Earn Cash by using your Blog
Jan 31, 2012

Islam Akan Jadi Asing Di Akhir Zaman

syariat islam Islam Akan Jadi Asing Di Akhir Zaman
 

Assalamualaikum,

Situasi yang sama hari ni.  Sambil layan CCTV kita share something yang mungkin ramai tau dan juga ramai yang tak tau. Pernah dengar satu hadith Rasulullah pasal tajuk ni? Jom saya share satu hadith berkenaan benda ni…

“Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”. (Hadith riwayat Muslim)”

Faham tak maksud hadith ni? Mesti pelik kan kenapa Rasulullah sendiri cakap Islam akan jadi asing.  Ye memang kita takkan perasan sebab kita dah sangat selesa dengan apa yang kita lalui sekarang ni.  Yelah yang kaya dah sedap hidup kaya dan tak nak tengok benda lain melainkan harta betul tak?  Zaman sekarang ni memang zaman cari harta.  Bukan nak cakap oranglah saya sendiri lalai. Sebab lahir-lahir dah rasa hidup senang dan sebenarnya kita lahir-lahir je memang dah Islam so ramai antara kita yang tak hiraupun sebab yelah DAH ISLAM.  Kita tak nak tengok mualaf yang punya susah mencari Islam dan berhijrah dari musyrik kepada Muslim.

Kenapa Islam akan jadi ganjil pada akhir zaman sama seperti ia mula muncul.  Mesti orang cakap tak ganjil langsung sebab semua orang tetap dengan ISLAM.  Satu je soalan, habis yang beribu orang murtad tu kita nak cakap apa? Yang tu nak salahkan siapa pulak.  Terus terang bagi saya kita dah totally dikawal oleh Yahudi dan ini janji diorang lepas dihalau dari tanah diorang beribu tahun dulu.  Dan pada hari ni mereka dah hampir berjaya pulang semula ke tanah yang di haramkan buat mereka tanpa kita dapat buat apa-apapun untuk pertahankan tanah tersebut.  Dah lebih 50 tahun penubuhan Israel. Jom kita tengok apa yang dikatakan ‘asing’ :

1. Pakaian

Sebab kita dah hidup dalam dunia moden maka semua orang dress up dengan pakaian moden.  Semua orang termasuk saya terikut-ikut pemakaian moden ni yang paling nyata golongan artis.  Selagi boleh buka memang akan buka punya tanpa segan.  Kalau dulu masa Islam pakaiannya ialah jubah, hijab dan semua yang labuh.  Pergi ke mana-mana pun itu jugalah yang dipakai.  Sekarang cuba korang pakai jubah gi KLCC jalan tengah orang ramai.  Tak payah jubahlah cuba pakai songkok je tengok apa orang sekeliling kita buat.  Semua akan tengok dengan pandangan yang sangat pelik macam diorang nampak alien.  Padahal yang memandang pelik tu Islam juga.  Nampak tak kenapa Islam akan jadi pelik.

2. Pemakanan

Zaman sekarang ni kita dah fikir apa yang kita makan.  Main makan je pun tak kisah benda tu boleh makan ataupun tidak.  Perasan tak yang makanan yang Rasulullah suka makan tapi disebabkan kita nak ikut perkembangan zaman moden kita tolak makanan yang Rasulullah suka dan suruh makan.  Contoh macam daging kambing.  Rasulullah galakkan kita makan kambing tapi ada segelintir dari kita tolak dari memakan daging kambing sebab apa?  Sebab dengan ilmu yang kita sains kata daging kambing itu tak elok dimakan.  Disebabkan psikologi ni kita rasa bila makan kambing maka akan sakit kepala.  Lepas tu minuman yang Rasulullah suka contohnya kopi dah tak digemari dan kita lebih suka minum air ntah apa-apa sebab apa?  Sebab kita belajar dulu SAINS kata kopi banyak kafein memudaratkan matalah otaklah.  Tapi perasan tak kita dalam barat menjauhkan kita dari kopi mereka sendiri setiap pagi minum kopi dan itu yang mereka suka minum sebab apa? Sebab mereka dah kaji dan tau apa yang ada dalam al-quran.

3. Hiburan

Yang ni satu dari elemen penting ‘mereka’ gunakan untuk lalaikan kita.  Kalau nak kata zaman Rasulullah xde hiburan memang tipulah.  Dari zaman firaun pun dah ada.  Dan disebabkan puisi tu satu daripada hiburan zaman tu maka Allah turunkan al-Quran.  So kenapa jadi asing? Berapa ramai yang berzikir untuk hiburkan hati tapi ramai antara kita yang suka dengar muzik lebih dari berzikir.  Berapa orang yang hafal doa ataupun selawat shifa kalau nak dibandingkan dengan lagu Lady Gaga walaupun ram,ai yang dah tau dia tu ‘puppet’?  Cuba korang tengah lepak tetiba korang zikir.  Berapa ramai yang akan ikut? Kalau ada 10 orang maybe adalah 2 orang yang lain akan pandang korang pelik macam zikir tu satu benda pelik. So fikirkanlah ye.

4. Sumber Rujukan

Allah dah kata Quran itu lengkap dan ia mengesahkan semua kitab-kitab terdahulu termasuk apa yang YAHUDI percaya iaitu Taurat yang telah mereka ubah.  Tapi berapa ramai umat Islam yang nak baca Quran?  Korang berapa kali setahun buka Quran?  Susah nak jawabkan ini termasuk diri saya.  Quran tu dah macam hiasan dah.  Kita tak peduli.  Kita lebih suka baca rujukan ilmuan western padahal diorang semuapun refer Quran dan Ilmuan Islam terdahulu.  Kita lebih rela baca novel Shakespeare dari baca al-Quran.  Cuba korang ajak kawan korang pergi kelas baca Quran mesti kena ushar pelik punyalah tapi kalau ajak gi konsert berdesup laju je even tiket tu Rock Zone RM299.  Tak payah tengok orang lain sayaopun macam tu tapi saya dapat FREE haha.  Nampak tak kenapa jadi pelik?

5. Percakapan Dan Peradaban

Dulu nenek moyang kita sendiri cara percakapan dia sangat lembut.  Even Rasulullah sendiri bercakap dengan cara yang sangat sopan.  Tapi hari ni cuba tengok hormat sudah takde semua sebab pengaruh media.  Kita lebih nak tiru cara barat bercakap.  Cara behave orang barat.  Tak percaya cuba korang berjalan tetiba jumpa orang Islam yang lain tapi korang tak kenal.  Try bagi salam tengok apa reaksi dia?  Kalau yang jawab tu Alhamdulillah lah tapi kalau yang tak jawab macam mana.  Itu kira ok lagi cuba kalau dia pandang slack dan dalam hati dia mesti cakap aku kenal ke dia ni? hehe.  Pernah alami tak situasi ni?  Tapi cuba korang cakap good morning.  Dengan pantas morning korang akan terjawab tanpa pandangan yang pelik.  Nampak tak kenapa jadi asing?

Saya bukan nak korang ikut atau percaya apa yang saya cakap ni.  Saya just nak share apa yang saya perasan selama saya dah hidup 30 tahun ni (wah dah tua ko Bean).  Orang mesti cakap eleh ko pandai cakap nama ko kenapa Bean Moreno apasal tak letak nama Islam?  Ye memang tu satu contohlah kalau saya suruh orang panggil saya Hafiz ada korang nak panggil?  Saya dah pernah cuba dari start saya sekolah sampai sekarang.  Bila saya kenalkan diri saya dengan nama Hafiz orang akan letak nama samaran lain.  So what is the point.  Salah saya ke? hm…Lagipun takkan saya nak paksa kan ikutlah keselesaan korang dan mungkin dengan itu dapat rapatkan silaturahim so carry on.  Serius kita dah banyak tersasar dari apa yang patut kita buat.  ‘Mereka’ dah kaji dan faham al-Quran lebih dari kita sebab tu ‘mereka’ senang je nak sesatkan kita.  Quran tu dicipta untuk kita sebagai sumber kehidupan tapi kita langsung tak pedulikan keharian dia so Asing tak Islam dalam hidup kita umat akhir zaman.  Sekarang nampak kenapa Rasulullah sendiri cakap Islam itu akan jadi asing sama seperti kemunculannya dulu?  Fikirkanlah ye sebelum terlambat…

GLOBALISASI MEROSAKKAN MENTAL UMAT ISLAM

p/s:

Tugas saya menyampaikan sesuatu yang patut dah saya tunaikan…

pixel Islam Akan Jadi Asing Di Akhir Zaman

13 Comments

  • nk tambah mengenai pemakanan…Rasulullah makan pakai tangan kerana di setiap jari itu ada zat2 makanan yang menyebabkan pencernaan makanan lebih cepat…dan Rasulullah makan bersama sahabat dalam talam…supaya makanan itu dibahagi sama rata dan hubungan silaturrahim akan bertambah dengan makan begini ramai-ramai… :) nice one Bean…

  • nk tambah mengenai pemakanan…Rasulullah makan pakai tangan kerana di setiap jari itu ada zat2 makanan yang menyebabkan pencernaan makanan lebih cepat…dan Rasulullah makan bersama sahabat dalam talam…supaya makanan itu dibahagi sama rata dan hubungan silaturrahim akan bertambah dengan makan begini ramai-ramai… :)

    Tgk bile kita makan western? garpu belah kiri…pisau belah kanan…boleh ke makanan masuk tangan kiri? itu baru bab makan western…kalau makan kat hotel atau mana2 tempat MAHAL kene makan pakai sudu dan garpu…ada yang berwarna emas dan perak…subhanallah!

    • alhamdulillah kita nampak sikit bro

    • selalunya saya tukarkan garfu ke tangan kanan dan pisau di tangan kiri.. takde masalah nak makan kat hotel.. pedulikan protokol dan entah ape2
      KiD recently posted..Nikmatilah 12 kali KEPUASANMy Profile

      • aku main bo je…tapi bro budak 3 LINE yang taksub suka ikut benda bangang ni haha

  • Laaa….. baru hari aku tahu nama ko HAFIZ….. ;-p
    hazman aka species1980 recently posted..Aduan jenayah siber naik 88 peratusMy Profile

    • lah dah bertahun kenal aku nama sebenar akupun ko tak tau hahaha. Bila nak memanah ni

  • Okey jee….2hb nie ko free tak ? memang niat aku nak ajak ko pun….
    hazman aka species1980 recently posted..McDonald Chicken Muffin – Breakfast MenuMy Profile

  • Yup….besok kat Times Square pukul 8 malam…. kalau okey antar message kat handphone aku yea
    hazman aka species1980 recently posted..McDonald Chicken Muffin – Breakfast MenuMy Profile

    • baik boss nanti aku confirmkan semula ye

  • saya nak panggil awak abdullah hafiz.. boleh?
    KiD recently posted..Cerita Lucu – Siri #6My Profile

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: Bean Moreno%GUESTS_SEPERATOR%9 Guests%BOTS_SEPERATOR%4 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction