Earn Cash by using your Blog
Sep 5, 2011

Kenapa Ramai Blogger Tak Nak Pakai WordPress

New WordPress Logo1 Kenapa Ramai Blogger Tak Nak Pakai Wordpress
Salam Guys,

Selamat hari Isnin. Hari ni saja nak open topik pasal blog. Dah lama rasanya tak discuss something related to blogging. Kalau kita tengok wujudnya blog dah macam beli kereta. Hari-hari ada blog baru. Yelah mana taknya benda free buat main-main pun still tak rasa kerugian.

Apa-apapun tahniah pada Kid yang dah migrate ke ‘self hosted blog’. Sebenarnya takde bezapun korang pakai ‘wordpress self hosted’ ke blogspot tetap juga boleh berblog. Kita tetap menaip entri dan publish so orang boleh baca kat maya. Tapi kenapa ramai yang guna ‘wordpress selfhosted’ sekarang. Kalau tanya saya jawapannya ialah KEPUASAN dalam berblog.

Ada banyak platform untuk kita berblog sebenarnya selain wordpress dan blogspot contohnya Drupal dan Joomla tapi tak ramai yang pakai.  Saya sendiri bermula dengan menaip di platform blogspot tanpa ‘custom domain‘.  Dalam entri kali ni saya just nak share beberapa sebab blogger blogspot (terutama berdomain blogspotdotcom) tak nak atau takut pakai wordpress selfhosted dan ini merupakan alasan saya dulu kenapa tak mau tukar…

1. Kos Yang Tinggi

Serius dulu harga hosting mahal beb.  Paling murah pun setahun RM130 so memang susahlah terutama sekali bagi student.   Tapi sekarang ni harga hosting dah jatuh mungkin ada provider yang letak harga tinggi tapi still ada jugak yang murah kalau tak silap RM50/year pun dah ada.  Dah lebih kurang harga macam beli domain sahaja.  Tambah sikit dah dapat hosting siap free domain.  Mungkin sebagai permulaan tak perlu nak ambil bandwidth yang besar.  Ushar performance dulu then upgrade lah.  Bagi saya mustahil kalau trafik dah gempak tapi still tak boleh buat duit dengan ads company macam Nuffnang.  Tapi kalau dah bagi alasan ni memang tak boleh nak buat apalahkan sebab ni dah masuk soal mampu tak mampu.  So fikir ikut kemampuan diri dan blog.

2. Tak Tau Macam Mana Nak Migrate

Ni adalah serius.  Migrate blog kalau silap boleh menangis beb.  Yelah takut silap import habis entri lama hilang.  So bila entri lama hilang maka mood blogging jahanam. Saya sebelum migrate memang cuak juga.  Baca banyak tutorial termasuk blog ‘orang putih’.  At last last resort ialah Anakperak.  Dia yang tolong saya migrate dan dalam masa yang saya saya belajar dengan dia.  Orang kata kalau malu bertanya rumah makcik pun tak jumpa.  Jadi tanyalah pada orang yang dah pakai wordpress selfhosted.  Alah kalau malu sangat apa susah contact je provider diorang boleh settlekan untuk korang cuma bezanya korang tak belajar apa-apa lah.

3. Takut Follower Hilang

Yang ni agak lawak.  Saya sendiripun fikir benda ni.  Tapi apa ada dengan follower.  Kadang-kadang depa ada macam takde je.  Follow main-main orang tua-tua cakap.  Bukan saya nak cakap widget tu tak penting.  Mungkin ada yang anggap perlu ada tapi bagi saya kewujudan widget tu hanya untuk psyco readers je tak lebih dari itu.  Tapi kalau blog tu hebat macam blog Kujie ke, ariffshah ke apa ada hal.  Even restart follower jadi 0 pun follower diorang akan cari balik blog tu dan follow balik (walaupun depa sebenarnya tak letakpun widget tu).

4. Takut Content Hilang

Yang satu lagi ketakutan besar blogger blogspot yang mana berminat nak migrate.  Content dan komen tu macam yang kita tau memang penting terutama sekali bagi yang hebat main SEO.  Yelah takde content macam mana nak jalan SEO.  Saya sendiri pun terfikir benda ni sebelum migrate dulu dan soalan pertama saya pada Anakperak ialah macam mana dengan content blog lama.  So bagi yang ada pertanyaan ini di minda jawapannya jangan takut itu semua boleh settle.  Boleh export dan import je tak susah pun.

5. Takut Ranking Blog Jatuh

Kenapa saya letak ni last sekali.  Sebab ni ketakutan ‘Qubra’.  Bagi yang dah lama establish dengan ‘custom domain’ tak jadi masalah cuma bagi yang memang bertapak dengan blogspotdotcom itu jadi masalah.  Yelah sekarang ranking blog tu satu yang penting beb sebab ramai blogger cari duit guna ranking.  Takkanlah dah sedap alexa bawah 100K dan PR dah atas 3 nak buang gitu je.  Larilah advertiser.  Itu lumrah beb.  Bila nak tukar confirm alexa yang sikit akan jadi banyak dan PR yang tinggi akan jadi 0.  Bagi saya benda macam tu kita kena korban kalau nak berjaya.  Tapi kalau fikir logiklah masa start blogging dulu memang asalnya alexa besar PR 0.  Boleh je hadap.  Dan secara logiknya kalau korang dah confident dengan blog korang buat apa nak takut,  kalau dah traffik maintain tinggi dan ‘linking’ gempak apa ada hal.  Tunggu 3 bulan naiklah balik PR tu.

Ni adalah reason kenapa dulu saya takut nak migrate.  Bukan saya je ramai lagi yang berfikiran macam ni (sila jangan hipokrit).  Tapi at last tada…  ’Wordpress selfhosted’ dah saya guna selama 6 bulan tanpa masalah besar (melainkan bandwidth habis.haha).  Actually takde paksaanpun just bagi yang berhajat abaikan ketakutan korang sebab itu semua boleh settle as long as kita confident.

Bagi yang berminat nak cari hosting boleh try DataKL sebab sepanjang saya pakai belum ada major problem terjadi dan hargapun berpatutan.

pixel Kenapa Ramai Blogger Tak Nak Pakai Wordpress

26 Comments

  • Saya tak takot, cuma saya lebih selesa dengan Blogspot.. muahahah!
    Selamat Pagi abam Bean! =D
    shahroll photo recently posted..Dapat BINI gangster pon OK, so what? by shahrollMy Profile

  • bagus entri ni bro,sesuai sangat untuk bakal pengguna wordpress self hosted,setakat ranking ,seo dan follower tu kita boleh dapatkan balik secara berperingkat,dan ayng lebih penting,dengan self hosted ni,macam-macam boleh kita belajar
    wazy recently posted..Sistem BrekMy Profile

  • yup!inilah benda yang berlegar2 kat fikiran dulu2;p
    nik recently posted..berat ideal dalam 6 bulan?My Profile

  • Kalau blog abang bean memang ramai peminat sebab tu la sebelum nei asyik exceeb bandwith je kan….
    hazman aka species1980 recently posted..Samsung perkenal ChatONMy Profile

    • takdelah tu pasal memang size depa bagi kecik tambah pun sikit2 je kali ni abanag ada rumah besar haha
      Bean Moreno recently posted..Iklan Raya Yang Unik 2011My Profile

  • mmg ada terpikir tapi tu lah…..tak tau macammana nak migrate..hehehhe..bleh tolong?…
    lepak recently posted..Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim dan Dayana di MekahMy Profile

  • cik epal gak lepak je pakai blogspot , sebulan 5 k nuffnang .
    fezal recently posted..INI KISAHKU – SHAM KAMIKAZEMy Profile

  • hehehehe..bab button follow tu kak jie paling banyak dpt email org tanya…mcm mana nak follow. Malulah nak letak widget follower tu sebab blog cerita peribadi, lainlah perkongsian berilmiah.

    Kak Jie pernah tolong pindahkan satu blog yang sangat sangat besar file dia. 17MB, syukur sekali klik, proses tu berjalan dengan lancar. Kak Jie ada pengalaman tolong pindahkan lebih dari 10 blog blogspot ke wordpress. Cuma tutor melalui Gtalk atau YM saja..suruh dia buat sendiri.

    Buat sendiri, trial and error adalah satu pengalaman dan kepuasan diri sendiri yang tak akan kita jumpa lagi selepas itu kerana disitulah titik awal langkah kita seterusnya.

    Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai – buat di tanah tinggi pun ada risikonya…kata orglah.
    Kujie recently posted..Luluh Hati Seorang AbahMy Profile

    • hehe kak jie tak payah letak button tu sayapun boleh agak follower Kak Jie berapa haha

  • Memang dah lama teringin nak try WordPress (“.)
    anastasyea recently posted..Rugi Oooo Korang Tak Buka !My Profile

  • sebenarnya, kedua2nya ada kelebihan.. Aku lebih suka mengatakan WordPress ini hanya untuk blogger biasa yang mempunyai trafik yang sederhana. Jika korang diantara yang mempunyai trafik/pageview lebih 5k sehari, blogspot la platform yang seswai. Kenapa jika 5k pageview x 30 hari = 150k sebulan. Contohnya selfhost korang mempunyai 30gb bandwidth dan korang ada membuat etri yang menggunakan gambar bersaiz 1mb..

    Bayangkan
    1 hari – 5k pageviews
    1mb x 5k = 5000mb
    bandwidth blog permonth tpgb.
    5000mb x 30 = 150k.

    • yes akhirnya piratz masuk sini berjaya aku pancing ko haha… yes aku memang setuju dengan pendapat ko….kalau traffik dah sangat kencang maka investment kena jadi lebih tinggi terhadap blog. bagi aku 1k sehari dah cukup untuk blog ni tak perlu jadi blog akhbar… haha

    • tue tak kira server boleh handle semua request ke tak. hoho. bloggger (blogspot) terbaik. ;)

  • yup.. nama gue lak naik.. hehhe.. mula-mula takut gak dan ada tanya dengan provider. tapi aku belajar cari dulu semua plugin dan berjaya pindah semua content blogspot ke WP. dan satu lagi, dah redirect kan dari blogspot ke wordpress, maknanya saper yang klik blogspot aku tu , akan ke WP aku terus. yeaaaahhh.. nak kena touchup balik..

    PR mmg jadi kosong.. huhuhu.. kena kasi kaw kaw naik balik macam biasa.. hehehehe

    jom ke WORDPRESS self hosted!
    kid recently posted..Karipap Karipap CintaMy Profile

    • ko yang paling hampir dan paling baru haha…takpe bro belajar itukan ibadah…

  • TAKUT…biasa la tu..dan juga ada menganggap blogger WP ni sombong la ape la..padahal dua-dua tu sama jek
    reezluv recently posted..Alexa Ranking Tak PentingMy Profile

    • hehe mungkin depa tak biasa kot hehe

  • Nice article bro. Anyway – ramai dah ke self hosting. shy gak masih Blogspot :D .blog terlalu baru n x sampai 3 bulan. tp mcm tgk keadaan blm di perlukan lg :D

    Anyway point2 takut tu mesti ramai menghantui mereka yg nak tukar domain or hosting kan :D . kalo takut buat awal2 hehe
    shah recently posted..Tips Seo Untuk Blogger — On PageMy Profile

    • yes you got the point…kalau takut buat awal2 haha

  • dah pakai wordpress , tiba2 rasa blogspot lagi senang hohohoh .

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: Bean Moreno%GUESTS_SEPERATOR%7 Guests%BOTS_SEPERATOR%3 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction