Pendapatan Nuffnang Itu Syubhah?

Assalamualaikum,
Pernah dengar isu ni? Saya rasa dah lama kot kes ni dan paling panas last year. Saya bukan nak tunjuk pandai ataupun nak jadi ustaz just nak mengulas mengikut apa yang saya faham je. Isu ni bangkit semula selepas salah seorang rakan saya tanya soalan ni kat group. Ada seorang komen blog dia dengan mengatakan pendapatan Nuffnang ataupun most of the ads company itu syubhah. Betul ke syubhah? First of all kita tengok hadith pasal syubhah…
“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. “
Maksud Syubhah - Sesuatu yang yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih.
Kita boleh cakap benda tu syubhah bila kita rasa was-was dengan sesuatu. Was-was tu datang dari hati sebenarnya dan bila kita jadi was-was makan jangan hampiri benda tu. Dalam isu Nuffnang dan ads company lain ramai orang yang akan pertikai pasal status pendapatan tu. Yelah ramai yang kata ada iklan arak pastu ada plak iklan yang promote benda yang bertentangan dengan Islam. Bagi saya pendapatan Nuffnang ataupun iklan-iklan lain takde masalah. Kenapa? Simple je sebelum kita nak publish iklan kat blog pihak Nuffnang ada bagi option samada nak letak ataupun tak iklan yang related dengan alcohol. So kalau kita tak nak dan tetiba sedar kita ni Islam just tutup jelah. Simple kan.
Itu satu hal, lepas benda ni dah dijelaskan mungkin akan ada pulak yang cakap benda tetap syubhah sebab duit income dalam syarikat Nuffnang tu bercampur. Syarikat arak, syarikat rokok, mungkin ada pulak syarikat judi yang bayar payment makanya dah bercampur semua duit then baru Nuffnang bayar kat blogger. Ada masalah ke benda tu… Kita tengok satu pendapat Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumiddin :
“Jika bercampur antara harta yang halal dengan harta yang haram dan kedua-duanya tidak dapat dibezakan maka tidaklah bermasalah untuk kita menggunakannya.”
sumber – Ustaz Love
Lagi satu pendapat yang kita boleh guna pakai ialah dari Ustaz Zaharudin :
“Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul.“
sumber – Ustaz Love
Kalau ada pendapat yang kata tetap syubhah dan takpun yang ada pulak cakap haram satu je soalan untuk korang. Adakah korang bekerja? Private ke Government? Dua-duapun sama je sebenarnya. Sumber dah bercampur jugak lagi-lagi yang kerja government. Dari mana datangnya gaji anda? Kerajaan bayarkan betul tak? Dari mana sumber pendapatan kerajaan? Dah tentu lah dari cukai. Habis ada berapa ratus atau ribu syarikat dalam Malaysia? Kita pun tak tahu betul tak? Dalam beribu syarikat tu ada tak kedai jual arak,kilang-kilang dan factory-factory ataupun syarikat perjudian? Kalau tak silap Gentingpun ada bayar cukai juga betul tak? So kalau macam tu syubhah tak hasil pendapatan kita? Kalau nak fikir syubhah so korang pi kerja kat Dubhai lah itupun kalau kat Dubhai memang bersih dari arak. Kalau dah macam itu sumber pendapatan kita itu HARUS kita terima selagi kita tak buat benda salah contoh macam mengular ke, ataupun pi jenjalan masa tengah bekerja (perli diri sendiri sebenarnya).
Bagi saya kita boleh jadikan isu bila memasang iklan ni ialah bila mana kita memaksa orang pi klik iklan. Memang kadang-kadang ayat macam baik je kan. Contohnya macam,
“Saya dah klik iklan awak…”
“Tolong klik iklan saya”
“Jom tolong menolong klik iklan so sama-sama dapat faedah”
Ayat memang baik tapi niat dah salah. Actually saya sendiri pernah buat benda kat atas ni tak dinafikan tapi dah taubat nasuha. Benda ni sebenarnya bercanggah dengan etika kita berblog dan mendapat keuntungan. Saya nak cakap haram pun tak boleh sebab saya tak pasti so saya anggap itu syubhah dan saya jauhkan dari buat benda macam tu. Lagi satu benda jadi syubhah bila kita dapat advertorial berkenaan maksiat dan apa sahaja yang bertentangan dengan Islam lalu kita buat itupun saya tak berani nak kata haram sebab saya tak pasti. Macam yang saya cakaplah ni just pendapat saya je so kalau mungkin ada tersilap sikit ke ataupun ada sikit tak betul boleh tolong tambil dan betulkan. Actually saya ada tanya orang lain jugak pasal benda ni cuma takkan saya nak rekod then letak kat dalam blog kan.
p/s:
Bukan nak backup Nuffnang ke hape just berbicara benda yang patut dikongsi. Income saya dengan Nuffnang pun takdelah banyak sangat. Cukup buat beli Kasut Hush Puppies je…
18 Comments
Leave a comment
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Like me
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- Alhamdulillah Dapat Rasa Buat Sujud Sajadah
- Tahniah Kumpulan Zero Raja Lawak 6
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- Pencarian Berakhir Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- 3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak

















sebab tu kita di beri pilihan untuk amik iklan berunsur maksiat atau tak.
makanya rasanya tak timbul soal syubhah itu sebab kita dah memilih berdasarkan yang betul.ini pendapat dari aku la.
nik recently posted..Allah sentiasa ada
mungkin betul…aku pun bercakap atas dasar perjalanan hidup kita je nik hehe
terima kasih buat Bean..semula penjelasan kamu di terima dek mereka
sama-sama kak..apa yang saya tau so saya share yang tak tau tu saya buat diam dah la haha
Betul2.. kat dalam option Nuffnang (iklan) tu ade yang tak elok kita TOLAK. Memang BERSIH pendapatan kat Nuffnang, itu pendapat saya la.. =)
shahroll photo recently posted..6ixth Sense feat. Saujana – Penerang Hati [free download]
yups mungkin depa terlepas pandang apa kata ko buat tutorial shahroll
Whoaaa… nak tambah kasut baru yea…. kasut raya haji ker ? hahahaha
hazman aka species1980 recently posted..Roti Aiskrim di Restoran Bangi Kopitiam cawangan Nilai
mana ada…
thanks for the info. atas hati sme ni bab2 syubhah. awal2 lg mmg dia dh tnye pn psl iklan cmne nk letak. klu terlepas pndg tu tak tau la cmne kn.
arelan recently posted..PeNcaRiaN BLoG FoLLoWeR BaWaH 500
kita kena hati-hati tapi syubhah tu ikut situasi jugak sebenarnya…tak syoklah kalau sesuka hati orang letak hasil tu syubhah
harap penjelasan dari TL bean moreno dapat menjawab kekusutan blogger.. syukur…
KiD recently posted..Daddy, nak dukung!
bila masa pulak aku jadi TL bro haha..
such a good info!
such a good info! benda2 mcm ni lah kena amik tau.
cik oda gelang recently posted..Anak Buah Cokda Yg Kiuttt!!!
benda2 mcm ni lah kena amik tau.
cik oda gelang recently posted..Anak Buah Cokda Yg Kiuttt!!!
yups pasal halal haram ni kadang2 orang buat main je sebenarnya..
Jangan dengar je terus ikut je kata ustaz2. Ustaz tu semua pun manusia juga. Ada yang jumud, ada yang terbuka dll. Ustaz di kampung kata harta tu dunia je, ustaz di universiti kata harta tu perlu jika mampu dapatkan untuk buat tolong perjuangan Islam. Ape2 hal berbalik kepada Quran, dan kalau nak makesure lagi, search je hukum hakam kat website jakim, xpun kol je terus.
Lagubestbest recently posted..Nyanyian Suara Hati – Inka Christie
hm..ada jugak betulnya kata-kata bro…itu just rujukan je…tapi kalau kita fikir balik situasi nuffnang ni sama je macam mana dengan situasi kita dapat gaji dalam Malaysia betul tak? Jadi pendapat bro macam mana?