Faktor Yang Perlu Kita Ambil Kira Sebelum Menulis

Assalamualaikum,
Menulis tu umum sebenarnya. Menulis diaripun boleh dikira penulis. Entri ni khas untuk golongan journalist atau lebih spesifik pada blogger macam saya. Kalau nak dibezakan dulu dengan sekarang seriously memang lain cara kita menulis. Kalau nak tengok dari segi etika penulisan pun dah banyak kita yang sesat. Kenapa saya berani cakap macam tu? Sebab ramai antara kita yang menulis ikut suka je (ni termasuk diri saya sendiri). Kita dah tak fikir banyak benda sebelum kita letak jari kat keyboard. Yang kita tau akhir bulan cash out dan kejar trafik.
Korang perasan tak apa yang dah jadi kat blogger Malaysia ataupun lebih mudah saya point MELAYU. Ya kita melayu pantang dicabar. Dan lagi yang penting kita MELAYU pantang nampak cerita panas. Laju je kita tulis tanpa selidik. Saya bagi dua contohlah Kes Amalina dan Kes Mahasiswa. Apa dah jadi? Orang selalu tanya apasal saya tak ikut trending. Jawapan saya simple je saya akan menulis bila saya rasa saya suka dan saya akan ambil kira beberapa faktor sebelum saya publish entri.
1. Kebenaran Cerita
Yang ni ramai yang tak ambil pedulipun. Asal nampak topik tu hot pastu trending plak confirm ramai yang akan tulis. Tipulah kalau korang tak pernah nampak blogger yang rajin update pasal isu yang dia sendiri tak pasti. Kalau sebelum dia jadi blogger nak baca surat khabar free kat 7eleven pun susah sejak dia jadi blogger tak cukup surat khabar dia beli yang online pun dia baca lagi semata-mata nak dapat maklumat kononnya. Mata tak kan lepas cari trending tak kira pasal apapun. Semua sebab nak kejar SEO. Serius nak SEO banyak benda kita boleh tulis weyh.
2. Maruah Orang Lain
Serius saya jadi tak faham apasal kita nak kena update pasal Amalina? Cuba korang jawab kenapa? Tak cukup ke kita just tau tak payah sebarkan. Kalau cerita tu salah dan confirm-confirm korang dapat saham fitnah dan even kalau cerita tu betulpun korang tetap dapat dosa sebab mengaibkan orang lain. Tak salah nak nasihat. Ko tengok tak pasal-pasal minah tu kena buat video dan sepatutnya after dia dah mintak maaf dan keluar video tu korang yang menulis kena remove entry korang tapi ada korang buat? Takde kan haha. So korang pandai-pandai fikirlah.
3. Sensitiviti Sekeliling
Ni rentetan faktor sebelum ni. Ye niat korang mungkin baik nak betulkan akidah ataupun perangai dia tapi ada korang fikir pasal perasaan family dia? Tak kan yang korang tau nak untung je pastu sikitpun tak hulur kat dia or family dia. Kesian weyh family dia. Dah tau sifat orang kita memang mulut takde insuran korang bayangkanlah apa jadi kat mak bapak dia. Confirm kena maki cerca hina (pergh ayat…). Cuba bayangkan korang dalam situasi dia or family dia camno nak hadap tu? Korang fikirlah sendiri.
Ni lah antara apa yang saya fikirkan sebelum saya publish entri dalam blog ni. Itu apasallah sekarang susah saya nak bagi fresh content sekarang. Yelah dah 3 tahun menulis confirmlah idea jadi makin kurang. Menulis ni kalau benda tu datangkan manfat kita dapat pahala dan kalau apa yang kita tulis tu memudaratkan orang lain dan persekitaran maka dosa tu continuous beb. So sebelum menulis dan publish fikirlah efek dia pada alam sekitar. Semoga dunia tidak tercemar dengan toksid-toksid berblog.
p/s:
Saya lebih rela tidak menulis dari tulis benda yang saya tak dapat confirmkan betul atau tidak lagi-lagi kalau melibatkan MANUSIA ;ain. Sebab dosa dengan Allah InsyAllah boleh dapat keampunan tapi dosa dengan manusia susah weyh.
20 Comments
Leave a comment
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Like me
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- Alhamdulillah Dapat Rasa Buat Sujud Sajadah
- Tahniah Kumpulan Zero Raja Lawak 6
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- Pencarian Berakhir Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- 3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak

















tak perlu kata apa2..senyum!haha
lifesaverhamzah recently posted..Hi Nuffnang [Kelip-Kelip Mata]
sebab tu saya suka masuk blog puan fresh content haha
Sebelum menulis memang perlu periksa dahulu keshihan sumber & berita tu. Takut blog akan jadi agen penyebar cerita yang tidak betul pula nanti..
anif recently posted..10 Tips Hebat Untuk Dikongsi Bersama
biasalah menulis tak ikhlas tulah jadinya
Ramai orang yang masih tak tahu lagi cara nak berdakwah secara berhikmah…..niat baik tapi cara salah…Ustaz Azhar Idrus tu pun ade gak orang mengutuk dia….haisshh…
hazman aka species1980 recently posted..GMAIL kini berwajah baharu
senang je bro…dunia akhir zaman semua nak jadi ulama tu lah kesannya
kak jie pernah baca satu blog, dia kata blogger skrg mengejar SEO dan sebarkan untuk trafik kerana pengaruh tutor dari blogger senior sebelumnya. Syukur alhamdulillah juga kerana sepanjang berblog, kak jie belum pernah buat tutor cara² utk dapatkan trafik panas.
Kujie recently posted..Siapakah Blogger Traffic Hunter
hehe saya punya tutor base on third party source untuk dapat trafik bukan red hat SEO hahaha
btol tu.. setuju!! lagi2 yg no.2 tu…

madammondoq recently posted..Ala Tomey.. Tomey..
yelah kita tak gikirpun maruah orang lain…saya rasa better tulis pasal parenting mesti selamat dunia akhirat kan haha
“What goes around, comes around”. Apa yang kita semai hari ini, akan dapat juga hasilnya di kemudian hari. Kalau semai benih yang tak elok, tak eloklah hasilnya nanti.
GreenLava recently posted..Blogger Sentral year 2011 statistics
sangat setuju
lps tulis mcm-macam tu ada ker kalau tak betul – ada buat pernyataan minta maaf ?
tak pernah ada.. sebab apa ? mungkin sebab angap tu tak bersalah atau lebih ganas lagi “tak ada te..u” – itu pendapat aku lah
aku recently posted..Mengejar Kaki Pelangi – Sinopsis
haah itu aku setuju…tulis berani mintak maaf tak berani…mati lagi bagus orang macam ni
sangat setuju!!
fyna recently posted..FAKTA PELIK TAPI BENAR
apa yang kau setju jeb
setuju sangat2 dgn entri ni.. kalau nk ikut trending sekalipun, boleh tulis ikut sudut pandangan yg berbeza.. bukan sekadar tulis mcm apa yg kita dengar tp tak pasti kebenarannya.. akal fikiran yg Tuhan berikan pada kita mampu mencipta pelbagai pandangan atas sesuatu topik.. tapi kenapa masih ada yg hanya ikut 1 sudut pandangan sahaja? bila menulis sila fikir kesan2 dr penulisan kita tu.. jgn main hentam je.. trafik byk memang best.. dosa byk rasa2 best tak?
Anarm recently posted..Wordless Wednesday #14 – Satu Dinar Emas
betul…serius sangat betul tapi ramai blogger yang tak fikir.Bila tegur cakap kita nak tunjuk otailah nak bajet bagus tapi depa still tak boleh nak fikir tujuan menulis…Nak traffik banyak post kat stumble upon je lah confirm ribu2
aku main tulis aje. Malas nak fikir sangat. Nanti..tak tulis apa-apa plak..
titan recently posted..Novel Fiksyen 302 yang kacak
hang dah kategori super blogger dah bro akupun layan blog hang…