Benda Yang Kita Kena Tahu Sebelum Dapat Iklan Dan Beriklan

Assalamualaikum,
Faham tak apa yang terkandung dalam gambar kat atas ni? It stated (wah kau Bean koya cakap orang putih) It Pays To Advertise But Only Advertise If It Pays. Saya harap korang faham apa maksud gambar ni. Gambar kat atas ni berkaitan tentang pengiklanan. Last week saya ada share something pasal Cara Betul Dengan Berblog. Tu cara kita nak jadi TRUE Blogger. Kali ni saya nak share apa yang saya faham pasal advertising sebab advertising ni satu element yang setiap blogger perlu tau sebab ni cara blogger nak dapat duit. Sebab kalau kita tak faham confirm kita akan merungut bila pasang ads kat blog.
Ramai yang tanya saya kenapa saya tak letak shoutbox. Saya rasa dah hampir setahun saya tak pakai shoutbox ke shoutmix ataupun semua jadah box yang boleh letak link kat blog dan saya rasa ramai lagi blogger yang tak letak sampai ada yang buat entri otai (kecuali saya sebab saya bukan otai) kedekut tak letak shoutbox. Mesti korang pelik kan kenapa takde sampai ada yang drop komen tanya hehe. Simple je jawapannya. Ni reason saya tak taulah kalau ada reason lain dari blogger lain.
1. Halau SPAM
Dulu saya letak atas dasar sennag nak kasi orang blogwalk so kira sedekah trafik saya secara tak langsung dengan blogger lain. Tapi lepas ramai yang ‘pandai’ guna youthsays dan jutawan klik ke apa benda namanya shoutbox dalam blog saya dah digunakan khas untuk promote link mereka yang sangat berfaedah tu (untuk depa je berfaedah untuk orang lain tak langsung). So kat situ dah jadi advertising box pulak. Kalau kasi saya share sikit tu mungkin sejuk sikit nak tolong ni untung sorang haha. Jadi kat situ untuk tidak merugikan sesiapa saya buanglah.
2. Fair Untuk Semua
Kenapa saya sebut pasal keadilan. Bukan sebab nak jadi hakim ataupun polis tapi kalau korang perasan dulu saya ada buat ruang advertise blog. Nak advertise kat situ korang kena bayar RM10. So kalau saya letak shoutbox tak adillah bagi blogger yang bayar dengan saya. Yelah letak shoutbox free buat apa nak bayar RM10 untuk advertise dan terus terang saya cakap shoutbox lagi effective.
3. Kurangkan Bounce Rate
Ni lari sikit topik tapi still penting. Quality sesuatu blog tu advertiser akan lihat pada PR blog tu. Dan salah satu punca maintain PR ialah bounce rate (kalau tak silap lah). Bila bounce rate dah cecah 50% maksudnya average time on site kat blog korang sangatlah sikit dan visitor datang dengan kelajuan gaban. Salah satu penyebab ialah kewujudan shoutbox dalam shoutbox dalam blog. So saya terpaksalah buang shoutbox untuk maintain ‘Q’ blog ni.
Ok ni baru muqadimah je haha mungkin ada yang dah pengsan. Saya kena terangkan satu-satu untuk korang faham. Lagipun related dengan topik kan. Ok kita sambung. Dalam advertising ada two way effect yang perlu wujud iaitu benefit untuk pengiklan dan benefit untuk orang yang beriklan. Ni salah satu kenapa saya buang ads space dalam blog ni. Saya rasa tak fair kalau depa bayar tapi tak dapat apa-apa. Mesti korang tanya balik apa yang saya nak kalau saya nak beriklan :
1. Coverage Untuk Iklan
Maksudnya bila kita pajak iklan tak kisah lah pada blog ataupun mana-mana media, kita mesti nak iklan kita orang nampak. Sebab takkan nak kasi duit free je kan melainkan niat memang nak sedekah. So orang yang beriklan nak tengok media tu punya coverage berbaloi ke tak. Contoh nak beriklan kat blog kita mesti cari blog yang trafik dia maintain ataupun trafik tinggi sebab dengan trafik yang tinggi iklan kita akan dapat dilihat oleh ramai orang. Ni pun salah satu sebab pemilihan untuk dapat advertorial tak kisahlah dari ads company ataupun platform lain dari net.
2. Keberkesanan Iklan
Cara tulis dah macam wakil rakyat kan haha. Maksudnya berapa banyak customer yang datang dari iklan. Kalau saya nak pajak iklan kat blog lain saya nak tengok link keluar (outbound link) dari blog tu. Yelah trafik tinggi tak semestinya akan datang trafik ke blog kita. Yang tinggi trafik blog je tapi visitor dia klik ke link atau iklan kita. Itu satu persoalan yang patut kita fikir. Kadang-kadang trafik tinggi disebabkan main autotraffic surf (ni saya pernah try). Ada pulak yang main SEO sebab tu trafik dia tinggi tapi readers dia ada ke terfikir nak klik iklan yang kita letak? Itu kita takkan tau. So kalau saya nak beriklan dengan blog lain saya nak tengok link keluar bukan takat trafik yang tinggi.
So sekarang nampak kenapa gambar tu stated ‘It Pays To Advertise But Only Advertise If It Pays‘. Ni just pendapat saya je sebab saya tulis berdasarkan apa yang saya nampak dan fikir. Mungkin tak sama dengan apa yang korang fikir sebab setiap manusia nafsu tak sama. Kalau korang ada pendapat lain boleh share dengan saya. Jangan takut saya jenis cool tak suka marah orang haha. Jadi Nak Beriklan Kenalah Bayar dan Beriklanlah Kalau Ia Memberi Untung.
p/s :
Jangan marah kalau saya tembak terkena batang hidung ye takde niatpun just an open sharing.
12 Comments
Leave a comment
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Like me
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- Alhamdulillah Dapat Rasa Buat Sujud Sajadah
- Tahniah Kumpulan Zero Raja Lawak 6
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- Pencarian Berakhir Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- 3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak

















itu dia.. penerangan panjang lebar dari MR. Bean.. hehehe.. aku kena baca sekali lagi entri ni.. bahasa2 pujangga ni kurang faham sikit aku.. hehehe.. jgn marah ye bean.. nanti aku baca sekali lagi ye..
myvitrd recently posted..Setiap Orang WAJIB Tengok Gambar Ni…..
takkan lah aku nak marah ko mid haha…takpe2 tak your time
Bean Moreno recently posted..Suterablogger Masih Maintain PR3
aku kejap letak..kejap tak letak..=)
tanya pendapat org lama ramai soh buang SB.., sbb kena maki disitu utk otai2
tp tanya pendapat reader ramai soh letak.. so aku letak balik..hehe
reader blog tiap2 hari ada org baru, mereka suka dgn shoubox ni..blogger lama jarang bermain dgn SB, (boleh jer banned pengiklan spam)
Kenalan dan blogger lama ramai yg silent reader jer.tak komen tak tggl jejak..tp mereka sggh..(utk kenalan aku ler)
Jadi pendapat aku pulak letak la SB kecuali kalau ramai musuh jgn letak..=)
***
itu pendapat aku ler.., sori bertentangan…jgn mara ek otai..=)
ujang recently posted..Biodata Zackzukhairi
ye ke boleh jang…aku baru tau sebab aku dah lama tak amik port pasal SB hehe..Aku setuju dengan satu je SB memang dapat tarik ramai blogger untuk datang sebab depa nak drop link depa tapi kat situ kita kena korban qualiti blog lah.
Bean Moreno recently posted..Suterablogger Masih Maintain PR3
setakat ni..alhamdulillahh..walaupun dah lama menulis blog..masih ramai yang percaya dan datang balik untuk beriklan dan beli ruang iklan diblog. Memang lumayan kalau kena caranya.

titan recently posted..Komisen ke 4 dari RO2.biz
blog hang satu dari target aku titan…bersedia
Bean Moreno recently posted..Benda Yang Kita Kena Tahu Sebelum Dapat Iklan Dan Beriklan
lepas ni nak beriklan dekat blog titan!!!hahahahaha
Lizz recently posted..Populariti Blog Nilainya di mana?
jom sis kita pi beriklan kat blog titan…Titan kasi harga special untuk kita berdua
Bean Moreno recently posted..Icha Yang Sangat Seksi
Pada aku pulak… kita kena pandai cari niche blog yang sesuai ngan produk kita….. mungkin lebih senang nak dapatkan bakal pelanggan yang dicari-cari….
hazman aka species1980 recently posted..Wordless Wednesday : Blue Carpet AIM18
yups niche tu memang penting aku main rojak je
target esempoi, pendapatan 4k dari blog
esempoi recently posted..Siapa Layak Ke Final Maharaja Lawak Mega?
insyAllah boleh takde yang mustahil kalau berusaha