Earn Cash by using your Blog
Nov 21, 2011

Blogger Akan Berjaya Bila Ada B.L.O.G

blog logo Blogger Akan Berjaya Bila Ada B.L.O.G
 

Assalamualaikum,

Entri ni saya dah terfikir nak taip lama tapi ntah tak tau kenapa asyik ter’delete’ je. Hari ni saya nekad nak publish so kene retype.  Tajuk nampak macam agak sikit gila tapi sebenarnya betul.  Memanglah blogger kena ada blog baru berjaya kalau takde blog takkan kita nak panggil dia blogger ye tak?  So apa itu B.L.O.G?  Ramai blogger termasuk saya yang masih menulis tanpa faham kenapa perlu kita tulis article tu.  Tu perbezaan antara kita dengan blogger luar yang mana most of them ada matlamat dalam menulis.  So kita tengok apa itu BLOG.

 

1. Believe

Believe maksudnya percaya.  Percaya pada cara kita menulis dan percaya pada kemampuan blog kita.  Bila kita tengok trafik blog lain tinggi dan trafik blog kita nak cecah 100UV sehari pun susah kita terus down.  Ada pulak jenis nak result cepat.  Baru register url blog lepas tu dapat belajar sikit ilmu SEO then buat lepas tu nak result dia instant.  Lepas tu bila tak dapat mula persoal kenapa blog dia tak jadi tips SEO tu.  Bila dah mula ada persoalan kalau pandai cari solution takpe ni terus jadi malas.  Ni lah satu budaya dalam blogsphere Malaysia.  Korang kena ingat dalam blogging kita kena BERI MASA dan PERCAYA.  SEO takkan jadi dalam masa 5 minit selepas korang letak coding Google Web Crawler.  Jadi beri masa dan percaya blog korang akan up.  Apa yang kita perlu buat just tulis, tulis dan tulis.

 

2. Learn

Learn bermaksud belajar.  Ya memang betul blog itu satu seni penulisan tapi bukan takat tu je.  Nak jadi seorang blogger kita kena belajar benda yang berkaitan.  Dunia blog ni luas dan setiap hari mesti ada ilmu baru.  So semua bergantung pada diri untuk maju.  Kita tak boleh assume kita tau semua sebab bukan kita yang cipta blogspot.  Setiap orang akan temui cara untuk uruskan blog dengan style diorang sendiri.  Semua terpulang pada kita untuk mencuba.  Dan dalam proses kita belajar jangan takut dan malu.  Tak faham boleh tanya pada yang faham.  Kalau takut nak call sebab suara tak sedap guna jelah Social Media.

 

3. Organize

Dalam blogging seorang blogger perlu pandai organize atau well-organized dari banyak segi.  Macam eyriqazz rahsia dia ialah dia pandai organize entri-entri.  Macam mana dia organize boleh tanya dia.  Kang kalau saya buka tak pasal-pasal dia saman dah la duit tak  berapa nak ramai haha.  Penulisan jugak kita perlu atur so that readers selesa (blog ni memang agak tunggang-langgang sebab rojak).  Biar rojak tapi orang faham dari skema tapi belit-belit.  Bila readers selesa maka depa bookmark url kan dah dapat loyal readers kat situ.

 

4. Group

Perasan tak ada logo hijau,kuning dan merah kat sidebar.  Tu bukan logo pekida tapi logo group kami.  Apa kepentingan group?  Simple je satu stabilkan ranking blog, dua share apa yang kami ada dan tiga bincang pasal filem superhero yang bakal keluar haha.  Banyak benefit weyh bila ada group.  Bila kita start main linking impak sangat besar dan boleh membantu antara si pemberi link dan orang yang dapat backlink.  So kat situ win-win situation. Ingat bersekutu bertambah mutu.

 

So apa yang saya share ni adalah pandangan dari mata saya yang sangat rabun tapi masih degil untuk pergi ke England Optical.  Kebanyakan blogger termasuk diri saya nak berjaya dalam berblog tapi tak nak faham apa patut kita buat.  Kelemahan kita ialah tak nak lalu tough time dan nak naik dengan cara senang je.  Bila nak naik senang so banyak step yang kita akan langkah dan disebabkan itulah kita tak BELAJAR apa-apa.  Terus-terang saya cakap saya ambil masa 2 tahun untuk upkan blog ni.  Saya nampak perkembangan dari UV blog ni 21UV sehari sampai sekarang dah banyak sikit.  Bukan nak cakap saya tau semua tapi saya belajar sampai saya faham,  dari cuma hanya tau pilih template default kat blogspot sekarang saya dah tau macam mana nak ubah dan buat template sendiri.  Apapun thanks to all sifu macam Melromeo, Eyriqazz, Kak Red dan insan-insan lain yang banyak tolong saya.

 

p/s :

Bila dah mula melalut pasal blog ni yang payah ni.  Kang semua entri keluar pasal blog adus!

 

pixel Blogger Akan Berjaya Bila Ada B.L.O.G

20 Comments

  • ok,aku tade group-__-
    thanx for sharing bean!
    nak masuk tali barut plissss-__-
    nik recently posted..Gadget impiankuMy Profile

    • bab tu kena tanya AJK aku ahli biasa je hehe

  • yang penting jangan pts asa kn….:)
    Aishah Jahirah recently posted..Susahnya Nak dapat Umah SewaMy Profile

    • yups dalam blog kita kena yakin baru boleh naik…

  • thank’s admin blog ….,rakan rakan mai la singgah sini….!

  • sebab aku pun sentiasa percaya kan diri aku..sebab tu aku dapat apa yang aku nak. Dengan kehendakNYA juga..
    titan recently posted..Khairul Fahmi, Asrarudin Omar, Badrol Bakhtiar, Ong Kim Swee. Semua kacak!My Profile

    • akupun percaya kat hang…slot iklan ada kosong lagi dak? haha

  • Nice definition about BLOG.
    Memang dari berblog ni kita belajar menulis. Aku rasa aku menulis skg kat blog lebih baik dari masa awal2 dulu (Ini apa yg aku rasa je la, org lain mungkin tak rasa apa2 haha)

    Believe: ini pun kena yakin pada diri sendiri. Kadang2 ada gak isu2 yg aku nak tulis kat blog, tapi terfikir “Eh ada ke org nak baca”. Dah byk kali dah jadi camtu. Tp ada jugak 2 3 entry yg aku beranikan diri untuk tulis, Alhamdulillah byk sambutan aka komen.
    Affan Ruslan recently posted..Kanada dan Produk Apple – Saya Mahu Macbook Air!My Profile

    • samalah entri nipun dah banyak kali aku delete sebab takut orang akan cakap aku poyo..tapi at last aku terfikir aku menulis untuk share dan kepuasan sendiri so apa nak fikir pasal orang

  • what i learn i earn, what i earn i learn…

  • wah, siap ada geng tali barut.hehehehe!!! insyaAllah, kalau nia berblog untuk share perkara bermanfaat blog kita akan boleh diterima seadanya ;)
    Lizz recently posted..Populariti Blog Nilainya di mana?My Profile

    • hehe tu group sesaje je…penuhkan masa lapang

  • bean moreno salah seorang blogger yang berjaya..learn a lot from u bro..tgk sajela online users tu,..skang maintain berpuluh2….

    chaiyok2 bro..
    eyriqazz recently posted..MasterChef Malaysia Semakin Menarik HatiMy Profile

    • saya masih belum berjaya lagi dan kalau saya berjaya itu semua support dari bro dan kawan2 yang lain

  • good N3 …semuga terus berjaya
    kak ina kl recently posted..Bila Puan Doktor Bertanya Buat Blog Boleh Dapat Duit Ker?My Profile

  • Nice + berinformasi… Saya teruja!!! :p

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: %GUESTS_SEPERATOR%7 Guests%BOTS_SEPERATOR%9 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction