Earn Cash by using your Blog
Nov 14, 2011

Kita Mungkin 1Malaysia Tapi Lain Cara

1malaysia Kita Mungkin 1Malaysia Tapi Lain Cara
Assalamualaikum,

Lambat update hari ni sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan dahulu.  Ni pun ada saki baki lagi yang perlu siap hari ni.  Ok hari ni saya nak share something yang mungkin ada pengajaran yang terkandung untuk kita renungkan.  Tiada niat nak bangkitkan pasal perkauman sebab memang clean dari isu perkauman hehe.  Maksud tajuk saya ialah even kita boleh digelarkan 1 Bangsa Malaysia tapi kita lain cara hidup dan pemikiran juga tak sama.

Masa cuti raya haji hari tu saya berpeluang lepak dengan beberapa otai lama Muar.  Otai ni maksudnya depa ni warga emas yang banyak experience.  Banyak benda yang saya belajar dari depa bermula dari ilmu agama sampai kehidupan.  Salah seorang tu merupakan ketua balai polis Muar satu ketika dulu dan sekarang dah pencen dan umurpun dah nak masuk 80 (kira 70 lebih tapi masih kuat beb).  Saya panggil dia Atuk Andak.  Tok andak cerita dulu ada satu kes yang mana dia perlu cari seorang yang dikehendaki (nama dirahsiakan).  Pada mulanya anak buah dia yang kena cari tapi tak jumpa then dia pergi cari sendiri.  So masa dia pergi cari diapun bertanya pada semua orang dan situasi berikut terjadi :

 

Mula-mula dia pergi bertanya kat tokey satu kedai cina …

 

Tok Andak : Taukey awak ada kenal atau nampak tak ini orang?

Taukey Cina : Owh soli lah lu cari ini olang pasai apa?  Saya tak pernah nampak lah ini olang.  Soli ah incik…

 

Kemudian Atok Andak ternampak seorang customer India duduk minum dekat warung tu lalu dia pi tanya pada India berkenaan …

 

Tok Andak : Encik ada pernah nampak atau kenal tak orang ni?

Customer India : Incik cari dia ada apa hal? Incik orang ini  selalu  minum sini.  Saya kenal sama dia tapi saya tak tau mana dia duduk lah…

 

Tu jawapan dialah.  Tapi walau macam mana pun Atok Andak mesti cari jugak orang ni sebab itu tugas dia kan so dia cuba tanya seorang melayu yang sedang tunggu someone dekat area kedai tu…

 

Atok Andak : Cik kenal atau pernah nampak tak orang ni?

Melayu : Encik cari dia ke?  Saya tau kenal dia.  Kejap lagi saya tunjukkan rumah dia.

 

Akhirnya Tok Andak dapat jumpa orang tu dengan bantuan si Melayu ni.  Korang nampak tak apa yang saya nak sampaikan.  Kita orang Melayu memang TERLALU JUJUR.  Itu alhamdulillah dan yang paling penting mulut kita tak cermat maksudnya kita tak pandai langsung nak simpan rahsia.  Kita tengok dari perjalanan Atok Andak cari orang tu bila dia bertanya dengan orang Cina dia tak dapat apa-apa maklumat dan kalau nak diikutkan mungkin tokey cina tu kenal sangat dengan orang yang dicari.  Kenapa saya cakap kemungkinan dia kenal?  Kita tengok perbualan Atok Andak dengan Orang India tu pulak.  Dia cakap orang yang atok andak cari tu selalu datang minum situ dan diapun kenal.  So kalau selalu minum mustahil tokey tu tak kenal betul tak?  Kat sini kita dapat nampak Orang India still akan simpan rahsia tu cuma dia bagi clue sahaja.  Perbezaan ketara bila berjumpa dengan KAUM SAYA. Kenapa? KAUM SAYA tak suka selindung dan suka bercerita haha.  Bak kata orang bercinta tiada rahsia antara kita…

Bukan niat saya nak bercerita buruk KAUM SAYA cuma pada saya kita patut ubah cara kita. Maafkan saya kalau penulisan saya ada menyakitkan hati sesiapa. Kadang-kadang ramai antara kita benda sikit pun boleh jadi besar hanya sebab nak tunjuk pandai.  Kita gemar bercerita (terutama tentang buruk orang walaupun sama bangsa).  Memang tak dinafikan KAUM SAYA jujur tapi tak semua benda kita boleh cerita terutama sekali hal yang melibatkan family.  Ni tak sikit-sikit publish kat facebook,  perang kat twitter.  Semua benda kita nak cerita kat facebook.  So renungkan apa yang sepatutnya kita ubah.

p/s :

Itu pasallah Kongsi Gelap Melayu tak boleh berjalan dan ia berbeza dengan KONGSI GELAP lain yang mana berjalan dengan lancar dan semua agenda terlaksana.  Kenapa?  Sebab kita suka bercerita!

pixel Kita Mungkin 1Malaysia Tapi Lain Cara

12 Comments

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: %GUESTS_SEPERATOR%4 Guests%BOTS_SEPERATOR%4 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction