuddin Tegur siapa tu ?
wah terima kasih saudara..terkejut dengar kisah adik saudara.boleh dibuat contoh terbaik.
Apa yang penting…. bila ada kemusykilan agama terus tanya pada orang yang berilmu macam UAI tu contohnya…research sendiri pun dapat membantu…. p/s : Skang nie tiap2 ari aku layan youtube UAI….
hazman aka species1980 recently posted..CHOCOLATE buat pelembut hati….
hehe memang kita patut refer orang yang layak pasal benda ni takut jadi Abuya versi baru
terbaikkk…!!! aku dah pun beli buku UAI..
KiD recently posted..Gigi dua batang
ada eyh…mahal tak?
emm..kena hati-hati nih..
titan recently posted..Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
yes memang pun kalau tak susah
oleh itu janganlah nusyuz..takde istilah suami derhaka pada isteri tapi isteri derhaka pada suami memang ada.
ROJAK recently posted..Happy New Year 2012
memang xde istilah suami derhaka tapi ada istilah suami dayus…
kebanyakan dari suami2 ni bila hadapi masalah macam ni mesti akan buat keputusan ikut hati..
tambah pulak bila pendapat orang sekeliling dia
menambahkan tekanan dalam diri dia sendiri.
jadi sebaiknya bila hadapi masalah macam ni terus la ke mahkamah syariah.
sebab isteri ni bila dia nusyuz cakap suami pun dia tak heran nye..
kalau setakat nak asingkan tempat tidur dia tak heran.
macam dalam entry ni kata kan..dia sendiri berani keluar rumah,
ni kita setakat nak bagi hukuman asing kan tempat tidur tak bagi kesan pun kat dia.
zaman dulu ye la,kita boleh pukul ke,asingkan tempat tidur ke
sebab kebanyakan isteri bergantung hanya pada suami..zaman sekarang yang isterinya ada pendapatan sendiri mereka tak peduli dah dengan hukuman2 macam tu..
jalan terbaik ke mahkamah syariah je la..
diana recently posted..ANGPAU DARI NUFFNANG
ye ke?tapi sebenarnya apa-apapun kita kene refer hukumkan. Tak kisahlah even perempuan tu tak nak sebab kita kene jalankan tanggungjawab kita dulu sebagai muslin then baru kita fikir hati.