Earn Cash by using your Blog
Nov 8, 2011

Cara berblog Dengan Betul

blog world Cara berblog Dengan Betul
 

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak share something pasal blog.  Bukan apa kalau kita jumpa something yang berguna untuk kita dan orang lain satu benda yang pelru kita buat ialah kongsikan dengan semua orang.  Kat situ kita dah dapat dua.  Satu ilmu Satu lagi pahala sebab sebarkan.  Mungkin ramai yang perasan dulu bukan main rajin lagi saya kongsi bab-bab blog ni terutama sekali benda-benda baru tapi rasanya sejak dua bulan lepas saya dah kurang buat entri berkaitan dengan blog.  Sebabnya ialah dah ramai sangat blogger yang buat so buat apa nak compete lagipun dah ramai yang gempak hehe.  Tadi saya mulakan hari dengan membaca article (itu pasal lambat update).  So saya jumpa ni …

Squidoo Cara berblog Dengan Betul

Credit to Squidoo

Soalan pertama untuk korang.  Adakah korang blogging asal boleh ataupun korang blogging dengan ilmu?  Macam saya terus terang saya tulis blog lepas dah research bukan bodoh-bodoh je tulis.  Most of bloggers just tau menulis tapi takde buat researh tentang apa yang dia tulis.  Kat atas ni adalah 7 cara untuk kita jadi seorang true blogger.  True blogger tak semestinya jadi full time blogger.

1.  Be Yourself (Jadilah Diri Sendiri)

Nak jadi blogging bukan kena takat ada blog  je tapi ada identiti.  Jangan disebabkan kita tengok ada blogger ni tulis best  kita pun ikut cara dia then cara menulis pun nak kena sebijik macam dia.  Tak perlu beb.  Jadilah diri sendiri jangan jadi orang lain.  Sebab tak mungkin kita dapat selesa dengan gaya orang lain.  Kalau kita selesapun tak mungkin readers akan selesa.  Sama je macam kita dress up.  Ramai orang suka dress up ala-ala KPOP sekarang tapi adakah dress KPOP tu sesuai dengan kita dan kalau sesuai pun adakah orang yang pandang kita sejuk mata?  Jawab sendiri.

 

2.  Be Genuine – Write From The Heart (Menulislah Gunakan Hari)

Kita dalam penulisan kalau tak kena dengan mood memang susah.  So letakkanlah minat dalam diri korang baru syok.  Nak emnulis sila jangan PAKSA.  Ramai antara kita tengah takde idea pun nak jugak menulis.  Baru lepas gaduh dengan awek nak jugak publish entri tutorial.  Terus terang saya cakap menulis dalam keadaan terpaksa CONFIRM entri jadi SUCKS.  So kalau mood takde duduk je tengok Masterchef Malaysia itu adalah lebih bagus.  Melainkan blogger-blogger SEO lah yang asal ada perkataan SEO memang laju contohnya perkataan SEOrang haha…

 

3. Connected With Readers – Make Friends (Bikin Kawan Buat Relationship)

Ramai blogger yang sangat sombong dan umpamakan diri dia sama macam penulis Problogger haha.  Kenapa saya cakap macam tu.  Semua nak berlagak rockstar.   Tak nak buat relationship.  Ya mungkin kita boleh cakap sibuklah nak reply komen.  Malas nak blogwalk sebab kalau blogwalk pun orang bukan baca entri kita pun.  Semua tu silap.  Sekarang kita ada social media beb.  Saya rasa most of blogger akan letak button share,retweet dan paling cikaipun letak button like.  Bila korang buat relationship dengan orang lain tak mustahil depa akan retweet ataupun share.  Dari situlah kejayaan seorang blogger akan bermula.  Tak percaya cubalah bikin kawan dengan blogger lain.

 

4.  Be The Authority – Teach Something (Ajar dan Kongsi Sesuatu)

Yang ni mungkin susah sikitlah tapi tak mustahil kalau kita nak.  Korang nak tau kenapa ramai antara kita tak boleh jadi authority blogger sama macam blogger luar?  Simple je sebab kita terlalu takut nak cuba dan kita terlalu MALAS nak research.  Semua nak copy paste semua nak tiru.  Bila Nara dengan ohbulan berjaya upkan blog hiburan semua nak jadi blogger entertainment.  Bila orang lain berjaya buat blog yang dapat trafik tinggi kitapun nak jadi macam depa.  Apa salah cuba benda yang orang tak pernah buat dari situ kita ada kuasa sebab kita yang mulakan.  Terus terang saya sendiripun takut masa mula-mula nak buat tutorial Lightroom tapi selamba mak nyah je pajak entri dan sekarang hasil dah mula nempak.

 

5.  Be Opinionated, Unique and Creative (Jadilah Seorang Yang Kreatif)

Menulis blog tak sama dengan menulis cerpen.  kalau kita tengok blog luar negara depa menulis berdasarkan pendapat.  Walaupun blog depa hanya blog hiburan.  Diorang berani letak dan pajak pendapat depa kat dalam penulisan.  Depa menulis ada isi bukan takat niat nak tekan button publish je.  Dalam penulisan diorang, ada something yang diorang nak lontarkan.  Ni kita kat sini menulis takde info camno nak maju.

 

6.  Write Something Useful (Tulis Benda Manfaat)

Ni berkaitan dengan yang atas.  Menulis berdasarkan ilmu dengan menulis hanya untuk menulis lain beb.  Readers baca pun dapat rasa.  Korang rasa readers tak dapat baca perasaan dan emotion blogger ke bila depa baca entri kita walaupun diorang bukan blogger.  Kita banyak merepek benda yang sebenarnya tak patut kita ceritapun dalam blog.  Personal blog tak semestinya nak kena cerita apa kita buat setiap minit.  Even kita tulis aktiviti kita dalam blog kita pun boleh share info yang berkaitan dengan apa yang kita buat.  So pandai-pandailah ye jangan cerita hal disebalik seluar jeans dalam blog.  Orang menyampah.

 

7.  Write About What You Love  (Tulis Benda Yang Kita Suka)

Yang ni sangat penting.  Tulislah benda yang kita suka jangan sebab nak trafik kita tulis benda yang kita tak suka.  Entri korang akan jadi mengarut kalau takat tulis untuk kejar trafik.  Bukan apa sekarang dah banyak sangat blog surat khabar.  Kalau isu surat khabar tapi ada ulasan tak kisah ni sebiji tiru surat khabar.  Tapi kalau itulah yang korang minat so tak bolehlah nak buat apa teruskan jelah cita-cita korang untuk jadi publisher surat khabar.

So apa yang boleh saya bagitau,  korang punya blog pandai-pandai lah korang pilih cara sendiri.  Saya takde niat nak perli or apa tapi itu realiti dalam dunia blog Malaysia dan saya sendiri pernah jadi macam tu.  Tapi kalau korang rasa selesa dengan cara macam tu just carry on.

 

Our hearts, our minds, our doors are always open for that

pixel Cara berblog Dengan Betul

22 Comments

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: %GUESTS_SEPERATOR%8 Guests%BOTS_SEPERATOR%9 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction