Earn Cash by using your Blog
Oct 12, 2011

4 Benda Penting Untuk Jemputan Majlis Perkahwinan

pelamin winter sonata 4 Benda Penting Untuk Jemputan Majlis Perkahwinan
 

Assalamualikum,

Entri ni saya bukan nak cerita atau iklankan pakej mak andam ke,pakej catering ataupun potong kelapa (photographer).  Saya just nak share benda yang memang penting tapi ramai pengantin buat tak tau.  Apa yang depa tau kahwin ialah nikah jemput orang then petang siap-siap nak buat kerja haha.  Benda ni saya belajar dari majlis kahwin saya dan dan juga orang lain yang saya attend.

1. Peta Lokasi

Benda ni kena buat elok-elok sebenarnya.  Kalau tak hebat dalam melakar peta upah orang.  Biasanya tukang buat kad mesti tau punya nak buat sketch peta untuk kad kahwin (melainkan dia baru first job).  Memanglah yang kita jemput tu semua kawan-kawan kita tapi kena ingat even kawan baik pun tak semestinya tau rumah kita dan tak semua orang dapat geografi A masa PMR (merujuk pada diri sendiri sebab Geografi dapat B).  So peta lokasi tu kena buat betul-betullah melainkan jemputan tu semua dari kampung yang sama itu memang takde maslaah.

2. Petunjuk Jalan

Ya ni memang penting. Kenapa? Sebab mungkin ada orang yang travel mengikut land mark yang dia tahu dan peta dalam kad kahwin pun ada land mark je.  Tak tahulah kalau ada peta yang detail siap letak rumah jiran, kedai goreng pisang mak limah takpun kedai gunting rambut Mutu.  So sebab tu kita kena letak petunjuk jalan start dari tempat land mark penting terutama sekali kalau peta kat kad tu salah.  Biasanya orang letak petunjuk jalan pada exit highway. dan sepanjang jalan sebelum sampai.  Jangan lah just letak kat depan taman je haiyo susah’ lo’ kita kadang-kadang bukan orang situ so tak tau jalan. Dari boleh sampai awal boleh jadi lambat sebab sesat.

3. Makanan Jemputan

Yang ni nampak cam tak penting tapi perlu diambil peduli jugak.  Kenapa?  Mungkin betullah ikut pengantinlah nak bagi makan apa kan tapi sbeelum tu surveylah.  Tak perlu yang mahal janji orang datang makan tak complaint.  Kadang-kadang orang datang jauh ni dan tak sempat nak pi makan so masa kat umah pengantinlah depa nak makan.  Tapi bila sampai je dengan perut lapar tetiba makan je terasa tak best maka dah timbul satu perkataan kat situ iaitu ‘alamak tak bestnya lauk dia’.  So kat situ orang makan tak habis bila makan tak habis so pembaziran akan terjadi.  Sebab tulah orang tua-tua pernah pesan  majlis kahwin tu sebenarnya baik tapi kalau tak kena cara Syaitan suka lepak (ni ayat saya lah).

4. DJ yang dijemput

Dj ni sebenarnya peranan dia besar beb bukan takat mainkan lagu kahwin je.  Kalau DJ ‘sucks’ maka majlis kahwin pun akan jadi ‘sucks’.  Saya pernah pi satu kenduri kahwin tapi DJ dia memang sengal ubi.  Ada ke dia boleh lebihkan announcement pasal katering dengan makanan.  Yang paling best ais krim pun dia boleh letak dalam script.  Pasal pengantin ciput je.  Hadoi macam tu dah kira macam promotion pasar raya dah bukan majlis kahwin. So DJ jangan main bo je sebab korang boleh merosakkan mood satu majlis kahwin tu.

Kalau nak ikutkan banyak lagi kang kalau saya keluarkan semua berpinar korang nak baca.  Bagi yang terasa mintak maaf lah ye saya just bagi pendapat je.  Bagi korang ada tak benda yang penting dalam Majlis Perkahwinan.  Cuba share apa yang korang rasa perlu…

 

p/s :

Kita kahwin sekali je (kalau mampu boleh sampai 4) so biarlah majlis kita best tanpa perlu membazir.

pixel 4 Benda Penting Untuk Jemputan Majlis Perkahwinan

27 Comments

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: Bean Moreno, Bean Moreno%GUESTS_SEPERATOR%6 Guests%BOTS_SEPERATOR%1 Bot

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction