Earn Cash by using your Blog
Sep 30, 2011

Kenapa Trafik 4 Angka Tapi Earning 2 Angka

BuatDuitDenganBlog Kenapa Trafik 4 Angka Tapi Earning 2 Angka

Assalamualaikum,

Wah lama dah tak menaip entri dlaam blog ni.  Hari genaplah 2 minggu saya bercuti dari menulis dalam blog ni.  Ada sesiapa yang rindu?  Takde…  No hal sebab tu tak penting.  Mesti ramai yang nak tau apasal tetiba saya hilang…  Apa tak nak tau?  Takpe saya cita gak.  Ada dua sebab iaitu pertama saya sibuk anta design and artwork untuk beberapa company.  Kedua sebab Sindrom ‘M’ dah melanda so layankan je kalau lawan memang jahanam terus blog ni.  Apap-apapun thanks to readers dan kawan-kawan yang still mempercayai bahawa saya akan tetap update.

Straight to the point.  Persoalan ni dah banyak kali saya jawab.  Dah ramai tanya kenapa jadi gitu kenapa jadi gini.  Persoalan yang paling best tapi ngeri nak jawab kenapa trafik gua riban-riban tapi income ciput sampai nak beli choki-choki dengan keropok tam-tam pun tak cukup.  Dalam berblog ni untuk generate duit salah satu cara dia ialah dengan bernaung dengan syarikat pengiklanan.  Dalam Malaysia ni ada banyak syarikat ‘ghope itu’ (mentang-mentang nak gi Perak esok) dan yang paling popular ialah Nuffnang (i like1!) , Innity dan juga Advertlet.

Ketiga-tiga ads company ni ada cara depa sendiri.  Yang saya betul-betul faham ialah Nuffnang sebab saya selesa dengan diorang walaupun kadang-kadang depa lupakan saya haha.  Sekarang ni meh saya share apa yang saya tau dan mungkin boleh jawap persoalan kenapa trafik 4 angka tapi earning 2 angka.  Bagi saya ada 3 benda penting yang mana blogger kena tau sebelum depa fikir nak buat duit dengan ads company.

1. Content Blog

Benda ni ramai blogger yang tak amik pedulipun sebenarnya.  Bila sorang buat entri SEO semua pakat dok nak jadi macam dia.  Semua nak tulis pasal SEO.  Bila Empire Shopping Mall meletup maka 70% daripada blogger Malaysia akan kelam kabut cari info pasal benda ni.  Saya tak nafikan walau 1% pun yang entri SEO ni penyumbang trafik sesebuah blog tapi adakah dengan entri SEO yang korang dok kejar tu boleh tolong korang tarik advertiser untuk bagi job?  Jawapannya tidak sama sekali.  So tolong buat research pasal benda ni. Nak tarik advertiser entri korang kena berkaitan dengan diri korang.  Boleh refer blog Ariffshah dan Kak Jie ataupun Mat Tiger. Kalau nak lagi tepat Redmummy (kakred sila payung saya).  Itu lah blog content tang advertiser cari bukan jadi sebijik macam surat khabar.  Kalau itu cara korang blogging fikirlah berapa banyak surat khabar yang ada dalam Malaysia ni.

2. The Power Of Readers

Sorry ter’speaking’ plak.  Nampak dah macam cerita Charmed ‘The Power Of Three’ kan haha.  Cuba bayangkan yang korang ni tokey jual ayam panggang.  Tugas korang berniaga ayam panggang.  Apa yang korang expect bila meniaga ayam panggang?  For sure korang nak customer betul tak?  Samalah macam advertiser depa nak kasi duit so kenalah dibalas dengan duit.  Takkan depa iklan kosong ja kan.  Kalau macam tu baik tak payah advertise dekat blog korang baik depa call bagitau nak kasi korang duit ja senang.  Benda ni berkait dengan content jugak.  Adakah apa yang korang tulis tu boleh mempengaruhi apa yang readers fikir? Bila readers terpengaruh maka perkataan readers tu akan bertukar jadi customer.  Itu yang depa nak. Baca dan tanya diri korang.  Kalau takat tulis orang baca tapi just sekaladar baca tanpa terpengaruh so just forget it.  Sebab tu saya bagitau tadi jangan nak SEO sangat kalau nak duit.  Sila buat research antara entri SEO dan cara penulisan SEO.  Ada beza tu bang bukan saja-saja saya reka.

3. Loyalty

Ni penting beb.  Tak loyal tak dapat habuan.  Celcom pun macam tu kan lagi lama lagi banyak dapat.  Ni tak asal tak dapat je habuan cabut pi tempat lain.  Asal tak suka tukar.  Alasan nak test market dan review tapi merungut bila tak dapat payment. Ades!  Cuba korang loyal mesti dapat punya.  Korang bayangkan bila pakwe korang main kayu tiga.  Nak ke korang kahwin dengan dia?  Sila jawab sendiri tak perlu drop komen pasal hal ni.  Terus terang saya cakap.  Nak kata trafik blog ni kencang takdelah.  Saya rasa ramai lagi blogger baru yang trafik lebih bagus dari saya.  Tapi so far Alhamdulillah lah every month sangkut advert.  So perlu ingat kesetiaan itu berbalas.

Nak tau banyak lagi rahsia pengiklanan blog boleh refer blogger-blogger yang lebih arif termasuk ariffshah haha.  Ni tak asyik nak BE je dah macam BE tu sekali dapat riban-riban.  Apa yang penting kita belajar dan faham then baru kita tau apa kita perlu buat.

p/s :

* Tetiba nak menaip lepas kena sound dengan Mat Tiger!

* Apa yang saya boleh cakap ialah Nuffnang TERBAEK! sebab every month depa kasi gaji kat saya.

* Adverlet confirm saya PANGKAH habis-habis haha

 

pixel Kenapa Trafik 4 Angka Tapi Earning 2 Angka

24 Comments

  • logik laa 4angka earning 2 angka,
    trafik 5angka earning 3angka.
    trafik 6angka earning riban2…
    tpi itsmesaiful trafik byk tetap loser…haha…
    entri copy paste… LOL
    Syafiq Salim recently posted..Perkara Pelik Yang Perempuan Suka Buat Di KafeMy Profile

    • hm…tak logik bro…kalau betul2 trafik dah main 4angka kalau betul2 dia kena dapat at least 3 angka start kepala 5. haha…tak caya boleh refer titan..bab itsmesaiful tu kita tak boleh nak blame dia…mungkin itu je cara yang dia tau

    • betul2 bro..setuju sgt.itsmesaiful blog sampah..
      copy paste je keje..haaha

      • tu dia…sayapun tak pernah dengar nama dia sebelum ni..

  • thanx for the tip bean!
    aku memang bab seo ke laut.cuba untuk jadi diri sendiri je taip entry.
    masih banyak nak kena belajar.
    nik recently posted..ilmu itu luasMy Profile

    • samalah akupun byk kena belajar…SEO aku tau skit skit je

  • Bila lama bercuti dari taip entri ni.. sekali bagi penerangan terus masuk ke kalbu.. wooo ngeri dengar trafik 4 angka earning 2 angka..

    Memang betul pon apa ko cakap ni.. kekadang aku pon kena banyak lagi perbaiki cara penulisan aku… masalah aku sekarang pulak trafik dah lah ciput tapi BE banjir pulak dalam blog aku.. hahaha.. sekali masuk tak henti2 bulan ni.. bersusun je.. ko nak sikit tak bro.. hehehe
    myvitrd recently posted..PEMBENTANGAN BAJET 2012 | APA HARAPAN ANDAMy Profile

  • Terima kasih untuk informasi dari otai ni. byk saya boleh belajar ni
    zool recently posted..FAM akan bantu Safee SaliMy Profile

    • halamak saya bukan otai just share apa yang saya tau je

  • Selain ngan nuffnang …… blog selalu dapat payment dalam MATAWANG USD….. keh3x….
    hazman aka species1980 recently posted..Orang buta rakam gambar dengan kameraMy Profile

  • tq for the info..tapi kekadang susah nk dapat idea ni…tu yg main copy paste je..ubah skit…:)
    aibat recently posted..Kindle Fire – AmazonMy Profile

    • itulah masalah sesetangah blogger bro…blackhat SEO jugak yang dipilih hehe

  • Kalau ikutkan last entri blog bean ni 5 bulan lepas..merujuk url blog ni di bloglist anakanda cikmin..hehe..sekali tergerak hari nak klik link..rupanya ada entri terbaru..acik tertipu pulak.

    Truly cikmin.com bersama innity..bukan tak sayang nuffnang..cuma dah buat keputusan yang cikmin.com tak mau bergemerlapan dengan nuffnang di event2 anjuran nuffnang..

    Ya..point blog blogger(tak semua) jadi surat khabar memang tak dinafikan..trafik 4 angka boleh dapat earning 4 angka jugak dengan innity…dah cuba!cuma kepuasan di jiwa takda..kepuasan poket ada lah! once a while tu dengan sedikit olahan mungkin tak apa2 sangat..tapi kalau dah setiap masa..

    p/s pun dah malas2 update..

    • hehe kak lepas tukar hostingkan sometimes feed kat blog lain tak naik…dah ramai yang ingat saya tak update blog haha…thanks kak sebab berjaya masuk dalam zone nihaha… tulah tak dinafikan dengan innity memang earning berjuta tapi ramai lagi blogger yang bertrafik tinggi tak rasa earning yang banyak…mungkin atas dasar SEO

  • setuju 100%
    kak ina kl recently posted..Blogger MasterChef Yang PertamaMy Profile

  • mommie tak kejar trafik..tak nak nuffnang
    tapi mommie nak Google AdSense!
    angan-angan mak jenin..bluweek!
    mommie recently posted..Is Carlos Tevez’s career at Manchester City over?My Profile

  • Weeeee….Kak jie bukan blog ‘buat duit’ yg berjaya. Mitos je tu cakap Kak jie dpt byk earning…pokok sesaja bergoyang walau tanpa moyet.

    Terus terang, Kak jie dah penat jadi blogger. Skrg ni blog ‘isah peribadi je itu pun sbb nak share dgn suami yg keje kt luar negara.

    Earning mmg lah ada tapi bukan bombastik sangat pun…padan dgn usaha yg tak berapa nak kencang.

    Pesan Kak jie satu je – jgn terikut2 dgn trnd nanti hilang identiti diri.

    P/s- sorry kalau typo, komen via phone, skrin comel, makcik rabun!

    • hehe actually market personal blog lagi kukuh dengan advertiser seince depa nak suruh kita promote product. Anyway thanks atas nasihat kak sayapun memilih gak kalau tak kena dengan cara saya saya tak amik.

  • yo lah…biar tau dari tak tau paper..biar lambat asal dapat erk….weeeeeeee suka~

    • betul saya pun tau sikit2 je cuma ikut guide depa je tapi kalau nak belajar apa yang saya tau bolehlah saya cite

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: %GUESTS_SEPERATOR%3 Guests%BOTS_SEPERATOR%9 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Suterablogger Fan Page

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management
Find me on blorner.com

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction