Earn Cash by using your Blog
Oct 21, 2011

Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu – Malique Feat Jamal Abdillah

malique+feat+Jamal Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu   Malique Feat Jamal Abdillah
 

Assalamualaikum,

Sekejap je dah hari Jumaatkan.  Masa tinggalkan kita tanpa menghiraukan kita berbogel menuju berjumpa tuhan.  Halamak tetiba terpuitis.  Bukan puitis kosong-kosong tau.  Bila fikir balik memang kalau nak ikutkan kita belum bersediapun untuk berjumpa pencipta tapi masa tak bagi peluang untuk kita betulkan keadaan kita.  Masa laju tinggalkan kita.  Semalam masa balik dari kerja saya terdengar single terbaru Malique.  Mamat ni memang saya punya idola dalam bermadah.  Dia punya lirik bukan junk tapi ada mesej.  Pernah dengar lagu Aku Maafkan Kamu?  Kalau belum saya bagi korang dengar dulu …

 

Aku Maafkan Kamu – Malique feat Jamal Abdillah [Download Here]

Amacam best tak? Lirik dia memang dalam tapi bagi saya mungkin saya faham sikit. Apa? Tak dapat catch up lirik… Ok saya bagi lirik jugak…

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

[Lirik Credit to Myliriklagu]

So puas?  Siap lirik saya bagi korang.  Ada something yang Malique nak sampaikan dalam lirik ni.  Serius lirik dia memang ada kene mengena dengan perjalan hidup saya dulu.  Jumpa macam-macam orang yang sebenarnya sama jahil macam saya tapi tunjuk depa bagus dan kononnya tau segala.  Tau nasihat orang tapi diri sendiri pun tak betul.  Hukum orang atas kesalahan orang tu tapi bila dia buat salah takde siapa berani nak bersuara dan bila ada orang bersuara maka ‘padam’ lah orang tu.  Macam yang ada dalam lirik ni :

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Dalam sebenarnya potongan lirik ni.  Bila orang yang jahil duduk ditakhta maka kita confirm kena tindas.  Tapi itu cerita dulu.  Lupakan segala isyarat lupakan segala pantun sekarang saya aman tanpa ikatan yang telah bikin hidup jadi sasar.  Apa-apapun Aku Maafkan Kamu….

p/s :

Teringin nak jumpa Malique dan jadi Lyricist yang best…

pixel Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu   Malique Feat Jamal Abdillah

64 Comments

  • aku dgr lagu ni aku gelak..sbb kelakar jamal nyanyi lagu ni..=)

    tp kalau baca lirik bapak mendalam rupanya..
    ujang recently posted..Peristiwa Nakhbah@Nakbah (15 MEI 1948)My Profile

  • aku memang suka malique…tp lirik lagu ni mmg gile mendalam…kena berguru lebih ni…kalau x mmg haram xpaham…*sigh*
    wonderwoman recently posted..Video Games Hina Islam # 3My Profile

    • lirik dia semua mendalam…mana dia belajarpun aku tak tau

  • Thx sebab bgtau maksud lirik ni , semua lagu malique mmg mendalam. Lagunya ada kena mengena dengan hidup. Lagu dia semua best2 tmbah2 perang dah tamat . Tapi betulka gmbr tatu nama malique dalam jawi kt badan dia?
    Kodet recently posted..Siapakah Maddi Jane?My Profile

    • lirik dia memang mostly pasal diri dia…pasal tatoo tu no komen bro

  • kalau lagu ni berkumandang, mesti volume diupkan..hehe..memang best…
    cikgu naman recently posted..Pabila Yuna Cover Lagu Come As You Are (Nirvana)My Profile

  • Seperti biasam malique meneruskan kegeniusan dia dalam menyusun bait-bait yang sungguh mendalam…

    • serius memang genius gila mamat ni

  • sampai sakit kepala tafsir lagu ni.tapi tetap suka ;)
    Mai recently posted..Ronda Penang ;) My Profile

  • nak memahami maksud tesirat kene bal dulu….:)

  • weols pun ada kupas makna lirik ni kt blog!

    http://www.masviona.com/2011/10/aku-maafkan-kamumalique-ft-jamal.html

    interpretasi weols sendiri ekekeke

  • aku sbnrnya x bape suke lagu ala-ala cam bercakap ni..
    p first time dengar lagu ni..aku terus suke…
    mungkin sbb susunan kata-kata dan makna dia mendalam…huhuhu..

  • Pada pendapat aku kisah ni berkisar situasi politik tanahair kita. Merujuk kepada rangkap berikut:

    Jangan ahli sihir seru nama maharaja
    Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
    Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
    Kalau terpelajar sila guna hak miranda
    Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
    Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
    Rashidi Zin recently posted..[Java]: Enabling Authorization For vFabric Tc Server’s InsightMy Profile

  • jangan manda nak tafsir……

    • tak salahkan bagi pendapat dan setiap potong ayat ada maksud tersendiri. even ayat al-quran pun diciptakan ada maksud tersendiri untuk setiap umat Muahmmad

  • salam semua..kebanyakan lagu malique biasanyer berkenaan diri die or kuarga die.lagu SENYUM pun pasal anak bini die…dari ape yg aku nampak ini pasal kehidupan die dulu..time die “sakit’ dulu..sape yg tau dan ikut perkembangan too phat mesti tau pasal malique sakit..mesti ini die tujukan kepada org yang “buat’ die tu…sbb tu lagu MADAH DENDAM…itu pendapat aku..korang rasa mcmner…

    • yups sangat setuju…dan dia asyik menghilangkan diri hanya disebabkan perbuatan orang lain

  • pada aku ramai kita yang bergelar hamba2 ini lebih suka MENGHUKUM… MENILAI… sesuatu yang xpasti punca dari mane puncanya… darpadai MEMBETULKAN keaadan… “SEMUT YANG JAUH TERANG KITA NAMPAK… GAJAH DEPAN MATA……XNAMPAK@ BUAT2 XNAMPAK….” tp lagu ni bestnyer mengajak kita sentiasa mengingatkan AKU MAAFKAN KAMU….

    maafkan aku kalau aku tersasar menafsir lagu ini…mengikut halusinasi minda aku – eebernu@facebook.com

    • yups memang betulpun…salah sendiri memang takkan nak nampak…hehe

  • Guwa tujukan lagu ni buat warga indo yang ‘ sangat – sangat tak senang ‘ dengan warga Malaysia ….

    Aku maafkan kamu
    Tak perlu kita bertemu
    Cukup kau tahu
    Yang aku
    Maafkan kamu
    Tolong teruskan hidup
    Jangan sebut namaku

    Ada teratak di hujung kampung
    Bawah cermin kopak ada kotak
    Tersembunyi dalamnya ada tempurung
    Sembunyi bawahnya katak melalak

  • kosa kata tinggi perlu kamus dewan. jadi nk fhm aku pun suggest sama2 rujuk kamus dewan. tak tahu kena tanya dan carik, mana boleh tunggu orng bg tafsir lepastu bulat2 ambil dan percaya.

    rahi: kata dasar utk berahi. juga dlm arab mksud dia adalah musim semi/musim bunga/autumn

    miranda: (asal) sejenis polisi undang-undang yg dilaksanakan di u.s. metafora bg ‘peringatan’ sebelum kita menghukum apa-apa keputusan

    alif,ba ,ta : simbolik definisi utk agama, bangsa dan tanah air. sentiasa diulang2 pada korus terakhir sebab tafsiran dia tntng orng yg suka bercakap tanapa inti.

    isolasi: asal drpd perkataan inggeris isolation/isolate=alienated= dipulaukan, diasingkan

    inkarserasi: dari bahsa ingerris’ incarcerate’ . to put in prison,confinement. ‘ dipenjarakan’ dikurungkan’

    fasik: tidak mempedulikan perintah Allah. metafora utk callous/ unscrupulous act.

    setiap bait dan perenggan dia ,ada maknsa sendri. agak global.

    mungkin kalau korang selalu baca buku tafsir poen utk english, utk sajak-sajak, syair2, yg wujud dlm bahasa melayu, sedikit sbyk, boleh tlng korang selami maksud lagu ni.

    aku sngt suka lagu ni. secara keseluruhan, itepretasi dia sngt unggul.
    DLM BAIT INI,: malique turut mengajak kita utk berfikir sebelum sekadar melontar bicara-bicara ksong.

    jadi sama-samalah kita hafaz,lafaz lagu ni smpai faham, telan nilai dlm lagu ni smpai hadam,
    mula kiri= bahasa rumi dan setiap penulisan dr barat( english, french, socttish, irish,) semua mula dr kiri.

    orng timur dan arab, tulis dari kanan ( arabic, nihongo( basic hiragana dan katakana( kanji aku tk thu), melayu)

    Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
    Kalau terpelajar sila guna hak miranda
    Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
    Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
    Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
    Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

    salamunalaik. barakallah.

    • wah lagi complete..thanks for sharing…

  • ohsemmm. first time gua dengar eh best jugak tapi gua terus macam ‘jamal abdillah?’

    okay, hahaha tapi bila dah baca sebijik sebijik ayat dia guna, gua jadi kagum. satu kombinasi yang mantopppp ! kan bagus kalau lagu lagu melayu semua macam ni. membentuk mentaliti sikit. ni tak, asyik asyik cintacintacinta. bosan jugak. ke camane ? hahaha kbaii :D

  • First time dengar dlm kete masa driving ! selain kombinasi suara Jamal yg merdu dan suara Malique yg brutal… lirik lagu nya yg sangat menarik minat aku!! Mula2 dengar yg aku dapat tangkap..cerita pasal si ‘katak’ yg melalak dibawah tempurung… teringat aku kat ibrahim ali perkasa… pas tu teringat pulak kat si zul kulim…yg suka melalak!!! pas tuh aku dpt tangkap pulak pasal dibawah cermin “ada kotak” … teringat pulak si Ezam kotak!!!! hehehe…
    banyak lg yg aku rasa yg secara tak langsung lirik lagu ni memang sejiwa dgn aku dan sahabat2 yg sama frequenchy!!! … ada sebut pasal ‘gerombolan’ – umno-apco la tu!! ..ahli sihir – spr….maharaja.- dah kena payung…pengundi hantu …dan banyak lagi!!! memang kena la lirik lagu ni!!!!! terbaikk!!!

    • wah sampai camtu hang punya imaginasi haha

  • first time dengar macam pelik dan tak paham. tapi bila kawan explain ade mesej pasal sihir2 ni seme barulah aku mengerti..

    • haha biasalah dia memang jenis buat lagu kasi fikir

  • Suka sangat lagu ni,
    buat otak berfikir, mentafsir :)

    Latest Post:
    Makna Lagu Malique dan Jamal: Aku Maafkan Kamu

  • Dalam lagu ni ada lebih dari satu maksud sebenarnya, maksud dia mmg mendalam, lagu ini bukan untuk kita berfoya, lagu ini untuk kita sedar peredaran zaman dan supaya tidak lalai dlm hidup.

    • yups maksud dia memang banyak kita just ambil apa yang kita lalui pun ok

  • Pasal terbang dan warna gelang tangan…cerita psl kak ros kita ker?

  • “mana cepat terbang atau warna gelang tangan” – bunuh diri? “terbang” – terjun. “warna” – kelar.

    Aku rasa lagu ni dituju kpd org yg selalu nk menghukum org lain sbb kononnya tak Islam. Psl tu Malique pilih nk duet dgn Jamal. Sbb dua2 pon dulu dah kene. Malique psl kes tatu, Jamal & hal ketagihan dia dulu. Dua2 kira mcm misfit la.

    “hafaz bila lafaz tp mrk tak paham” – org yg hafal bunyi Al-Qur’an tanpa memahami
    maksudNya.

    Pada aku lagu ni tak langsung psl politik. Rasanya mcm lagu ni sangat personal utk Jamal & Malique sbb menceritakan situasi mereka dulu bila berhadapan dgn masyarakat yg terlalu cepat menghukum.

  • lagu mentera beradu xde ke maksud dia….
    hanya Malique saja yg tahu…

    • Mentera beradu most of it pasal perjuangan anak melayu

  • Salam sejahtera, Semua yang ada dalam lirik tu padat. Tahniah pada yang menulis lirik dan yang menyampaikan nyanyi pada umat manusia. Itu lah pejalanan yang HAK. Apa yang katak nak sampaikan adalah rahsia segala rahsia. Alhamdulilah…. JAMAL ABDILLAH dipilih kerana biasa menyanyikan lagu yang HAK… ( KEKASIH AWAL DAN AKHIR ). Sungguh suci niat yang terlibat…. Amin Ya ALLAH.. Aku bersyukur mesej yang disampaikan jelas dijadikan pedoman.

    TAK PERLU KITA BERTEMU CUKUP KAU TAHU
    ( Jika bertemu Maka Tamat laaa perjalanan kamu )

    • yes memang betulpun.Hanya yang faham akan teruskan dengan hidup baru

  • miranda tu apa ye? mirinda tau la
    Spongebob Tercekik recently posted..Sembunyi Bawahnya Katak MelalakMy Profile

    • miranda tu hak sebagai seorang manusia

      • Aku x la expert law, tapi bila kita tgk cerita US, kan polis bila tahan penjenayah dia akan kata

        “You have the rights to remain silent, whatever you say may be used against you in the court of law etc etc”so ni la nama dia Miranda warning.

        FYI Maliqueu was brough up in USA and that is where he got the influence of rap music. Aku rakan kelas dia 2 tahun (sek mngah). Mmg genius, Add Maths he was the best. Tapi mmg dia dah set kerjaya dia sebagai ahli musik. Dah nampak bakat dia masa tu.

        • ye ke?Tapi serius akupun sangat respect dengan Malique dia punya otak memang genius..

        • bro skolah mane?

          • MRSM terendak kenapa ye?

  • Saja nak kongsikan yg terlintas difikiran skjp td.
    Benar atau Batil AllahuAlam.

    Ada teratak di hujung kampung
    -> Seseorang yg kelihatan tersembunyi, misteri dan terpinggir/suka menyendiri

    Bawah cermin kopak ada kotak
    -> Kelihatan duka dan ada yg tersimpan dihatinya

    Tersembunyi dalamnya ada tempurung
    -> Cuba ditafsirkan yg terbaca cuma kesepian / x mampu tertafsir

    Sembunyi bawahnya katak melalak
    -> tersembunyi jauh di dalam hati kemarahan / dendam / yg amat menyiksa jiwanya akibat kisah silam hitam

    This lagu is very tersirat

  • harap sangat saudara Malique sdri sudi menjelaskan maksud sebenar..
    Sebab asyik bermain kat fikiran ni
    Selain tu harap hrpn ni tak mustahil

    • insyAllah kalau diizinkan saya bertemu dengan Malique saya akan tanya…

  • Alhamdulillah…
    Buat Malique…Aku sedekahkan Al-Ikhlas buatmua ya saudara…
    Kepada yg boleh contact Malique…Sampaikan salam saya padanya…katakan…Teruskan ya Malique…teruskan…Biar sampai yg kanan tak sedar yg kiri tak tahu…
    blackspunk5hitam recently posted..Rhizophora Apiculata : The JourneyMy Profile

    • InsyAllah kalau saya dapat contact dia saya akan share..Doakanlah saya dapat contact die insyAllah…

  • senikata lgu ini dlm maksud dia…berkenaan ketuhanan..tapi aku dpt faham…begitu juga dgn lagu kekasih awal dan akhir…memang best bila aku dgr jew terus dpt tangkap maksud tersirat dlm lagu itu

    • tulah senikata dia tersusun rapi…

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: Bean Moreno%GUESTS_SEPERATOR%5 Guests%BOTS_SEPERATOR%3 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction